Friday, November 18, 2011

Ekspedisi Ke Sipitang Dan Beaufort

Program kami pagi ni adalah untuk berjalan-jalan ke Beaufort. Seawal 7 pagi kami dah turun untuk breakfast dan terus check out coz 7.30 pagi kami akan memulakan perjalan ke Beaufort yang akan memakan masa lebih kurang dua jam.

Inilah pinggan breakie saya. Ye saya tau..saya makan banyak. Kena ko...nak jalan jauh ni. Kenalah ada tenaga yang cukup.

Kawan breakie saya. Sempat berdiskus semasa makan. Psttt..roti canai melimpah pinggan tu sedap uolss...ai ingat nak tibai lagi sekeping tapi takut orang prasan plak ai buruk lantak. 

Selepas breakfast, kami memulakan perjalanan kami ke Beaufort, Sabah.

On da way ke Beaufort, kami singgah di Esplanad Sipitang. Cantik tempat ni. Haa ko, siap posing kat signboard sebagai bukti kami nak ke Sabah.

Jeti

Rombongan Cik Kiah ke Sipitang

Rombongan Cik Kiah erkk..dan Pak Kiah ke Sipitang

Group photo

Another group photo

Dari Sipitang, kami meneruskan perjalanan ke Beaufort. Kami dibawa melawat ke pasar tamu beaufort. 

Pasar tamu ni lebih kurang macam pasar tani la kalau kat semenanjung ni. Macam-macam produk tempatan yang dijual kat sini. Satu perkataan baru mama belajar kat sini adalah ikan pusu = ikan bilis.

Pelbagai hasil bumi dijual kat sini. Ikut hati nak borong sayur-sayur segar ni tapi mikirkan umah teman nun jauh kat puncak alam..hancusss angan-angan.

Suka sangat tengok kubis disusun dengan kemas dan cantik sekali.

Ni gitar ke? Ke gambus? Yang pasti ni hand made penduduk tempatan. Kagum..kagum...Mama sempatlah beli beberapa buah tangan untuk family n kawan-kawan. Lepas ni entah bilalah akan jejak kaki lagi kat sini. Kalau ada rezeki, nak bawa family bercuti sama.

No comments:

Post a Comment