Saturday, January 5, 2019

Avani Sepang

First girls trip tahun ni kami ke avani sepang. Percutian adhoc merangkap farewell untuk cikfatin yang kena transfer ke department lain. 

Starting bulan 2 kami tidak lagi sebumbung. Cikfatin nun jauh kat hq kl sementara yang lain masih kat shah alam. Hilang sorang geng makan lunch kami.

Bilik kami kat pelepah no 5. Bilik 507. Dekat dengan center buah kelapa tu. Receptionist dekat dengan batang kelapa no 1. Boleh tahan jauh jugak la kalau2 nak jalan kaki ke bilik.

Tapi tak perlu risau sebab perkhidmatan buggy disediakan dan tak perlu nak menunggu lama2. Buggy sentiasa ada jer kat mana2. Basikal pun banyak tu FOC jer kalau nak mengayuh.

Buka jer pintu terus jumpa ruang tamu. Ada sofa dan meja kerja. Meja tu kami tak guna sangat pun. Sofa tu tolak rapat ke dinding sebab nak bentang toto tidur malam nanti.

Welcoming message dari Avani Sepang. Glamer nama bapa cikwani sebab booking atas nama cikwani. Jangan plak ingat ada lelaki nama fitri join girls trip pulak.

Ni bilik kat sebelah kiri. Ada satu katil king. Bantal dia best betul. Saiz besar dan panjang banding dengan bantal biasa.

Bilik air kat bilik pertama. Bilik air luas dan bersih. Hair dryer pun ada disediakan.

Lengkap dengan bath tub. Bolehlah amik peluang berendam lama2 tenangkan fikiran. Tapi jangan lupa turunkan bidai kat tingkap tu. Karang kena teropong dengan jiran sebelah tak pasal2.

Perkakas mandian yang disediakan percuma untuk guests. Lengkap semua ada. 

Ni kat beranda bilik pertama. Ada disediakan pelampung, tangga dan seketul kerusi untuk melayan perasaan sambil menikmati keindahan pemandangan laut.

Ni plak katil kat bilik tidur kedua. Saiz katil sama jer. Beranda kat tepi bilik ni ada kerusi meja untuk lepak2. Cuma bilik air kat bilik ni tak ada bath tub. 

Kali ni ramai yang dapat join except ciknor je yang takde. Ciknor ada kelas persediaan untuk menunaikan umrah. Mama entah bila la dapat menjejakkkan kaki ke Mekah. Insyaallah satu hari nanti adalah rezeki mama. Doakan ya.

Tuesday, January 1, 2019

Happy New Year 2019

Tak sampai sejam lagi berakhirlah tahun 2018 dan bermulalah tahun 2019. Tahun 2018 banyak meninggalkan kenangan manis dan kenangan tak berapa manis untuk mama.

Banyak azam 2018 yang dah tercapai. Yang tak berjaya cuma misi nak turunkan berat badan. Azam nan satu ni kita forward ke tahun 2019 la jawabnya. Kalau tak berjaya lagi akan terus diforward ke 2020 dan tahun2 yang seterusnya.

Penutup tahun 2018 meninggalkan sedikit kesedihan buat mama dan rakan sekerja. Kami kehilangan bos yang sangat baik dan sporting dan 4 orang rakan sekerja. Masing2 kena transfer ke department lain.

Geng travel girls trip mama, cikfatin juga kena transfer ke hq. Sedih sebab geng travel, geng lunch, geng membawang dah tak cukup korum. Semoga ini bukan menjadi satu halangan untuk cikfatin join kami travel lagi.

Walau apa pun mama anggap itu sebagai satu cabaran positif. Semoga tahun ni kami dapat bekerja dengan lebih semangat dan produktif.

Azam baru mama pula masih belum difikirkan lagi. Tapi mama harap tahun baru memberi kami kehidupan yang lebih tenang, bahagia dan dimurahkan rezeki oleh Allah Taala.

Mama ucapkan selamat menyambut tahun baru 2019 buat semua. Semoga tahun ni ekonomi negara semakin pulih dan memberi 1001 rahmat buat kita semua.