Semalam 1st day masuk kerja, petang baru dapat info kena outstation ke sarawak pada hari rabu depan (16-18 hb). Site visit kali ni ke Limbang dan Lawas, yang mana perlu melalui sempadan Brunei. Dan sudah tentulah memerlukan passport. Mama dah sah-sah la tak pernah ada passport sebelum ni.
Plan asal nak buat passport sabtu ni, tapi papa plak kena jemput ayein dari sekolah. Pagi ni plak mama ada site meeting, tengahari baru habis. Memikirkan masa dah suntuk, after meeting terus gi imegresen kat PKNS untuk buat passport.
Nasib baik mama dah siap-siap isi borang permohonan yang didonlod kat internet oleh nurul eldiani yang baik hati. Gambar passport tak sempat nak ambil. Ikut kata member-member kat imegresen tu ada tempat nak amik gambar. Oklah...mama dengan senang hati terus ke pejabat imegresen kat tingkat dua.
Bila sampai kat imegresen, teruslah bertanya kat abang macho jaga kaunter nak amik gambar passport. 'sini takde dik...mesin rosak. adik kena amik gmbr kat luar'.....aduhaiii....menapaklah turun balik cari kedai gambar. Nasib baiklah kat sini ada servis express..5 minit dah siap gambar tu.
Pastu mama naik balik ke tingkat dua then barulah dapat amik no giliran. Harini memang nasib baik, tak perlu tunggu lama. Ada 8 orang jer kat depan mama. At first dah senang hati sebab giliran mama dah dekat tapi rupa-rupanya kena tunggu sejam setengah baru dapat collect passport. Melanguk lah mama kat PKNS tu sorang-sorang. Nak balik ofis rasa alang-alang plak..malas nak pergi balik ke PKNS. Walhal kerja berlambak tak settle lagi. Kul 4.30 petang barulah passport mama berjaya disiapkan. Settle satu urusan. Yang best, my passport bertarikh 11.11.11 (nak juga tu tarikh special)..
Pagi isnin plak ada meeting kat putrajaya. Nak kena siapkan presentation. Harini dah sehari burn tak dapat nak concentrate buat presentation. Nampak gaya terpaksalah merajinkan diri buat homework malam ni. Si Rayyans plak kenmain susah nak tidur malam ni. Dah lewat malam baru lah diorang nak tidur. Mama pun time tu dah mengantuk sangat2. Huh..homework ntah kemana semuanya.
Nak tak nak, esok pagi kena gak masuk opis untuk siapkan report dan presentation. Takpelah..sesekali korbankan hari sabtu untuk kerja. Bukan selalu ponnn....
No comments:
Post a Comment