Tuesday, November 29, 2011

Ayam Panggang Oregano

Ayam panggang Oregano adalah menu dinner kami sekeluarga malam ni. Resepinya mama rujuk dari buku 365 Resepi Istimewa Chef Hanieliza. Mama suka sangat sejak berjaya memiliki buku ni. Kalau kering idea nak masak apa, memang sesuai rujuk kat buku ni. Resepinya simple dan senang untuk dimasak, dan semestinya sedap. Resepinya juga boleh dirujuk dari blog chef hanieliza kat SINI


Bahan - bahan :
2 keping dada ayam

1 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan sos barbeku (mama guna Life's Oriental BBQ Sauce)
1 sudu makan sos Worcestershire (Tak letak pun)


Cara - cara :

Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali lemon.

Perahkan lemon dan gaul rata. Perap selama beberapa jam.

Bakar ayam menggunakan pemanggang di atas dapur sehingga garing (mama bakar dalam oven suhu 180C selama sejam).

Hidangkan dengan sos lada hitam (mama guna sos hot peri-peri Nando's). Mama juga sediakan salad buah-buahan sebagai hidangan sampingan.

Perghhh..marvellous..memang mendapat pujian dari papa menu dinner malam ni. Yang pasti, pasni menu ni akan ada ulang tayangnya.

Mihun Sup Ayam

Hari ni mama bercuti. Saja ambil cuti untuk rehatkan badan yang rasa macam nak demam pun ada. Tekak dah mula perit plus dah start batuk-batuk. Maybe sebab badan mama penat coz banyak travel last two weeks plus kurang minum air. Yelah, bila kat site jadual minum air dah berubah. Itu yang tekak rasa perit semacam jer ni.


Mood nak masak pun agak kureng sedikit. Lagipun papa kerja harini. So mama tak perlu nak masak beria sangat. Yang ada kat rumah cuma mama dan Rayyans jer. Mama malas nak hantar Rayyans kat pengasuh. Sesekali mama cuti ni lah dapat luangkan masa dengan anak-anak.

Breakfast pagi tadi pun mama tak masak coz pengasuh bagi nasi lemak dan mihun goreng. Jadi kami 3 beranak makan makan jer mihun goreng n nasi lemak tu. Untuk lunch plak mama kenalah rajinkan diri masuk dapur gak. Kalau tak kelaparanlah anak-anak bujang mama nanti.


Idea nak masak buntu la plak. Apalagi, mama kan dah ada buku 365 resepi istimewa chef hanieliza..so belek-beleklah buku resepi cari menu yang sesuai. Belek punya belek, nampaklah resepi mihun sup ayam..hmmm..ok gak resepi ni. Tak pedas plus Rayyans n mama boleh makan. Tak perlulah mama nak masak makanan lain untuk Rayyans.

Bahan A :
1 bungkus mihun - dicelur dan toskan (mama buat 1/4 bungkus jer)
200 g ayam - dipotong kecil
100 g kubis - dihiris (tak letak, takde stok)
1 batang lobak merah kecil - dihiris (tak letak)
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 cawan air
2 sudu makan minyak masak
1 pokok daun sup dan daun bawang - diracik
500 g bawang goreng
Garam secukup rasa


Bahan B (Bagi menumis) :
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga


Cara - cara :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan ayam dan lobak merah. Kemudian kacau rata.
Masukkan kubis, air, garam dan lada hitam. Biarkan mendidih.
Apabila mendidih, tuangkan ke dalam mangkuk mihun.
Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Sedia dihidangkan.

Monday, November 28, 2011

Lasagna

Sebenarnya dah berkurun lama mama mengidam nak masak lasagna ni. At first, tak dapat kulit lasagna tuh. Dah pergi banyak kedai cari pun tak jumpa - jumpa gak. Last-last, opismate mama kak hanim belikan untuk mama. Dah ada kulit lasagna tu, masa plak yang takde untuk masaknya. Baca resepi LASAGNA yang mama amik dari home sweet home kak ummi kenmain panjang step dia..so nak kena cari masa bertenang dulu baru boleh masak.


Kebetulan ni wiken yang panjang coz cuti sederet 3 hari plus 1 hari mama amik annual leave. Maka, adalah hari untuk mama bertenang baca resepi tu betul-betul sebelum mula masak. Akhirnya, lasagna berjaya dimasak dan menjadi menu dinner kami malam ni. Mama minta izin kak ummi untuk sharekan resepi kat sini.




Bahan-bahan :
5-7 keping lasagna (mama guna jenama San Remo)


Bahan Sos tomato :
2 ulas bawang putih-ketuk
1 ½ bawang besar -dipotong dadu ( 100 gram)
4 biji tomato (300 gram) dipotong dadu
100 gram tomato puree
200 gram daging cincang
½ biji lobak merah - disagat halus
1 helai daun bay (takde, mama gantikan dengan oregano)
1/2 sudu teh italian herbs (tak letak)
½ sudu besar garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar gula


Bahan Sos Putih :
2 cawan susu segar
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
sedikit serbuk lada hitam

Untuk topping :
Keju mozzarella secukupnya

Untuk sos tomato :

Panaskan minyak. Masukkan bawang putih,kemudian bawang besar. Biarkan sehingga layu. Kemudian masukkan daging,biarkan sehingga ia menjadi putih dan masukkan tomato, tomato puree dan air.
Masukkan garam, gula, daun bay, serbuk lada hitam, italian herbs dan lobak merah. Kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Keluarkan daun bay. Seimbangkan rasanya dan bolehlah ditutup.

Untuk sos putih :

Masukkan susu segar,tepung gandum,mentega,serbuk lada hitam dan sedikit garam ke dalam periuk. kacau menggunakan whisker ballon.
Letakkan periuk ke atas api dan teruskan mengacau supaya ia tidak bergentel. Kacau sehingga kuahnya menjadi pekat. Kemudian tutup api.

Cara menyediakan :

Ratakan sos tomato ke dalam sebuah bekas.
Susunkan sekeping lasagna ke atasnya.
Lapiskan dengan sos tomato, diikuti dengan sos putih. Kemudian susunkan lagi lasagna,sos tomato dan sos putih sehingga ke lapisan ke 5.
Taburkan keju mozzarella ke atasnya dan bakar dalam oven yang telah di panaskan, pada suhu 170 darjah.

Ikan Siakap Bakar

Salam Awal Muharram untuk semua. Dah masuk tahun baru rupanya, begitu cepat masa berlalu. Tak sedar umur makin meningkat, diri dah makin tua, amal jer masih di takuk lama. Semoga tahun baru ni membawa berjuta rahmat dan keberkatan untuk kita semua. Hari ni kita semua bercuti sempena Awal Muharram, tapi mama dok 3 beranak ngan Rayyans jer kat rumah. Papa balik kampung uruskan hal bendang. Kami bertiga tak ikut sebab mama tak berapa sihat.


Hari ni mama masak siakap bakar plak untuk lunch. Stok ikan siakap banyak kat dalam peti tu. Papa cakap lori siakap terbalik, tu yang banyak tu dia bawa balik rumah. Resepi ikan bakar ni  mama refer kat buku 365 resepi istimewa chef hanieliza. Memang sedap dan membuka selera mama yang tengah sakit tekak ni. Yang penting, resepinya simple dan mudah dimasak.


Bahan A :
3 ekor ikan selar (mama guna sekor ikan siakap)
Sedikit minyak masak
Daun pisang (tak guna)


Bahan B (dikisar) :
5 tangkai cili kering
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam



Cara - cara :
Bersih dan kelarkan ikan. Kemudian basuh dan toskan.
Gaulkan bahan yang dikisar pada ikan dan perapkan selama 20 minit.
Sapukan sedikit minyak pada permukaan ikan.
Letakkan ikan pada pemanggang (mama bakar guna oven suhu 180C selama 20 minit).
Bakar sehingga ikan masak sambil titiskan minyak pada ikan.
Angkat ikan dan hidangkan dengan air asam.

Mama tak hidang dengan air asam. Mama makan dengan sambal belacan bermangga. Sambal mama ni tak pedas..lebih kepada manis kot...hehehe..kata mek kelate..cara buatnya macam sambal belacan jer..cuma cili api tu mama tukar cili merah sebab tu kurang pedasnya. Pastu letak bawang merah dan belacan yang dibakar. Then campurkan mangga muda yang dihiris halus beserta gula dan garam. 

Sunday, November 27, 2011

French Loaf With Garlic Butter

Another side dish yang dihidangkan bersama lemon rosemary chicken grilled. Memang sedap bila dimakan panas-panas. Sungguh rangup.

Bahan - bahan :
1 batang french loaf
Garlic butter
Oregano

Cara - cara :
French loaf di potong menyerong. Kemudian sapu garlic butter atas french loaf dan tabur oregano. Bakar hingga keperang-perangan (lebih kurang 10 minit).

Kerabu Epal Hijau

Side dish dihidangkan bersama lemon rosemary chicken grilled. Specially made by Mr Papa. Resepi senang bolehlah sekali sekala papa tolong mama kat dapur.

Resepi asal dari buku 1 hari 1 resepi Chef Hanieliza.

Bahan - bahan :
2 biji epal hijau
1/2 batang lobak merah
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 labu bawang besar
1 kuntum bunga kantan (tak letak)
1 pokok daun ketumbar (tak letak)
1 biji lemon (diambil jusnya)
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.

Semua bahan lain dihiris.

Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.

Kacau rata dan rasakan masamnya. Sedia dihidang.

Lemon Rosemary Chicken Grilled

Malam ni tekak rasa nak makan western food, takmo makan nasi. Belek-belek buku azimat, jumpa resepi lemon rosemary chicken grilled. Resepi ni dah lama mama simpan cuma masa nak membuatnya jer takde.

Resepi Lemon Rosemary Chicken Grilled dari blog Dapur Mamasya.

Bahan – bahan :
1 kg ayam - bakar 4 bhg chicken leg
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil - guna butter
Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil @ 3 sb rosemarry debu
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 
2 biji tomato 
Baby carrots - guna carrot besar
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - tak letak
Kicap Pekat 
Garam dan gula - (ganti madu 1 sb) secukup rasa

Cara – cara :

Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.

Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.

Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.

Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.

Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.

Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.

Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.

Hidangkan bersama mashed potato dan salad (kami makan dengan roti bakar dan kerabu epal).

Kangkung Goreng Belacan

Untuk kesekian kalinya ulang tayang menu kangkung goreng belacan. Menu ni diduetkan dengan siakap sweet sour, menu lunch kami hari ni. Cukup membuka selera.

Resepi boleh refer sini.

Ikan Siakap Sweet Sour

Semalam papa beli 4 ekor ikan siakap...maksudnya wiken ni menu yang mama masak berteraskan ikan siakap jer la. Selalunya mama masak siakap 3 rasa, kali ni tukar sikit jer...siakap sweet sour plak. Mama ambil resepi SIAKAP SWEET SOUR dari blog chef hanieliza.


Bahan - bahan : 
1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan kelarkan)
garam dan kunyit

Bahan untuk sos : 
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak


Cara - cara : 
Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Saturday, November 26, 2011

Spaghetti Sos Tomato, Basil & Garlic

Bila kemalasan melanda mulalah masak resepi yang simple jer. Kali ni mama guna sos segera dari campbells, perasa tomato, basil & garlic.

Bahan - bahan :
Spaghetti yang belum direbus
1 tin sos spaghetti perisa tomato, basil dan garlic
1 labu bawang besar
1 keping daging cincang
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun

Cara - cara :
Rebus spaghetti dalam air mendidih hingga lembut. Toskan dan gaul dengan sedikit sedikit minyak zaitun.

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang hingga layu. Masukkan sos spaghetti dan air. Kacau rata.

Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging masak.  Masukkan gula dan garam. Kacau sehingga kuah agak kering dan hidangkan.

Ini versi untuk Rayyans...pasta shell..

Sayur Lemak Meranti Dengan Labu

Pertama kali lihat dan masak pucuk meranti. Memang mama tak pernah kenal pucuk meranti sebelum ni. Tapi bila kawin ngan papa barulah kenal sayur-sayur 'tradisional' ni. Semalam beli sayur ni kat pasar malam tapi tak tahu cara masaknya. Bila blogwalking kat dapur CMG, nampak dia masak sayur ni. Tapi mama alter sikit resepinya based on bahan-bahan yang ada kat gobok mama. Sayur meranti ni bila diduetkan dengan ikan terubuk masin tadi memang malatopss...

Resepi asal Sayur Lemak Meranti boleh refer kat blog Tiffin Biru CMG.


Bahan - bahan :
2 cekak daun meranti
10 kuntum cendawan tiram - tak letak
5 batang putik jagung - tak letak
2 keping tempe - tak letak
800 ml santan cair
250 ml pati santan
1 biji keledek sederhana besar - mama ganti dengan labu
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula

Cara - cara :
Daun meranti, diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. 

Dalam periuk, satukan santan cair, labu, udang kering, hirisan bawang besar dan bawang putih. Didihkan dan masak hingga  labu  1/4 empuk. 

Masuk sayur meranti , biar mendidih 1 - 2 minit. Tambah pati santan. 

Perasakan dengan garam dan secubit gula. 

Akhir sekali masukkan hirisan cili merah. Kacau rata dan biar mendidih dengan api perlahan. 

Ikan Terubuk Masin Sarawak Goreng

During outstation ke kuching last week mama beli ikan terubuk masin. Kat sarawak memang famous dengan produk ikan terubuk masin. Mama beli ikan terubuk ni 3 ekor for RM 10. Quite cheap. Ikan terubuk masin goreng jadi menu lunch kami hari ni.

Mula-mula goreng ikan terubuk masin ni garing-garing. Pastu goreng bawang putih, bawang merah, halia n cili merah hingga garing..pastu tabur kat atas ikan. Kemudian perah asam limau kat atas ikan tu. Perghh..mak mentua lalu pun tak prasan (sib baik ai takde mak mentua).

Light Cheese Cake

Semalam masa lunch hour gi kedai kek bagus lagi. Kalau dah ke sana jawabnya mestilah sambar bahan-bahan untuk mengekek. Kali ni mama buat cheese cake lagi..tapi version lain plak. Kali ni ada campur tepung gandum dan kena bakar. So far, sedap jer rasanya. Yang penting papa n Rayyans makan berkeping-keping. Resepi LIGHT CHEESE CAKE mama cilok dari dapur Azlita Masam Manis.


Bahan - bahan : 
125g cream cheese 
300 ml susu segar 
80 g mentega atau marjerin 
80 g tepung gandum 
80 gram gula halus 
3 biji telur saiz A 
beberapa titik esen vanila/jus lemon 

Mama buat dua adunan, so bahan - bahan kat atas tu digandakan.

Cara – cara : 

Masukkan susu segar dalam periuk dan panaskan atas api. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. 

Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair, padamkan api dan ketepikan. 

Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan) 

Di dalam bekas lain yang lebih besar, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika. 

Ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan. 

Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata (boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2). 

Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek. 

Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) 

Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

Maggi Kicap Berfish Cake

Sarapan ringkas pagi ni dengan maggi goreng. Tengok CMG masak Maggi Kicap Berkerang terliur plak. Tapi kerangnya takde, so mama tukar ngan fish cake jer.

Resepi asal Maggi Kicap Berkerang refer kat blog Tiffin Biru CMG.

Bahan - bahan :
5 paket mi maggi, asingkan perencahnya, celur hingga lembut dan toskan
2 biji telur, pukul sedikit
1/2 camca besar cili kisar (atau ikut pedas)
1 1/2 camca besar sos tiram
4 camca besar kicap manis
1 camca teh kicap pekat
1/2 cawan isi kerang - tukar fish cake
1 pokok sawi, asing tangkai dan daun, siang berasingan cuci dan toskan - tak letak
2 keping tauhu, dadu kecik dan goreng, toskan - tak letak
Sos ikan secukupnya
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit air
Hirisan duan bawang untuk hiasan
Hirisan cili padi untuk hiasan

Cara - cara :
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing (nak pedas tambah lagi). Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap pekat, kacau rata dan masukkan fish cake.

Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar sedikit mengeras, kacau hancur dan masuk batang sawi, kacau rata.

Masukkan mi maggi tadi, gaul rata hingga mesra. Tambah sos ikan secukup rasa. Masukkan daun sawi, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama hirisan daun bawang dan cili padi tadi.

Tuesday, November 22, 2011

Baked Pumpkin Cheesecake

Esok mama akan berangkat ke kuching untuk site visit kat betong selama 2 hari. Jadi sebelum outstation, mama prepare pumpkin cheesecake ni sebagai bekal untuk papa sepanjang ketiadaan mama kali ni. Tuan punya resepi buat dalam bentuk cupcake, tapi mama kehabisan stok paper cup. So mama buat sebiji dalam loyang besar jer.

Resepi Baked Pumpkin Cheesecake mama refer kat blog Koleksi 1001 Resepi.

Bahan A : 
200g ginger snaps (mama guna biskut oreo)
120g butter, melted
2 tbs brown sugar
pinch of salt 

hancurkan ginger cookies dalam food processor, kemudian campur dengan semua bahan lain. 

Bahan B :
750g cream cheese philadelphia atau lain brand (total weight 750g)
1 cup pumpkin puree (rebus labu dan hancurkan)
1/2 cup sugar
1/2 cup sour cream
2 eggs
1 tsp salt
1/4 cup all purpose flour
1/2 tsp cinnamon powder
1/2 tsp ginger powder
1/4 tsp nutmeg powder
pinch of clove (bunga cengkih) 

Cara - cara :

Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. 

Kemudian masukkan dalam loyang. Bakar secara water-bath pada 170C selama 40 minit.

Notes : Me not very like the taste sebab rasanya agak berempah. Tapi beza ngan papa..he likes it very much coz papa memang suka makanan2 yang rasa rempah ni.