Wednesday, October 31, 2018

Polperro Steak House

Untuk kesekian kalinya kami lunch dekat polperro steak house. Hari ni extra special sebab ada orang nak blanja.

Mama aim nak cuba semua menu yang ada kat sini sebab semua menu nampak menarik. Hahaha..boleh jadi satu azam baru mama untuk next year ni.

This time mama cuba menu kombo ayam dan ikan. Ada chicken chop grill dan fish grill. Ikan tu tak pasti plak ikan apa. Mula tu mama ingat ikan yang macam fish n chips tu.

Cik ecah makan chicken chop combo. Menu ni ada chicken chop dan udang galah 3 ketul. Sebelum ni mama dah pernah try menu ni tapi yang lecehnya nak kopek kulit udang.

Ciklala n cikwani makan nasi goreng kambing bakar. Sedap kambing bakar tu. Lembut jer. Kalau agak2 tengah kelaparan tahap gaban boleh la try menu ni. Confirm kenyang sebab nasi goreng tu banyak.

Ada orang teringin nak makan meatball ikea tapi ntah bila la nak ke sana. Kat polperro pun ada menu meatball. Sedap jugak sebab ada cheesy sos tu.

Ni menu ciknor, spageti carbonara. Nampak macam sikit tapi banyak sebenarnya. Sebab pinggan dia jenis tenggelam.

Mushroom soup dan garlic bread. Kira macam starter je ni. Kalau mama makan ni jer confirm tak kenyang.

Tuesday, October 30, 2018

Pak Li Kopitiam

Pagi ni dok teringat kat nasi ayam lemon pak li kopitiam. Dok terbayang jer ayam goreng dia yang rangup tu. Kes berat dah mama ni.

Tak leh jadi ni. Lunch ni kena pergi jugak kat pak li kopitiam. Buatnya mama pregnant mau melelah air liur anak dalam perut.

Ajak geng2 makan pun semua setuju nak makan kat pak li. Kami ke branch di seksyen 18, kat pasaraya ole2.

Tercapai hasrat mama nak makan ayam goreng ni. Sedapnya lahai kulit ayam ni. Memang berjoget segala lemak2 dan kolestrol dalam badan mama.

Masalahnya mengidam nak makan nasi ayam lemon tapi teroder jugak butter kaya bun. Ni bukan mengidam lagi dah tapi mengketedarah.

Friday, October 26, 2018

KFC

Rayyans ada program kat sekolah petang ni. Jadi balik lambat. Masuk jer kereta masing2 cakap lapar. Papa terus bawa diorang makan kfc.

Rayyans dan papa makan set ayam dan nasi. Untuk rayyans mama kena order nasi lebih sebab diorang tak cukup semangkuk nasi.

Mama pulak prefer snack plate. Rasa macam tak kena jer nak makan kfc dengan nasi. Mama lebih suka set yang original. Old fashioned sikit mama ni.

Pastu order cheesy wedges dan puding karamel. Puding karamel tu rasa macam puding gula hangus yang mama biasa buat. Karamel tu rasa pekat sangat. Tak mampu nak habiskan sorang2.

So mr papa la jadi tukang pengabis makanan. Rayyans langsung tak nak makan. Diorang ni penakut sikit nak makan makanan yang tak biasa diorang makan.

Mesti ada yang tertanya2 mana hafiy. Hari ni mama ada kerja luar. Jadi hafiy mama hantar ke rumah cikla. Lepas amik rayyans dari sekolah kami terus ke kfc. Untuk hafiy kami bungkus jer.

Thursday, October 25, 2018

Secret Recipe

Sempena hari gaji, marilah kita mereward diri sendiri dengan makanan yang sedap2. Siapa lagi kalau bukan diri sendiri yang nak menghargai penat lelah kita mencari rezeki.

Moh le kengkawan kita cari resepi rahsia. Moga2 sedap la sampai dirahsiakan resepi tu. Seperti biasa, port makan kami adalah di pasaraya ole2.

Bila semua dah mengorder makanan masing2 keluar merayap. Nak shopping kat pusat pakaian hari2. Ada yang nak cari baju anak. Ada yang nak cari baju adik. Mama plak malas nak jalan. Jadi mama offer diri untuk tunggu meja dan makanan.

Sambil2 tu usha keadaan sekeliling. Hmm macam sedap pulak nampak kek kat kaunter tu. Ni kalau ada hafiy confirm kena order kek.

Tadi mama order set lunch noodle in tomyum soup. Jadi mama entitle untuk dapat sepotong kek dengan harga rm8.20. So mama order blueberry cheesecake. Jadi la untuk lepaskan terliur.

Noodle in tomyum soup. Macam pekat sangat kuah dia. Jadi rasa tu thick sangat. Kalau tambah air lebih skit baru ngam rasa tu. Setiap set lunch bersekali dengan ais lemon tea. Ok la dah jimat kat situ.

Seafood spageti cikwani punya. Mula2 cikwani order set lunch nasi tomato kencana. Bila diorang dah keluar merayap baru waitress tu datang inform nasi tomato dah habis. So tukar la ke menu lain. Tapi spageti ni kering sikit. Cikwani kena makan dengan kuah tomyum mama baru la ok.

Ciklala n ciknisa pulak makan viatnamese noodle. Yang ni tak ada set dengan air jadi kena order asing.

Wednesday, October 24, 2018

Warung Tranung Kite

Edisi jjcm kali ni ke gombak semata2 nak cari keropok lekor. Harap2 rasa samalah dengan keropok lekor kat terengganu.

Mama nak cari keropok yang banyak ikan. Bukan tepung semata. Kalau yang dijual kat gerai2 kat sini kebanyakkannya keras dan takde rasa ikan.

Besar signboard warung tranung kite. Keropok lekor yang dijual memang diproses kat sini. Mama nampak ada pekerja yang tengah menggentel keropok lekor. Pastu boleh pilih nak makan yang rebus atau goreng.

Sedapnya keropok lekor makan panas2. Lawan pulak dengan coconut sheikh (shake) dan air kelapa cetong (baldi). Selain keropok lekor ada signature dish yang lain jugak seperti kari kepala ikan, baung tempoyak, nasi tranung dan ikan celup tepung (ict).

Saturday, October 20, 2018

Laksam

Wiken minggu tak ada plan nak ke mana2. Sebab isnin depan rayyans exam hujung rahun. So wiken ni melepak kat rumah je la.

Bila dok umah mama suka main masak2 ni especially bila roh rajin meresap dalam badan. Pagi ni mama buat laksam. Semalam papa yang request nak makan laksam.

Pepagi dah start mengukus laksam. Paling malas buat laksam ni sebab nak kukus satu persatu. Nasib baik mama guna kukus elektrik. Kalau guna kukus dapur gas tu alamak bersaunalah mama kat dapur.

Mama cuma buat sepaket tepung beras. Dapatlah dalam 15 batang. Tu pun mama buat tebal2 sebab tak sanggup nak tunggu lama2 kat dapur. Kalau buat nipis2 sure dapat banyak lagi.

Yang penting puas hati makan bila masak sendiri. Anak2 pun boleh ulang2 makan. Next time balik kampung kena import tepung beras dari kelantan.

Resepi laksam:
  1. Campurkan 1 paket tepung beras (mama guna cap sekor gajah. Kalau guna tepung beras cap gelang (rasanya kat kelantan jer kot ada) dapat laksam lagi cantik dan putih), 2 senduk tepung gandum (senduk plastik yang biasa kacau gulai kat umah tu je), 1 jug air dan secubit garam.
  2. Sapukan sedikit minyak kat tudung periuk. Tuang 2 senduk bancuhan tepung tadi.
  3. Kukus selama 10 minit. Biarkan sejuk sedikit dan boleh mula menggulung.
Resepi kuah:
  1. Masukkan isi ikan rebus (mama guna 6 ekor ikan sardin), bawang merah 5 biji, sesudu kecil lada hitam dan santan ke dalam blender. Blend sampai halus.
  2. Tuang dalam periuk, masukkan asam keping dan kacau hingga mendidih. Perasakan dengan gula dan garam. 

Wong Solo

Lunch tadi merayau sampai ke seksyen 7. Kawan ofis mama nak ke butik bokitta. Katanya bokitta baru released corak baru. Sebagai peminat setia bokitta haruslah grab design2 baru.

Mama pernah la beli bokitta. Tapi rasa macam tak sesuai sebab kepala jadi pening bila pakai. Maybe sebab getah mencengkam kat bawah dagu. Bokitta tu pun dah selamat mama bagi kat orang lain.

Dah alang2 ke seksyen 7, kami terus lunch kat sini je. Pusing punya pusing, last2 ke wong solo. Lama dah kot mama tak datang area sini. Since kerja kat pandan indah mana ada masa nak ke sini dah.

Mama, cikwani dan cik aishah makan set ayam penyet. Tapi ayam mama macam kering sikit. Terlebih garing. Tapi sambal dia memang meletop. Campur plak dengan sambal kicap. Meleleh air hidung.

Ciknor dan ciklala makan set ayam bakar. Ayam bakar nampak juicy takdelah kering macam ayam penyet mama. Cuma set ayam bakar tak ada sambal penyet. Next time kena order ayam bakar jer.

Cikfatin plak makan set ayam goreng. Side dishnya semua sama iaitu tempe n tauhu goreng, sambal terung, ulam timun dan salad. Yang beza cuma ayam dan sambal penyet.

Wednesday, October 17, 2018

Fresco

Papa nak beli barang dekat kedai hardware plaza jelutung. Kalau dah datang kat sini haruslah kami dinner terus kat fresco. Lepas dinner boleh masuk jaya grocer cari barang dapur pulak. 

Mana tau kot2 wiken ni mama rajin nak ke dapur. Lagipun wiken ni kena hibernate kat rumah sebab rayyans nak exam.

Hadif si peminat tegar burger. Kat sini ada burger daging dan burger kambing. Yang hadif makan ni burger daging.

Meat pepperoni pizza for mama n papa. Pepperoni tu hafiy kutip makan. Sudahnya kami makan roti pizza jer.

Fish n chips ni untuk hafiy. Belum sempat mama amik gambar dia dah ngap dulu.

Dah dapat makanan terus tak hirau orang sekeliling. Sekarang tak boleh dah nak order menu share dengan dia. Dia nak ada pinggan sendiri. Nak makan sendiri.

Hazim plak makan nasi lemak ayam goreng. Selalunya datang sini dia suka makan burger. Dia lapar katanya. Nak makan nasi. Walhal dia takut papa paksa dia makan sayur dalam burger tu.

Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi. Walaupun kat dalam gambar nampak happy jer kat meja makan tapi hakikatnya ribut petir nak melayan kerenah anak2.

Tuesday, October 16, 2018

Nasi Lemak Habibi

Nasi lemak habibi dah bertapak kat puncak alam dah lama. Masa mama kerja kat shah alam dulu ada la jugak datang makan kat sini.

Then bila mama tukar kerja, kami pindah ke kl. Pastu pindah ke shah alam. Then pindah balik ke puncak alam. Berapa kali pindah daa.

Nak cakapnya after kami pindah ke kl tahun 2013 tu, sampai la kami pindah balik ke puncak alam, selama tu la kami tak gi makan kat sini. Napa ntah.

Hari ni bawa hafiy gi botakkan kepala kat kedai gunting dalam econsave. Pastu terbuka hati nak makan kat sini. Sepanjang jalan hari ni dia dok mengamuk nak potong rambut.

Selalu kalau datang sini mesti tak lain makan kat secret recipe. Hari ni pun nyaris2 tak dapat makan sini. Sebab si hafiy tu terlalu la suka makan kat secret recipe. Hafiy suka makan kek sebenarnya.

Ini pun terpaksa gak masuk secret recipe belikan dia kek. Kami tapau then gi makan kat nasi lemak habibi. Secret recipe ngan nasi lemak habibi ni sebelah2 je kedainya.

Panjang plak mama celoteh. Meh la tengok kami makan apa malam ni. Hazim makan spagheti meatball. Bila tanya sedap ke tak? Mama masak lagi sedap jawabnya. Memang beli jiwa mama ke apa ni.

Hadif n hafiy makan spagheti carbonara. Hadif licin tapi hafiy tak habis makan. Maybe sebab dah kenyang dia makan kek habis seketul.

My jantung hati plak makan nasi lemak ayam berempah. Specialnya kat sini nasi lemak ada kerabu mangga. Sedap.

Mama plak makan nasi dengan ikan bakar portugis. Ada pilihan ikan kembung, ikan pari dan ikan tenggiri. Mama amik ikan kembung.

Set ni pun ada kerabu mangga jugak. Rasa biasa2 jer. Mama lagi suka yang dekat food court giant seksyen 13 shah alam. Entah ada lagi ke tak kedai kat giant tu.