Monday, November 7, 2011

Aktiviti Raya Haji

Raya kedua kami memenuhi jemputan makan - makan. Agenda pertama ke rumah nenek sedara kat besut untuk kenduri akikah. Dah namanya raya haji, menu utama mestilah bertemakan lembu...daging goreng kunyit, singgang tulang, sayur campur, ikan masin dan sambal belacan (1st round). Berpeluh makan panas-panas hirup kuah singgang sampai nak amik gambar tengah makan pun boleh lupa.

Layan gambar keladi kat tepi umah jer la yer

Kemudian kami ke rumah datuk sedara kat jerteh plak (rumah kat atas tu hiasan semata-mata...actually tu rumah yang berdepan ngan umah atok sedara mama).

Haaa..kat sini jumpa menu special..daging tu tetap ada tapi hidangan sampingannya adalah gulai ikan haruan. Pinggan kat atas tu papa punya. Kenmain suka dapat makan ikan haruan sampai lupa nak makan nasi. Asyik sangat dok meratah lauk.

Ni plak pinggan mama...haaa ko...2nd round makan nasi hari ni. Manalah badan tak mengembang.

Makan sambil menikmati pemandangan indah bertemankan traktor manual ni.

Kemudian kami ke kenduri kahwin sedara 'bau-bau budu' kat melor, kota bharu. Yang bosannya, perjalanan tak sampai sejam jadi 3 jam disebabkan jalan teramat jem. Perut pun dah mula lapar balik..hehehhe..so haruslah ada agenda makan-makan untuk round yang ketiga. Papa time ni dah surrender...over kenyang. Tapi mama tetap maintainnn...

Sementara mama dok jamu selera, Hazim dok merosakkan pelamin orang. Habis dicabutnya 'belon-belon' kat atas pelamin tu.

Selesai acara makan-makan dah lewat petang. On da way balik papa ikut jalan tok bali...nak cari ikan segar...fresh from sea. Sempatlah grab 2 ekor ikan siakap dan ikan kembung yang segar bugar. 

Sesampai kat umah, papa komplain lapar plak..terpaksalah mama masak dan makan untuk round yang ke 4...Mama masak siakap 3 rasa atas permintaan paksu mat. Resepinya mama pernah tepek  kat SINI. Yang penting, malam ni kami makan berselera coz menu yang dihidangkan tiada berunsurkan daging.

No comments:

Post a Comment