Showing posts with label RAYHAN. Show all posts
Showing posts with label RAYHAN. Show all posts

Friday, June 13, 2025

A&W

 Setiap pagi jumaat, Hafiy ada kelas renang dekat Pusat Akuatik Terengganu Batu Burok. Mama masukkan dia dalam kelas renang sebab nak suruh aktif. Kalau tak sepanjang masa la mengadap handfon.


Kenmain seronok dia dapat belajar berenang. Budak2 kan biasala memang suka mandi kolam.

Sekarang ni hari jumaat adalah hari yang paling dia tunggu-tunggu.

Kelas renang sejam jer satu sesi. Dari 8 pagi hingga 9 pagi. Sorang trainer jaga dalam 4 ke 5 orang student je.

Lepas swimming terus kelaparan anak bujang. Kami ke A&W berdekatan jer dengan pusat akuatik.

Menggugat betul bau ayam ni tiap kali lalu depan A&W.

Kami first customer ari ni. Orang lain breakfast cari nasi dagang nasi minyak, kami cari A&W.

A&W Pantai Batu Buruk
Jalan Pantai Batu Buruk

Buka setiap hari: 10.00 am to 12.00 am

Friday, January 3, 2020

Dunia Baru

Tahun ni hafiy dah start sekolah tadika. Mama hantar kat tadika biasa jer dekat dengan rumah. No more tadika2 yang well known macam abang2 dulu.

Berdebar juga nak hantar hafiy ke tadika. Maklumlah, dalam masa 5 tahun, ni la first time dia berenggang dengan papa. Since lahir sampai sekarang papa yang jaga hafiy kat rumah. 

Jadi mama tak dapat bayang macam mana perasaan dia bila separuh hari berada kat tempat lain. Tak dapat tengok muka mama papa. Jangan homesick sudah.

Hari pertama went well. Surprised juga mama dengan performance hafiy. Langsung tak menangis. Dia nampak happy jer masuk kelas. Maybe sebab nampak mainan banyak dalam kelas.

Apa yang mama nampak, tadika biasa ni parents dapat tengok direct cara pembelajaran diorang. Cikgu2 pun rajin update aktiviti students dekat wasap group. Jadi parents dapat tengok la progress anak2 macam mana.

Masa kembar dulu, parents langsung tak boleh tengok macam mana anak2 kat dalam kelas. Hantar pun setakat bawah tangga (tadika kembar dulu kat tingkat atas). Aktiviti anak2 pun kami just dapat tau masa amik report card jer.

Tadika hafiy ni setiap hari cikgu bagi bawa balik buku. Parents dapat check la aktiviti diorang kat tadika. Apa2 aktiviti yang diorang buat kat sekolah pun boleh bawa balik rumah.

So far mama nampak hafiy seronok pergi sekolah. Harap2 hafiy sentiasa bersemangat la. Cikgu pun ada komen hafiy cepat belajar. Semoga anak2 mama diterangkan hati dan cepat faham apa yang cikgu2 ajar.

Sunday, November 11, 2018

Basikal Hafiy

Lepas brunch kat warung ambo kami terus ke sungai buloh. Mama nak gi kedai jahit nak alter seluar. Mama biasa pergi kat kedai ni jer.

Kedai jahit ni pulak berdepan dengan kedai jual2 mainan. Mama nampak banyak basikal dalam kedai so teringat hafiy cakap kat rumah cikla dia main basikal icha.

Bila mama tanya hafiy nak basikal ke. Nakkk jawabnya. Sementara tunggu seluar siap jahit kami ke kedai mainan tu dulu. Sukalah hafiy dapat basikal idaman hati.

Abang2 dulu pun mama ada beli satu sorang basikal macam ni. Tapi dah hilang kena curi bila kami letak basikal kat luar. Harap2 basikal hafiy ni mampu bertahan lama.

Monday, November 5, 2018

Termos

Pepagi lagi anak jantan dah menggugat kesabaran papa. Tengah orang kelam kelibut bersiap nak pergi kerja, time tu la dia terkedek2 minta susu. Bila kita cakap tunggu sekejap mama nak bersiap dulu dia tak faham. Diangkutnya botol termos air panas tu nak suh mama buat susu.

Tetiba bunyi berderai macam kaca pecah. Berlari mama ke bilik tengok atas lantai termos dah pecah. Dia boleh lagi cakap 'takde apa2 ma'. Punyalah mama risau takut dia terpijak kaca kat atas lantai tu. Hafiy..hafiy.. ada jer kerenah dia yang buat mama urut dada.

Sunday, November 4, 2018

Kek Secret Recipe

Pagi tadi mama papa n hafiy pergi econsave nak beli barang dapur. Abang2 tak nak ikut. Nak dok umah tengok cita ant man yang mama beli kat astro best. 

Masa nak balik papa pergi farmasi nak beli ubat demam untuk hazim. Farmasi tu pulak sebelah secret recipe. Tak keruan anak teruna kat dalam kereta bila nampak secret recipe.

Lepas papa beli ubat terus dia cakap nak kek. So masuk la secret recipe dulu. Hafiy bila tengok kek kat kaunter tu mula la tak tentu arah.

Main tunjuk jer sampai 3 ketul sebab dia cakap untuk hadif 1, hazim 1 dan hafiy 1. Dia pilih red velvet, chocolate indulgence dan banana chocolate cake. Mama pun teringin nak makan jugak. So mama pilihlah cheesecake untuk mama sekali.

Bila balik rumah tiga2 kek dia nak makan sorang. Sudahnya mama dan abang2 kena berkongsi makan cheesecake tu je. Nasiblah hafiy tak berapa suka cheesecake. Kalau tak empat2 ketul dia nak makan sorang.

Friday, October 12, 2018

Hafiy Rayhan

Bila mama kerja kat site, hafiy mama akan hantar ke rumah cikla. Kalau hari biasa hafiy dok umah jer dengan papa.

Pagi ni mood dia elok. Keluar pintu rumah dia minta mama amik gambar dia.

Peace yo!! Tapi satu jari jer tegak. 

Amboi siap jingkit kaki macam model.

Satu senyuman menawan untuk mama.

Tapi inilah rupa sebenar saya. Budak nakal.

Mama nak ootd pun tak aman. Sibuk jer dia nak mencelah. Rosak gambar mama.

Tuesday, September 25, 2018

Kedai 2 Ringgit

Masa mama ambil hafiy kat rumah cikla tadi dia tengah menangis berebut mainan dengan kakak icha. Bila nampak mama jer terus mengadu icha kedekut tak nak kongsi mainan.

Masuk jer kereta dalam sedu sedan cakap nak pergi kedai 2 ringgit. Dia memang tau sangat la kat kedai 2 ringgit ada banyak mainan.

Selalunya bila datang sini mama yang akan tarik bakul. Kali ni mama bagi dia tarik sendiri. Nak memujuk punya pasal.

Sekali bila bakul kat tangan dia kenmain dia amik jer semua benda masuk bakul. Sampaikan barang2 pertukangan pun dia main amik jer.

Mama perati jer ko ni dik. Macam tak tentu arah dia tengok mainan banyak sangat. Selalunya mama akan cakap pilih satu atau pilih dua jer.

Tapi bila bakul kat tangan tak jalan dah bila mama suh pilih satu atau dua. Yang penting kena penuh bakul tu. Lain kali tak boleh bagi dia bakul lagi dah.

Tengok harga ke tu dik. Tak payah tengok la semua benda harga tetap dik. Rm2 untuk setiap barang. Nasib baiklah murah. Kalau tak kopak mama.

Tu dia penuh sebakul barang mainan dia pilih. Adalah terselit barang mama 2 ketul mangkuk tu je. Yang lain semua mainan dia. Stok untuk sebulan la ni. Lepas ni tak yah beli mainan lagi dah.

Puas hati la sangat tu dapat apa yang diidamkan. Berbaloi ye dik menangis beria bercucuran air mata kat rumah cikla tadi. Taktik menjadi la kiranya ni.

Saturday, August 25, 2018

Bila Dah Bosan

Perjalanan pergi balik ke kelantan memang memakan masa yang agak panjang. Kalau orang tak biasa memang rasa macam patah pinggang sebab duduk dalam kereta lebih kurang 8 jam.

Budak2 lagi la bosan dok dalam kereta lama2. Sebab tu mama prefer balik malam. At least diorang akan tidur sepanjang perjalanan. Jadi takdelah adegan melalak, bergaduh dalam kereta.

On da way balik hari tu tak terasa perjalanan jauh sebab kami singgah kat kuantan. Then baru balik kelantan. Perjalanan balik ke puncak alam ni direct jer. Kami takde singgah bermalam kat mana2.

Jadi anak2 agak kebosanan dalam kereta. Tidur bangun still tak sampai2 rumah gak lagi. Jadi diorang terpaksa mencipta hiburan sendiri untuk mengatasi kebosanan.

Tu yang ada jadi superman, jadi ustajah. Mama tak kisah diorang nak main apa asalkan jangan merengek dalam kereta. Nanti papa stress nak drive.

Friday, August 24, 2018

Jealousy

Adik aniq datang beraya kat rumah nenek. Aniq ni anak cik amnah, kawan merangkap jiran kat kampung. 

Bila mama riba aniq tetiba jer hafiy datang kat mama nak beriba jugak. Jeles la tu mama ada baby baru.

Kalau camni peel ko dik camna mama nak ada baby girl ni. Kalau tak ada baby aniq dia tak heran pun kat mama. Tapi bila mama pegang aniq automatic dia jadi manja kenmain.

Hafiy ni dia tak boleh tengok mama pegang baby lain. Even dengan zara pun dia jeles. Kalau boleh dia nak mama dengan dia jee.

Thursday, August 23, 2018

Hafiy & Pak Su

Hafiy ni sebenarnya susah sangat nak amik gambar dia. Dia bukan jenis yang mesra kamera macam rayyans.

Bila mama nak amik gambar dia selalu tak dok diam. Pastu suka buat muka. Mata plak melilau tempat lain.

Kali ni tetiba plak dia suh amik gambar dia. Pastu dok setempat tak gerak2. Selalunya dia suka bergerak bila kita nak fokus.

Pastu boleh plak dia panggil pak su ajak bergambar. Bila abang2 nak join jugak dia tak bagi. Dia nak gambar dia dengan pak su berdua jer.

Nak amik hati pak su la tu sebab pak su suka melayan dia gi beli kat kedai runcit depan umah nenek.

Pak su pun redha jer la melayan permintaan anak sedara kesayangan. Mana tak redhanya, kalau tak dilayan bertempik satu kampung dengar.

Pagar nenek ni dah jadi port wajib untuk bergambar tiap kali balik kampung. Cat pagar tu pun dah makin pudar. Nampak gaya nak kena cat baru ni.

Tengok tu kenmain sengih bila amik gambar dengan pak su. Balik puncak alam nanti mesti hafiy dok sebut2 nama pak su, nenek dan tok ayah.