Tahun ni hafiy dah start sekolah tadika. Mama hantar kat tadika biasa jer dekat dengan rumah. No more tadika2 yang well known macam abang2 dulu.
Berdebar juga nak hantar hafiy ke tadika. Maklumlah, dalam masa 5 tahun, ni la first time dia berenggang dengan papa. Since lahir sampai sekarang papa yang jaga hafiy kat rumah.
Jadi mama tak dapat bayang macam mana perasaan dia bila separuh hari berada kat tempat lain. Tak dapat tengok muka mama papa. Jangan homesick sudah.
Hari pertama went well. Surprised juga mama dengan performance hafiy. Langsung tak menangis. Dia nampak happy jer masuk kelas. Maybe sebab nampak mainan banyak dalam kelas.
Apa yang mama nampak, tadika biasa ni parents dapat tengok direct cara pembelajaran diorang. Cikgu2 pun rajin update aktiviti students dekat wasap group. Jadi parents dapat tengok la progress anak2 macam mana.
Masa kembar dulu, parents langsung tak boleh tengok macam mana anak2 kat dalam kelas. Hantar pun setakat bawah tangga (tadika kembar dulu kat tingkat atas). Aktiviti anak2 pun kami just dapat tau masa amik report card jer.
Tadika hafiy ni setiap hari cikgu bagi bawa balik buku. Parents dapat check la aktiviti diorang kat tadika. Apa2 aktiviti yang diorang buat kat sekolah pun boleh bawa balik rumah.
So far mama nampak hafiy seronok pergi sekolah. Harap2 hafiy sentiasa bersemangat la. Cikgu pun ada komen hafiy cepat belajar. Semoga anak2 mama diterangkan hati dan cepat faham apa yang cikgu2 ajar.
No comments:
Post a Comment