Showing posts with label RAYYANS. Show all posts
Showing posts with label RAYYANS. Show all posts

Saturday, August 3, 2019

Twin's Birthday Dinner

After maghrib kami siap2 nak gi dinner kat cafe. Twin masih tak tau yang mama buat surprise nak sambut birthday diorang malam ni. Kiranya ni early celebration la. Birthday diorang pada 8 Ogos.

Model pose dekat tangga dulu. Dinner malam ni anak sedara papa nak join kami.

Cafe kat bangunan lobi. Kat depan lobi hotel ada kereta dan beca antik. Anak2 pose dekat sini dulu. Masa ni elok jer lagi Hafiy pakai seluar jeans.

Ni gambar lepas habis dinner. Dia minta nak tukar pakai seluar pendek. Hafiy ni susah sangat nak pakai seluar jeans atau seluar panjang. Dia lebih suka pakai seluar pendek. Lebih selesa agaknya sebab badan dia berisi. Kalau mama pakaikan seluar jeans mesti menjerit tak nak pakai.

Naik beca nak pergi mana tu. Last 2 years masa kami pergi melaka, bawa la anak2 naik beca. Masa tu tengah top lagu baby shark. Beca yang kami naik tu pasang la lagu baby shark. Hafiy kenmain suka. Sudahnya terpaksa naik dua trip sebab dia tak puas dok atas beca.

Basikal tua pun ada. Dah sama tema basikal dengan baju 3HR. Hafiy tu langsung taknak pandang kamera dah. Sibuk dok main loceng basikal. 

Depan kaunter receptionist ada meja jam. Ni jam betul tau. Waktu pun betul. Bukan setakat jam perhiasan saja. 

Bila sampai cafe, staf tunjuk meja kami barulah twin tersipu2. Baru diorang tau belon2 yang diorang nampak pekerja deko petang tadi adalah untuk diorang.

Tahun ni dah 10 tahun baby kembar mama ni. Rasa baru semalam jer melahirkan diorang. 

Terlalu banyak kenangan mama mengandungkan si kembar, anugerah dari Allah yang tidak ternilai buat mama. 

Wajah2 kesayangan mama, hero di hati mama. Bila mama nak ada geng gegirl plak ni.

My first born. Kek ni beli kat cafe ni jer. Disebabkan booking last minit, kek yang sebiji dah habis. So dapat kek yang slice ni jer. Takpelah janji ada kek.

My second born. Kek masing2 pilih nak perisa apa. Cuma lilin jer takde. Nanti bila birthdate betul2 kita tiup lilin ok.

Menu dinner malam ni western food. Papa makan lamb chop.

Chicken chop with meatball ni untuk mama.

Mama order fish & chips ni untuk hafiy. End up mama yang kena habiskan. Manalah mama tak makin gemuk.

Twin dua2 nak makan nasi goreng chicken chop.

Then hafiy ngada-ngada nak makan spagheti pulak. So mama order spagheti carbonara untuk hafiy.

Pose dulu sebelum makan. Dah lapar sangat dah tu sampai tak boleh nak senyum dah.

Makanan semua sedap. Kena dengan selera tekak mama. 

Inilah anak sedara papa yang bertugas sebagai ahli bomba dekat taiping. Hisham namanya, datang bersama isteri dan anak sulung. Boleh pulak tersama tema merah dengan kami.

Kami makan, lepak, sembang2 sampai cafe nak tutup la. Anak2 pun dah mengantuk. Esok wife Hisham nak ajak kami makan mee udang. Depa orang sini lebih tau tempat makan yang sedap2.

Thursday, March 7, 2019

Kelas Mengaji

Rayyan start mengaji dari darjah 1. Sebelum ni papa hantar diorang mengaji kat rumah along. Dalam 10 minit perjalanan jugak la. Diorang bermula dengan baca iqra'. Then diorang mengaji kat tadika area rumah kami pulak sebab lebih dekat dengan rumah. Just jalan kaki jer. Tapi mengaji kat tadika ikut takwim sekolah. Kalau sekolah cuti then mengaji pun cuti. So sepanjang cuti bulan 12 tu kira tak mengaji langsung.

Start tahun ni diorang mengaji dengan along balik. Cuma kali ni along datang rumah kami mengajar. Takdelah papa terkejar kejar lepas maghrib nak hantar diorang.

Alhamdulillah rayyan dah baca quran pulak. Diorang pun dah mengenal huruf cuma kurang lancar jer. Insyaallah jika mengaji berterusan bacaan diorang akan bertambah baik.

Saturday, August 25, 2018

Bila Dah Bosan

Perjalanan pergi balik ke kelantan memang memakan masa yang agak panjang. Kalau orang tak biasa memang rasa macam patah pinggang sebab duduk dalam kereta lebih kurang 8 jam.

Budak2 lagi la bosan dok dalam kereta lama2. Sebab tu mama prefer balik malam. At least diorang akan tidur sepanjang perjalanan. Jadi takdelah adegan melalak, bergaduh dalam kereta.

On da way balik hari tu tak terasa perjalanan jauh sebab kami singgah kat kuantan. Then baru balik kelantan. Perjalanan balik ke puncak alam ni direct jer. Kami takde singgah bermalam kat mana2.

Jadi anak2 agak kebosanan dalam kereta. Tidur bangun still tak sampai2 rumah gak lagi. Jadi diorang terpaksa mencipta hiburan sendiri untuk mengatasi kebosanan.

Tu yang ada jadi superman, jadi ustajah. Mama tak kisah diorang nak main apa asalkan jangan merengek dalam kereta. Nanti papa stress nak drive.

Tuesday, August 21, 2018

Pipi Gebu Gebas

Alkisahnya masa on da way balik kampung, tragedi berlaku kat dalam kereta. Hadif dok kat depan jadi co pilot papa. Dia amik fon papa main game curi2.

Kitorg kalau depan hafiy tak boleh tunjuk fon sebab dia dah macam ketagih tengok utube. Masa hadif main game tu hafiy tengah tidur kat seat tengah.

Ntah macam mana hafiy bangun terus nampak fon kat tangan hadif. Hadif plak spontan terus sorok fon kat bawah seat. Bila hafiy ke seat depan minta fon, hadif cakap fon tak ada.

Yang si hafiy dengan selamba jer gigit pipi hadif yang gebu gebas tu siap tak nak lepas. Memang sekuat hati dia gigit. Menjerit hadif tarik muka dia.

Bengkak pipi hadif kesan gigitan. Seminggu jugak la pipi dia biru lebam. Peringatan untuk hadif lain kali jangan nak sorok2 daripada hafiy.

Hafiy plak lepas gigit abang boleh buat muka tak bersalah. Hai la anak..selalunya abang yang buli adik. Ni dah terbalik, adik pulak buli abang.

Saturday, August 11, 2018

Happy 9th Birthday Rayyan

Bila tiba birthday anak2 ni perasaan sorang mak lain macam especially anak pertama. Ye la kan pengalaman pertama bergelar ibu. Mula la teringat hari kelahiran rayyan dulu. Priceless give, priceless feeling.

Hari ni umur rayyan dah menginjak ke 9 tahun. Bermaksud annivesary aku yang ke 9 bergelar seorang ibu. 

Alhamdulillah Allah kurniakan aku si kembar hazim rayyan dan hadif rayyan (& of course si adik, hafiy rayhan).

Setiap tahun aku buat majlis meraikan hari kelahiran diorang. Jemput family dan sedara mara terdekat je pun. 

Tapi tahun ni macam bizi sikit. Bila weekend ada je kerja nak buat. So tak sempat nak arrange buat makan2. 

Lagipun aku dah plan nak celebrate birthday diorang kat hotel. Special sikit tahun ni. 

Aku bawa diorang dinner kat zest restaurant, marriot putrajaya hotel. Makanlah puas2 kat buffet dinner tu. 

Tapi macam tak lengkap pula kan bila takde kek birthday tulis nama diorang. Tengokla nanti bila2 free kita tiup lilin potong kek pulak. 

Thursday, May 3, 2018

3 Stooges

Lamanya tak jengah sini. Dek kerana kebizian menguruskan tugasan hakiki. Harapnya blog ni tak terkubur tanpa nisan. Mama akan cuba menaip gak kalau ada kelapangan.

Tepek gambar anak anak jer la buat modal. Si kembar sekarang ni dah berumur 9 tahun. Ketara perbezaan fizikal antara adik (hadif) dan abang (hazim). Hadif dah membesar dengan jayanya.

Si kecil yang kat tengah tu pulak dah 3 tahun. Paling kecoh antara ketiga tiga beradik. Baju nak sama jer dengan abang2. Kalau beli beza2 alamaknya jadi tukun la bju tu dia tak bagi abang2 pakai. 

Friday, September 22, 2017

Cuti Panjang

Bukan cuti2 makan angin, tapi cuti mengupdate blog. Kekangan masa sebenarnya. Waktu siang terlalu sibuk dengan kerja. 

Bila balik rumah plak, cuba hadkan masa pegang handfon. Sebolehnya nak meluangkan lebih masa berkualiti dengan anak2 yang semakin membesar. 

Ni pun dapat taip sikit lepas gian sebab anak2 dah tido. Lagipun esok cuti awal muharram. Tido lambat pun takpe sebab esok x kerja. Kalau hari kerja pukul 10 confirm dah belayar ke laut dalam.

Untuk seluruh umat islam, diucapkan selamat tahun baru. Semoga tahun membawa lebih rahmat kepada kita semua. Salam awal muharram.

Lamanya tak makan suro kelantan...

Sunday, April 16, 2017

Sukaneka SKPA

Tengah kami sibuk memasak kat rumah, rayyans plak sibuk berjuang kat padang. Kebetulan pagi ni ada sukaneka kat sekolah rayyans. Tak dapat nak pontengkan diorang sebab rayyans ada ambil bahagian.

Sorang rumah biru, sorang rumah hijau. Macam umno ngan pas dah. Walaupun rumah lain2 tapi kami tetap sehati sejiwa. Namapun kembar ye dak. 

Mama tak tau apa nama acara sukaneka yang diorang masuk ni. Hazim dan hadif bersaing sesama sendiri mewakili murid2 tahun 2.

Team hadif, team rumah hijau menjadi juara. Tahniah untuk semua ahli rumah hijau. Semangat anak mama beratur kat depan sekali. 

Upacara penyampaian pingat. Bagus anak mama. Dapat pingat emas. Mama bangga sangat dengan pencapaian hadif walaupun cuma menang sukaneka sekolah.

The champion. Juara di padang dan juga di hati mama. Sayangnya mama tak dapat sama2 menyaksikan dan meraikan kemenangan hadif. 

Tahun ni team hazim takde rezeki. Last year hazim dapat pingat perak dan hadif pingat emas. Next year hazim boleh cuba lagi. 

Takpe la tak dapat pingat pun. Janji hazim ada semangat kesukanan. Volunteer untuk masuk acara ni pun dah membanggakan mama daripada langsung tak involve dalam mana2 acara. 

Cuma papa jer yang datang bagi semangat kat rayyans. Mama tengah bz kat rumah masak2. Lagipun adik takde sapa nak jaga kalau mama ikut sekali. 

Dah penat bersukaneka, take a break with milo. Pasni boleh balik makan nasi dagang pulak. Hadif tak sabar2 nak balik sebab nasi dagang feveret dia.