Saturday, November 12, 2011

Ayam Panggang Serai

Malam ni kami dinner ala-ala western....atas permintaan papa yang malas nak makan nasi. Belek-belek buku resepi, ternampaklah resepi Ayam Panggang Serai dari dapur 1001 Cerita 1001 Rasa. Belek peti ais, bahan-bahan semua dah ada. Lagi senang kerja mama untuk masak. Tak payah nak bergaduh ngan papa suh gi pasar.



Bahan - bahan :
1/2 ekor ayam (mama masak 2 ketul ayam jer)
*1/2 labu bawang putih
*2 inci halia
*1-2 batang serai
1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu makan madu
garam sedikit
lemon
butter - potong kecil @ minyak zaitun
kentang, carrot, bawang besar - potong empat 



Cara - cara :
Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.

Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.


Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Dah siap panggang, hidang panas-panas. Perghhh..memang membangkitkan selera.

No comments:

Post a Comment