Sebenarnya dah berkurun lama mama mengidam nak masak lasagna ni. At first, tak dapat kulit lasagna tuh. Dah pergi banyak kedai cari pun tak jumpa - jumpa gak. Last-last, opismate mama kak hanim belikan untuk mama. Dah ada kulit lasagna tu, masa plak yang takde untuk masaknya. Baca resepi LASAGNA yang mama amik dari home sweet home kak ummi kenmain panjang step dia..so nak kena cari masa bertenang dulu baru boleh masak.
Kebetulan ni wiken yang panjang coz cuti sederet 3 hari plus 1 hari mama amik annual leave. Maka, adalah hari untuk mama bertenang baca resepi tu betul-betul sebelum mula masak. Akhirnya, lasagna berjaya dimasak dan menjadi menu dinner kami malam ni. Mama minta izin kak ummi untuk sharekan resepi kat sini.
Bahan-bahan :
5-7 keping lasagna (mama guna jenama San Remo)Bahan Sos tomato :
2 ulas bawang putih-ketuk
1 ½ bawang besar -dipotong dadu ( 100 gram)
4 biji tomato (300 gram) dipotong dadu
100 gram tomato puree
200 gram daging cincang
½ biji lobak merah - disagat halus
1 helai daun bay (takde, mama gantikan dengan oregano)
1/2 sudu teh italian herbs (tak letak)
½ sudu besar garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar gula
2 ulas bawang putih-ketuk
1 ½ bawang besar -dipotong dadu ( 100 gram)
4 biji tomato (300 gram) dipotong dadu
100 gram tomato puree
200 gram daging cincang
½ biji lobak merah - disagat halus
1 helai daun bay (takde, mama gantikan dengan oregano)
1/2 sudu teh italian herbs (tak letak)
½ sudu besar garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar gula
Bahan Sos Putih :
2 cawan susu segar
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
sedikit serbuk lada hitam
Untuk topping :
Keju mozzarella secukupnya
2 cawan susu segar
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
sedikit serbuk lada hitam
Untuk topping :
Keju mozzarella secukupnya
Untuk sos tomato :
Panaskan minyak. Masukkan bawang putih,kemudian bawang besar. Biarkan sehingga layu. Kemudian masukkan daging,biarkan sehingga ia menjadi putih dan masukkan tomato, tomato puree dan air.
Masukkan garam, gula, daun bay, serbuk lada hitam, italian herbs dan lobak merah. Kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Keluarkan daun bay. Seimbangkan rasanya dan bolehlah ditutup.
Masukkan garam, gula, daun bay, serbuk lada hitam, italian herbs dan lobak merah. Kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Keluarkan daun bay. Seimbangkan rasanya dan bolehlah ditutup.
Untuk sos putih :
Masukkan susu segar,tepung gandum,mentega,serbuk lada hitam dan sedikit garam ke dalam periuk. kacau menggunakan whisker ballon.
Letakkan periuk ke atas api dan teruskan mengacau supaya ia tidak bergentel. Kacau sehingga kuahnya menjadi pekat. Kemudian tutup api.
Letakkan periuk ke atas api dan teruskan mengacau supaya ia tidak bergentel. Kacau sehingga kuahnya menjadi pekat. Kemudian tutup api.
Cara menyediakan :
Ratakan sos tomato ke dalam sebuah bekas.
Susunkan sekeping lasagna ke atasnya.
Susunkan sekeping lasagna ke atasnya.
Lapiskan dengan sos tomato, diikuti dengan sos putih. Kemudian susunkan lagi lasagna,sos tomato dan sos putih sehingga ke lapisan ke 5.
Taburkan keju mozzarella ke atasnya dan bakar dalam oven yang telah di panaskan, pada suhu 170 darjah.
Salam...nk tny instant lasagne nk beli kat mana? susah naka dpt....
ReplyDelete