Selepas check out jam 10 pagi, kami terus shoot ke destinasi yang seterusnya iaitu Ayer Hitam. After salam-salam dengan Mr B sekeluarga (diorang kan datang naik kete sendiri, haruslah balik pun asing-asing), kami meneruskan perjalanan.
Tiba kat Ayer Hitam lebih kurang 11.30 pagi, tapi kat sini matahari dah terpacak. Panas gila. Kami diberi tempoh sehingga jam 2 petang untuk bershopingan.
Kesian tengok Rayyans tak dapat buka mata sebab panas, mama belikan diorang topi angry bird sorang seketul. Sorang pilih kaler dark blue, sorang pilih kaler krim.
Topi dah dapat, nampak mainan menjerit nak mainan la plak. Dapatlah jugak mainan ni sorang seketul. Tak pasal-pasal bila Mawar Qhalisya nampak, terus merengek nak jugak. Dah satu hal bapa dia pusing gi cari mainan ni jugak.
Pastu mama ada gak beli kerepek untuk bawa balik sebagai buah tangan untuk pengasuh Rayyans. Nak beli souvenier dalam USS nan hado tak berkemampuan. Pastu mama ada beli sebiji periuk tanah untuk diri sendiri bagi meningkatkan motivasi diri untuk lebih rajin memasak. Hahahaha.
Dah penat pusing Ayer Hitam, dah puas shopping, barulah cari kedai makan untuk mengisi perut. Papa orderkan nasi ayam untuk Rayyans. Banyak diorang makan walaupun makan main-main sebab pagi tadi diorang cuma makan roti jer.
Mama n papa plak makan yong tau fu bersup ni hasil godaan dari mama jue. Memang sedap sup dia. Pastu makan bercicahkan sambal. Memang berpeluh-peluh makan di bawah cuaca yang panas terik. After makan, terus naik bas dan gerak balik ke shah alam.
Berakhirlah sudah family day kami tahun ni. Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Especially part gi USS tu. Kalau nak pergi sendiri entah bila la baru dapat jejak kaki dalam tu. Apapun, thank you Mr B sebab bermurah hati menaja setiap perbelanjaan anak-anak dan suami kami juga. Semoga Allah murahkan lagi rezeki Mr B, seterusnya murahlah jugak rezeki kami. Aminnn.
No comments:
Post a Comment