Monday, November 28, 2011

Ikan Siakap Bakar

Salam Awal Muharram untuk semua. Dah masuk tahun baru rupanya, begitu cepat masa berlalu. Tak sedar umur makin meningkat, diri dah makin tua, amal jer masih di takuk lama. Semoga tahun baru ni membawa berjuta rahmat dan keberkatan untuk kita semua. Hari ni kita semua bercuti sempena Awal Muharram, tapi mama dok 3 beranak ngan Rayyans jer kat rumah. Papa balik kampung uruskan hal bendang. Kami bertiga tak ikut sebab mama tak berapa sihat.


Hari ni mama masak siakap bakar plak untuk lunch. Stok ikan siakap banyak kat dalam peti tu. Papa cakap lori siakap terbalik, tu yang banyak tu dia bawa balik rumah. Resepi ikan bakar ni  mama refer kat buku 365 resepi istimewa chef hanieliza. Memang sedap dan membuka selera mama yang tengah sakit tekak ni. Yang penting, resepinya simple dan mudah dimasak.


Bahan A :
3 ekor ikan selar (mama guna sekor ikan siakap)
Sedikit minyak masak
Daun pisang (tak guna)


Bahan B (dikisar) :
5 tangkai cili kering
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam



Cara - cara :
Bersih dan kelarkan ikan. Kemudian basuh dan toskan.
Gaulkan bahan yang dikisar pada ikan dan perapkan selama 20 minit.
Sapukan sedikit minyak pada permukaan ikan.
Letakkan ikan pada pemanggang (mama bakar guna oven suhu 180C selama 20 minit).
Bakar sehingga ikan masak sambil titiskan minyak pada ikan.
Angkat ikan dan hidangkan dengan air asam.

Mama tak hidang dengan air asam. Mama makan dengan sambal belacan bermangga. Sambal mama ni tak pedas..lebih kepada manis kot...hehehe..kata mek kelate..cara buatnya macam sambal belacan jer..cuma cili api tu mama tukar cili merah sebab tu kurang pedasnya. Pastu letak bawang merah dan belacan yang dibakar. Then campurkan mangga muda yang dihiris halus beserta gula dan garam. 

No comments:

Post a Comment