Wednesday, November 9, 2011

Goa Inn, Gua Musang

Selepas maghrib kami bertolak balik ke shah alam..dalam hati dok berdoa semoga jalan clear. Hari ni dah raya ketiga, harap-harap orang lain semua dah balik awal-awal lagi. Dari pasir puteh memang jalan clear..tp bila masuk machang hancusss harapan. Sepanjang perjalanan dari machang ke gua musang jem teruk. Selalunya dari pasir puteh ke gua musang amik masa 3 jam jer, tapi hari ni sampai 5 jam.

Bila sampai kat gua musang papa tetiba rasa mengantuk sangat dan tak boleh nak drive. So kami decide untuk bermalam kat gua musang jer. Risau gak kalau drive time-time mengantuk ni. Kami walk in ke goa inn..sib baik ada bilik kosong lagi. Bilik sempit jer tapi padanlah dengan harga RM75 sehari.

Hadif seperti biasa fobia dengan tempat yang dia tak biasa. Menangis-nangis tak nak masuk bilik. Jenuh jugaklah mama nak pujuk..tp at last ok gak.

Dalam perjalanan tadi, Rayyans tidur jer sepanjang jalan. Jadi bila kami check in, terus mata diorang segar balik. Satu hal plak nak tidurkan diorang.

At last, tumbang juga hero-hero mama ni. Penat sangat kot travel jauh-jauh. Masa Rayyans tidur, tetiba papa suggest esok nak balik ikut cameron highlands...nk singgah kat sana amik angin sejuk. Mama on jer bab-bab berjalan ni..suka jer....tidur dengan senyuman malam ni...

Esoknya pagi2 papa dah kejutkan kami anak beranak bangun. Papa nak gerak awal ke cameron coz takut Rayyans meragam bila panas. Satu yang mama bangga ngan Rayyans ni, diorang senang sangat bangun pagi. After bangun, terus minta dimandikan dan terus bersiap.

My two heroes dah bersiap sedia untuk jalan-jalan cuci mata...adushh..muka dh hensem tapi puting tu plak spoil..

Haaaa..sekarang baru macho takde puting..barulah anak jantan...psttt..kejap jer tu..pas mama snap foto terus mintak puting balik. Lepas bergambar barang 4,5 keping, maka beransurlah kami ke cameron ikut lojing. 

No comments:

Post a Comment