Lunch tadi merayau sampai ke seksyen 7. Kawan ofis mama nak ke butik bokitta. Katanya bokitta baru released corak baru. Sebagai peminat setia bokitta haruslah grab design2 baru.
Mama pernah la beli bokitta. Tapi rasa macam tak sesuai sebab kepala jadi pening bila pakai. Maybe sebab getah mencengkam kat bawah dagu. Bokitta tu pun dah selamat mama bagi kat orang lain.
Dah alang2 ke seksyen 7, kami terus lunch kat sini je. Pusing punya pusing, last2 ke wong solo. Lama dah kot mama tak datang area sini. Since kerja kat pandan indah mana ada masa nak ke sini dah.
Mama, cikwani dan cik aishah makan set ayam penyet. Tapi ayam mama macam kering sikit. Terlebih garing. Tapi sambal dia memang meletop. Campur plak dengan sambal kicap. Meleleh air hidung.
Ciknor dan ciklala makan set ayam bakar. Ayam bakar nampak juicy takdelah kering macam ayam penyet mama. Cuma set ayam bakar tak ada sambal penyet. Next time kena order ayam bakar jer.
Cikfatin plak makan set ayam goreng. Side dishnya semua sama iaitu tempe n tauhu goreng, sambal terung, ulam timun dan salad. Yang beza cuma ayam dan sambal penyet.
No comments:
Post a Comment