Wednesday, December 12, 2018

Gunung Kinabalu From Pekan Kundasang

Tempat pertama yang mama nak pergi hari ni adalah desa dairy farm atau lebih dikenali sebagai new zealand malaysia. Kat sini adalah ladang ternakan lembu susu.

Untuk ke desa dairy farm kena melalui pekan kundasang. Masa kami lalu tu lebih kurang pukul 8 pagi. Cuaca memang tengah elok terang benderang.

Tetiba mama ternampak macam kelibat gunung. Teruslah menjerit dekat uncle suh benti. Confirm itulah gunung kinabalu yang kami tercari2 semalam. 

Rupanya dia ada depan mata tapi tak nampak. Dia dekat tapi jauh. Macam mimpi jer nampak gunung kinabalu dengan jelas. 

Gunung kinabalu ni berbeza dengan bukit2 yang ada kat sini. Sebab puncak dia batu semata2. Takde pokok. Nampak hitam jer.

Kiranya timing kami sedang elok la. Lalu kat sini masa gunung kinabalu muncul. Kalau terawal atau terlewat mungkin kami tak nampak.

Betapa mahalnya gunung kinabalu ni. Kita kena mengejar masa untuk melihat dia. Kalau tak esok pagi la baru muncul balik. 

Mama bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk menghayati keindahan gunung kinabalu. Betapa agungnya ciptaan Allah.

Semakin lama sedikit demi sedikit awan mula bergerak melitupi gunung kinabalu. 

Seakan tidak mengizinkan gunung kinabalu menjadi tatapan umum. Betapa istimewanya gunung nan satu ini.

By 8.30 am, gunung kinabalu completely hilang dari pandangan. Mama kira2 gunung kinabalu hanya muncul dalam tempoh 30 minit sahaja.

Breakfast Day 1

Masa mama booked bilik mama tak tahu pun kat sini siap pakej dengan breakfast sekali. Bila check in baru receptionist cakap ada breakfast untuk 4 orang sebab kami amik bilik quad.

Breakfast start pukul 7 pagi. Alang2 dah masuk dengan harga bilik, kami breakfast jer la kat sini. Jimat sikit duit makan. Pastu tak payah susah2 nak cari restoran.

Cafe tempat breakfast ni bangunan asing daripada bilik kami. Kena jalan ke bawah sikit. Pastu cafe kat belah bawah. Kena turun tangga pulak.

Actually ruang makan ada 3. Tapi masa hari pertama kami nampak 2 jer. Ni kat belah dalam cafe.

Yang ni belah luar siap ada tingkap nako. Jadi boleh tengok pemandangan hijau kat luar. Angin sejuk pun boleh menyisip celah2 cermin tu.

Menu buffet ala kadar jer. Berpatutan la dengan harga bilik. Nak memilih2 sangat pun tak boleh la kan. Kita kat tempat orang. Apa yang orang sediakan itu la yang kami makan.

Ada nasi goreng cina dengan mihun goreng. Sedap la jugak dan mengenyangkan. Tu dalam cawan air teh. Dok kat tempat sejuk ni semua benda automatik rasa sedap.

Tu dia penuh pinggan masing2. Haruslah makan sampai kenyang sebab aktiviti kami penuh hari ni. Bila perut kenyang barulah bersemangat nak jalan2.

Psu berkali2 tambah air teh. Sedap katanya. Walhal masing2 lapar kot sebab semalam tak makan nasi. Kami makan kfc dan kepak ayam jer.

Perut kampung macam ni la. Makanlah sebanyak mana benda2 lain tapi takkan sama dengan makan nasi. Pagi ni puas hati dapat makan nasi dengan tenang.

Lepas breakfast ni kami plan nak gi tengok lembu pulak dekat desa dairy farm. Depa cakap kat sana boleh nampak view gunung kinabalu kalau datang awal.

Harap2 cuaca elok la. Sebab kami keluar ni dah kira lambat. Orang lain pukul 7 dah sampai ladang. Kami baru terhegeh2 nak breakfast. Insyaallah jika diizinkan, adalah rezeki kami nak tengok kan.

Sunrise At Mile 36 Lodge

Masa kami dok sibuk amik gambar ada sorang pekerja lodge tegur kami. Pakcik tu bitau kalau nak tengok sunrise panjatlah bukit tu.

Kat bahagian atas ni sedikit berbukit. Pihak lodge bina tangga dan pondok kat atas tu untuk pengunjung menikmati suasana matahari terbit.

Mama seram jugak nak panjat bukit tu sebab pagi2 berembun. Takut tangga licin alamaknya jatuh berdebuk la mama. 

So uncle is yang naik survey dulu pastu amik gambar kami kat bawah ni. Kat atas ni rumput boleh tahan tinggi juga. Risau takut ada ular atau pacat.

Pastu baru ciknik n psu mat join sekali. Tu yang mama dapat amik gambar diorang bertiga kat atas tu.

Indahnya pemandangan alam dari atas ni. Langit membiru, awan putih dan alam yang menghijau. Satu pemandangan yang takkan dapat kat kl.

Menunggu sang mentari terbit di ufuk timur. Waktu ni baru pukul 6 lebih. Matahari dah mula terbit. Kalau kat semenanjung ni masih lena diulit intan.

3 beradik..anak ketiga (mama), keempat (ciknik) dan juga keenam (bongsu), psu mat. Sementara psu masih bujang ni bolehlah mengekor jer ke mana kakak2 pergi. Dah kahwin nanti asyik berkepit dengan isteri jer la.

Syukur berpeluang menikmati keindahan ciptaan tuhan sambil bermuhasabah diri. Nikmat tuhan yang mana hendak ku dustakan.

Sama2 kongsi pengalaman indah dengan adik2 tersayang. Semoga memori ini terpahat dalam ingatan kami adik beradik.

Misi mencari matahari terbit dah tercapai. Next misi nak mencari gunung kinabalu pula. Harap2 cuaca elok dan adalah rezeki kami nak berjumpa gunung kebanggaan rakyat sabah.

Sebelum misi bermula, jomla kita breakfast dulu. Nasib baik kat lodge disediakan breakfast. Takdelah kami buang masa tercari2 kedai makan.

View Sekitar Mile 36 Lodge

Waktu check in semalam suasana sekitar lodge dah suram. Maklumlah kami check in dah dekat maghrib. So malam tak nampak sangat pemandangan sekeliling.

Pagi ni pukul 5 pagi suasana dah kecoh. Bilik atas kami ada budak2. Agaknya diorang dah bangun awal jadi anak2 dok berlari2. Bilik kami kat bawah jadi jelas sangat bunyinya.

Mama pun tak boleh nak tidur dah. Jenguk keluar suasana dah cerah walaupun baru pukul 5 lebih. Malam tadi tidur awal sangat kot jadi dah puas tidur.

Pastu teringat mama baca kat blog kalau nak tengok view gunung kinabalu kena keluar awal. Kalau lambat tak nampak sebab dilitupi awan.

So kejutlah diorang semua bangun bersiap. Tapi kami tak dapat jugak nak gerak awal sebab breakfast start 7 pagi. Oh ya bilik kami ni siap dengan breakfast sekali. Kalau tak makan rugilah pulak kan.

Sementara tunggu breakfast kami pusing2 kawasan sekitar lodge. Nyamannya suasana kat sini. Tenang jer rasa. Alangkah bestnya kalau kat kl suasana macam ni jugak kan.

Mama dan ciknik. Kalau ciknik tak balik kampung uncle rasanya mama tak sampai ke sabah kali ni. Disebabkan diorang balik kampung, so kami pun ikut serta.

Uncle is walaupun orang sabah tapi tak biasa sangat dengan kundasang dan kota kinabalu. Kampung uncle is dekat keningau. Lebih kurang 2 jam perjalanan ke kk menempuh jalan berbukit bukau.

Kat belakang mama tu adalah jalan masuk ke lodge. Kebanyakkan binaan kat sini mengekalkan kontur semulajadi. Diorang ikut jer kawasan bercerun. Takde nak tarah2 cerun macam kat semenanjung.

Kat belah bawah sana pula jalan nak ke cafe tempat breakfast dan ada beberapa buah bilik lagi kat area sana. Jalan dia memang naik turun ikut kontur asal.

Memang seronok kami bergambar sebab tiada gangguan. Cuma kami jer yang ada masa ni. Ada pelancong yang dah keluar dan ada yang masih belum bangun tidur.

Pasangan merpati dua sejoli ni berkepit jer. Maklumlah cuaca sejuk. Hehehe. Nasib baik ada uncle is yang rajin melayan kerenah kami dan amik gambar kami.

Kawasan lodge memang banyak bunga2 yang tumbuh meliar. Cuaca kat sini memang sesuai untuk bunga2 dan pokok2 hidup segar. Mama tepek bunga ros jer la ya sebab nama mama n ciknik kan bermula dengan ROS.

Tuesday, December 11, 2018

Mile 36 Lodge

Sepanjang 3 hari 2 malam kami kat kundasang, kami stay dekat Mile 36 Lodge. Actually bilik ni kami tempah last minute. Nasib baik masih ada bilik yang kosong.

Mama booked melalui wasap jer. Search kat google dan wasap ke resort. Reply cepat jer dari ms arti, receptionist kat sini. Deposit rm100 mama transfer ke akaun resort. Harga bilik rm240 per night.

Urusan check in lancar jer. Just bagi nama, setelkan bayaran then terus dapat kunci. Kat bangunan reception ada jual barang2 keperluan asas. So tak risau la kalau2 stok maggi habis.

Kami pilih bilik quad. Semua dok dalam satu bilik senang. Ala bukan orang lain. Adik beradik sindri semuanya.

Uncle is duduk belah atas n pksu kat belah bawah katil double decker ni. Karang kalau paksu kat atas takut runtuh katil.

Mama n ciknik pulak dok katil single ni. Katil ni kami rapatkan. Nampaklah lagi lebar katil. Lagi seronok dugong 2 orang nak melepak.

Jamban separate dengan bilik mandi. Air masyallah sejuk gila. Macam nak beku weih basuh verak. Airnya umpama ais kosong yang kita minum tu. Sejuk gila2. Yang harunya takde getah paip. Guna baldi n gayung.

Kat bilik mandi ada air panas. Jadi takdelah menggigil nak mandi. Tu pun lepas mandi masih kesejukkan.

Pukul 6 lebih suasana dah senja. Bila keluar bilik, bercakap keluar asap kat mulut. Sejuk dia mengalahkan cameron highlands.

Cepat betul gelap kat sini. Sunyi sepi suasana. Mati kutu kami dibuatnya. Dah la kat bilik takde tv. Line internet pulak macam siput. Mereputlah kami kat sini.

Jadi lepas makan masing2 tarik selimut. Walhal kat bilik takde ekon takde kipas. Sejuk semulajadi. Maka berakhirlah perjalanan kami untuk hari pertama.