Thursday, November 17, 2011

Perjalanan Ke Lawas

Pagi ni kepala terasa sedikit weng disebabkan tak cukup tidur. Malam tadi mama cuma tidur 4 jam sahaja. Pagi ni pukul 5 pagi mama dah bangun dan bersiap untuk ke Lawas pula. Flight ke Lawas pukul 7.30 pagi jadi by 6.30 kami kena check in kat airport Miri.

Flight ke Lawas menggunakan kapal terbang MasWing dan mengambil masa dalam 45 minit untuk ke Lawas. 

Ini merupakan pengalaman pertama mama naik 'pesawat' MasWing yang dianggap bas mini terbang oleh orang tempatan. Mengikut info yang mama terima, kalau cuaca tak elok memang penerbangan akan ditangguhkan ataupun terus dibatalkan (dalam hati memang berdebar jugak)

Kapal terbang ni kecil jer, hanya boleh muat dalam 20 orang dan ada had berat muatannya. Ia merupakan pengangkutan paling cepat di kawasan ni. Kalau menggunakan jalan darat akan mengambil masa yang agak lama untuk ke tempat lain.

Pemandangan dari dalam pesawat

Pesawat dah nak mendarat

Alhamdulillah...akhirnya kami menjejakkan kaki di bumi Lawas.

Semua excited nak bergambar ngan pesawat kecil ni.

Termasuklah mama tak nak lepaskan peluang bergambar. Lepas ni belum tentu ada peluang nak datang ke sini lagi. Alang-alang dah ada peluang ni, eloklah digunakan sebaik mungkin...ye dop..

No comments:

Post a Comment