Pagi ni kami ke Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai untuk tengok gajah. TER ni dekat jer dengan rumah kami.
Gajah2 ni didatangkan khas dari Tasik Kenyir sempena karnival sambutan dua dekad Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM).
Karnival ni berlangsung 3 hari sahaja iaitu dari 19.06.25 hingga 21.06.25.
Pameran gajah hanya dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.
Bayaran masuk adalah percuma sahaja. Kalau nak tengok gajah dari dekat kena beli makanan untuk bagi gajah makan.
Ada 3 ekor semuanya. Masa kami sampai gajah2 tengah mandi so kena tunggu diorang habis mandi dulu.
Makanan yang dijual berharga RM10 dan RM20. Bakul yang hafiy pegang ni harga RM10. Ada tebu, pisang dan ubi keledek.
Gajah milih makanan..dia makan ubi keledek jer. Tebu n pisang dia buang. Maybe dah kenyang sangat tu sebab ramai pengunjung yang bagi makan.
Kat depan khemah ada dijual barang-barang souvenir. Macam biasa, hafiy confirm la nak membeli. Sempat sambar keychain dan purse.
No comments:
Post a Comment