Masa gi cameron hari tu mama ada beli stok buah strawberry. Plan mama untuk masak cheesecake. So hari ni ada masa terluang, mama memulakan aktiviti main masak - masak. Resepi Chilled Oreo Cheesecake ni mama dapat dari MS ITA. Resepi Oreo Cheesecake ni banyak version sebenarnya. Tapi bagi mama resepi dari Ita ni lebih senang.
Bahan - bahan :
1 bungkus biskut orea (mama pakai 2 cawan biskut oreo yang hancur)
50grm butter
250grm cream cheese
150grm gula castor
200ml whipping cream
1 sudu besar lemon juice (@ 2 sudu besar jika suka lebih rasa lemon)
1 1/2 sudu besar gelatin * (mama pakai 1 sudu sahaja)
1/2 cawan air panas*
Cara - cara :
Untuk bahagian dasarnya, kisar halus biskut oreo (yg tlh dibuang creamnya). Panas/cairkan butter dan gaulkan rata biskut oreo. Padatkan di bahagian dasar loyang, tekan dan sejukkan sementara dalam freezer (saya guna loyang bersaiz 7 'inci lebar dan boleh dibuka bahagian bawahnya).
Gelatin di campurkan ke dlm air panas, kacau hingga larut dan ketepikan.
Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu.
Masukkan lemon juice dan whipping cream, pukul lagi hingga berkrim. Masukkan air yang mengandungi gelatin, pukul hingga sebati, masukkan ke dlm loyang tadi.
Patah2kan @ kisar halus baki biskut yang tinggal masukkan ke dalam loyang (tak buat). Baki biskut yang telah dikisar tadi boleh juga ditaburkan di bahagian atas kek, selepas 2 jam dimasukkan di dlm peti sejuk. Masukkan kedalam peti sejuk (bukan freezer) selama sekurang-kurangnya 4 jam
Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang dan hias ikut kesukaan masing-masing.
No comments:
Post a Comment