Saturday, May 11, 2019

Happy Birthday To Me

Happy birthday to me and my husband. We share same birthdate. Tahun ni birthday jatuh bulan puasa. Jadi tak dapatlah nak potong kek di siang hari. 

Tahun ni merupakan tahun terakhir mama sambut birthday sebagai 3 series. Tahun depan dah up jadi 4 series. 

Alhamdulillah diberi kesihatan dan kehidupan yang bahagia oleh Allah. Tiada apa yang mama harapkan selain daripada kesihatan dan kehidupan yang sempurna.

Sempena birthday kami, mama belanja papa dan anak2 buka puasa dekat hotel blue wave shah alam. Alang2 nak buka puasa kat hotel, mama terus booked bilik kat sana. Takdelah nanti tergesa2 selepas berbuka nak balik rumah.

Papa pulak bagi surprise kat mama. Diam2 dia pergi cari hadiah ya. 

Hadiah dari suami tercinta, perfume body shop. Papa memang tau mama guna perfume dari body shop ni since mama belajar lagi. Thank you sayang. 

Friday, May 10, 2019

Iftar: Day 5

Hari ni kemaruk betul membeli kat pasar ramadhan. Penuh meja dengan lauk pauk beli kat pasar. 

Macam2 juadah ada. Ikan siakap n cencaru bakar, sayur campur, kerabu taugeh n selom, ikan keli goreng, meatball, chicken chop dan roti john.

Menu western malam ni. Chicken chop untuk rayyans. Meatball untuk mama. Chicken chop tu umi, bekas pengasuh rayyans yang jual. Memang every year umi berniaga kat pasar ramadhan. 

Ikan cencaru dan siakap bakar cicah air asam kerisik. Sedap. Dah 2 kali mama beli ikan bakar ni. 

Ikan keli goreng. Menu ni papa yang masak. Dia beli ikan keli yang dah siap siang pastu perap dengan garam kunyit lengkuas halia dan serai. Ikan keli feveret rayyans ni. 

Tekak mama dah 2 3 hari teringin nak makan kerabu daun kayu dan kerabu sarang. Tapi kat sini celah mana nak cari. So hari ni beli jer la kerabu selom buat ganti. 

Sayur campur dengan tauhu jepun ni pulak papa yang pilih. Tu yang lauk jadi banyak ni. Masing2 selera tak sama. 

Yang sentiasa berselera mamat gebu sorang ni mama belikan ayam goreng 2 ketul.

Thursday, May 9, 2019

Iftar: Day 4

Hari ni kami berbuka kat luar. Kat menate steak house. Bulan puasa ni menate ada buat buffet buka puasa. Harga pun takdelah mahal sangat.

Sebenarnya mama dah lama teringin nak makan kat menate. Tapi bila fikir harga tu naik seram pulak.

Meja terhad jer kat sini. Kami dapat meja bawah khemah. Menate buka khemah dekat parking lot.

Lepas buat bayaran akan dapat sticker hijau ni. Dah ada sticker baru boleh amik makanan. 

Food selection boleh tahan banyak jugak. Cuma bila makanan habis diorang lambat top up. 

Berderet makanan cantik tersusun. Kebanyakkan menu adalah western food. 

Adalah jugak nasi minyak. Tapi selection lauk tak banyak. 

But, alhamdulillah kenyang jer kami makan. 

Kambing golek yang menjadi tarikan. Hidangan buffet takde menu steak. Kalau nak makan steak boleh jer order ala carte.

Budak2 suka la ada spaghetti dan pizza. Diorang dok ulang2 makan ni jer. 

Budak sorang ni makan mengalahkan orang puasa. Semua benda dia nak rasa.

Wednesday, May 8, 2019

Iftar: Day 3

Hari ketiga akhirnya menjejakkan kaki kat param. Mama gi param dekat dengan rumah jer. Panas betul cuaca. Tak berjaya nak tawaf satu param. Sampai separuh jalan kami patah balik. 

Bila dah ke param mulalah nafsu membuak2. Tengok makanan semua nak beli. Tu pun nasib baik separuh jalan jer. Kalau jalan sampai ke hujung tak tau la apa lagi yang diborong. 

Ada siakap bakar, talapia bakar, masak lemak daging salai, ayam percik dan ikan kicap. 

Kuih femes bulan ramadhan. Agar2 pandan dan gula melaka. Harga sebekas rm2. 

Tepung pelita paya jaras feveret anak2. Satu bekas ada 5 ketul harga rm3. 50. Mama beli 3 bekas supaya diorang tak berebut. Puas hati anak2 dapat makan 5 ketul sorang.

Tuesday, May 7, 2019

Iftar: Day 2

Juadah hari kedua mama beli jer kat kedai makan feveret mama. Masa mama kerja kat ttdi jaya, kedai ni la yang mama selalu beli makanan. 

Tahun lepas langsung tak berkesempatan nak beli makanan kat sini sebab opis mama nun kat pandan indah. Memang takde chance la nak datang. 

Since tahun ni opis dah pindah shah alam, jadi bolehla mama singgah dalam perjalanan balik rumah. Restoran ni nama sri ttdi. Berkonsepkan makanan kelantan. 

Menu feveret mama of course ayam percik. Papa pulak suka gulai kawah. Cuma sambal udang petai jer takde. Masa kami sampai udang dah habis. 

Selain tu mama beli jugak kerabu perut. Kalau kat kampung nenek selalu masak perut air asam. Sedapnya lahai. 

Pastu beli jugak solok lada. Tapi solok ni guna cili hijau biasa. Bukan cili hijau solok kelantan tu. Walau apa pun tetap bersyukur dengan rezeki yang ada ni.

Semalam berbuka langsung takde pencuci mulut. Hari ni dah alang2 membeli, mama belilah sekali bubur jagung dan popia.

Monday, May 6, 2019

Iftar: Day 1

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan ramadhan. Cuma ramadhan tahun ni tak sama dengan tahun lepas sebab orang yang mama paling sayang sudah tiada. Alfatihah untuk arwah ayah, zawawi bin abdullah.

Berbalik ke juadah berbuka di hari pertama. Mama just masak yang ringkas2 sahaja. Tahun ni ofis dah dekat sikit dengan rumah. Jadi tak perlu nak mengadap jem lama2 macam tahun lepas. Opis hour pun pukul 4 dah boleh balik. Jadi sempatlah mama masak. 

Sup tulang ni hirup kuah panas2 sedap. Tabur bawang putih goreng banyak2. 

Ayam goreng kunyit balance sahur pagi tadi. Elakkan pembaziran. Lauk ni boleh jer panaskan balik. 

Ikan sambal cili hijau. Rayyans suka lauk2 macam ni. Diorang kalau makan nasi suka makan kering2 tak berkuah.

Matching pulak dengan ulam bendi dan kacang botol cicah sambal belacan. Lauk simple boleh buat makan bertambah. Pastu tersadar kekenyangan.

Sunday, May 5, 2019

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah berjumpa lagi dengan Ramadhan yang penuh keberkatan. Ramadhan tahun ni agak berbeza buat keluarga kami. Buat pertama kali mama sambut ramadhan tanpa seorang insan yang bergelar ayah. Sayunya rasa hati sambut ramadhan kali ni. 

Dah hampir 3 bulan tok ayah meninggalkan kami. Sudah pasti puasa dan raya tahun ni tak sama seperti tahun lepas. Tiada lagi aktiviti shopping baju raya, selipar raya untuk tok ayah. Tiada lagi orang yang akan menunggu tepi radio untuk dengar azan maghrib. 

Siapa tahu kan, rupanya tahun lepas merupakan ramadhan dan syawal terakhir buat tok ayah. Semoga ayah tenang di sana. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Ya Allah ya tuhanku, lapangkanlah kubur ayah ku.