Semalam masa lunch hour gi kedai kek bagus lagi. Kalau dah ke sana jawabnya mestilah sambar bahan-bahan untuk mengekek. Kali ni mama buat cheese cake lagi..tapi version lain plak. Kali ni ada campur tepung gandum dan kena bakar. So far, sedap jer rasanya. Yang penting papa n Rayyans makan berkeping-keping. Resepi LIGHT CHEESE CAKE mama cilok dari dapur Azlita Masam Manis.
125g cream cheese
300 ml susu segar
80 g mentega atau marjerin
80 g tepung gandum
80 gram gula halus
3 biji telur saiz A
beberapa titik esen vanila/jus lemon
300 ml susu segar
80 g mentega atau marjerin
80 g tepung gandum
80 gram gula halus
3 biji telur saiz A
beberapa titik esen vanila/jus lemon
Mama buat dua adunan, so bahan - bahan kat atas tu digandakan.
Cara – cara :
Cara – cara :
Masukkan susu segar dalam periuk dan panaskan atas api. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk.
Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair, padamkan api dan ketepikan.
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
Di dalam bekas lain yang lebih besar, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika.
Ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan.
Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata (boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2).
Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment