Sebaik tiba di Lawas, pihak Jabatan Audit Negeri Sarawak dan JPS Limbang sudah siap sedia menunggu ketibaan kami. Disebabkan pagi tadi kami rushing ke airport Miri, jadi tak sempat untuk ambil breakfast. Maka, agenda pertama kami kat Lawas adalah mencari tempat untuk mengisi perut.
Kemudian, kami terus di bawa melawat ke lokasi pertama iaitu Kg Awat - Awat. Perjalanan dari airport memakan masa hampir satu jam juga la. Tujuan kami kesini adalah untuk meninjau lokasi pembinaan struktur breakwater.
Kampung awat-awat ni merupakan kampung atas air. Ada dalam 20 buah (+-) beserta sebuah masjid. Rumah-rumahnya agak besar dan cantik.
Selama ni cuma tengok kat dalam tv jer rumah-rumah terapung kat atas air. Tapi kali ni mama berpeluang melihat secara live perumahan atas air ni. Memang menakjubkan bila dapat melihat sendiri cara hidup orang-orang kat sini.
Sebelum kami bergerak ke lokasi breakwater, masing-masing mengambil peluang mengabadikan kenangan kat sini. Selepas ni entah bila lah mama akan jejak kaki lagi ke sini.
Masa kami sampai air laut tengah surut. Cer tengok titi kat atas tu, cam seram jer nak jalan melintas kat titi ni. Dalam hati berkata-kata, mampu ke titi ni tampung berat badan ai yang gebu gebas ni.
Untuk ke lokasi breakwater tersebut, kami semua perlu menaiki bot. Rombongan kami telah menyewa dua buah bot. Bot merupakan pengangkutan utama penduduk kat sini untuk ke pekan dan sekolah.
Disebabkan air laut tengah surut, bot tak dapat nak bawa kami hingga ke tepi pantai. Kami semua terpaksa berjalan kaki.
Beratur menunggu giliran untuk turun dari bot. Masa ni menyesal plak tak bawa beg sandang belakang. Agak sukar untuk berjalan dengan handbag dan laptop yang bergantung di bahu (actually tak tahu pun yang kena gi site naik bot ni).
Agar sukar untuk berjalan di pantai yang berlumpur...tanahnya licin. Kalau tak berhati-hati memang boleh jatuh cam nangka busuk. Mana yang sayang kasut tu berjalan kaki ayam jer.
Selepas sessi perbincangan dalam laut (atas tanah berlumpur), kami memanjat tangga yang tinggi untuk merasai sendiri pengalaman berada dalam rumah atas air ni. Setiap rumah hanya dihubungkan dengan titi kayu. Pihak Jabatan Audit Negara mengambil peluang menginterview penduduk setempat.
Sesudah sessi perbincangan dan menemuramah penduduk, kami dibawa melihat perusahaan ikan tahai salai. Boleh dikatakan semua surirumah kat sini mengusahakan perusahaan ikan salai ni. Mengikut makcik yang kami interview ni, ikan tahai salai ni dijual di Brunei. Harga sekilo ikan tahai salai adalah RM12.
Inilah dia ikan tahai. Kalau kat semenanjung kita panggil ikan tamban. Cuma ikan tahai ni saiz dia lebih kecil banding ikan tamban. Kat Kg Awat - Awat memang femes dengan ikan tahai.
Ikan tahai ni disusun elok-elok kat atas dawai besi sebelum disalai. Anak - anak kecil ni dah biasa menyusun ikan tahai. Sekejap jer habis ikan - ikan tu disusun kat atas besi.
Ikan - ikan yang dah disusun akan disalai kat atas api. Kayu api yang digunakan adalah dari kayu bakau. Kat rumah salai ni memang agak panas dan berasap. Sesiapa yang tak biasa memang tak tahan dok kat dalam ni. Tapi bagi makcik ni, menyalai ikan dah menjadi rutin hidup beliau. So asap dan api tu tak menjadi masalah bagi beliau.
Inilah rupa ikan tahai selepas disalai. Rombongan kami dijamu dengan ikan salai panas-panas, yang baru diangkat dari atas api tu. Rasanya lemak-lemak manis...ikan fresh lah katakan.
Selepas sessi makan ikan tahai salai, hari pun dah tengahari. Perut pun dah mula minta diisi. Disebabkan kami belum check in hotel, dari site kami terus ke hotel seri malaysia untuk menyegarkan diri sebelum bergerak ke lokasi yang seterusnya. Memang pengalaman kali ni amat berharga untuk diri mama.
No comments:
Post a Comment