Sunday, January 1, 2017

Aeon Mall Shah Alam

After breakfast bawa anak2 naik keretapi dalam mall. Bayaran rm5 per head. Hafiy pun kena bayar rm5 gak. Train ni buat dua kali pusingan. 

Dah selalu sangat naik train. Kalau datang aeon tak sah kalau tak naik. Dari jauh dah bunyi train. Anak2 merengek la bila dengar bunyi train. 

Especially hafiy. Dia obses betul dengan train. After dua pusingan, takmo turun. Terpaksa pujuk cakap nak naik train kat tempat lain pula. 

Yang abang2 plak memang dah ada yang diorang aim dari dulu lagi. Tapi tak pernah dapat main lagi sebab mama tak bagi. Kali ni kasi chance kat depa. 

Ni ha diorang dah lama dok usha nak main binatang dinosaur ni. Bayaran rm5 per ride. Pusing2 kat dalam mall ni lebih kurang 15 minit. 

Mama risau sebenarnya takut benda ni bergerak laju. Takut diorang tak pandai kontrol pergi langgar kedai2 yang ada kat dalam ni. 

Actually pekerja tu memang ikut jer kat tepi diorang sepanjang masa. Jadi memang diorang sentiasa bergerak dalam laluan la. Tapi biasalah mak2 ni kan. Asyik risau jer memanjang. 

Nasib baik hafiy tak mengamuk nak naik sama. Hafiy tu gerun sebenarnya tengok gigi dinosaur. Takut2 jer tu bergambar kat sebelah dinosaur. 

Pas main dinosaur tu mama ajak gi beli barang. Rayyan tak puas hati sebenarnya. Diorang nak masuk kidzoona pulak. Memang tak dapek la mama nak ikut semua kehendak diorang. Tu yang bergambar muncong jer. 

Sekarang tengah happening dengan dekorasi krismas. Tapi tak dapat nak masuk bergambar dengan pokok krismas dekat2. Diorang pagar pulak. 

Adik gak yang behave. Salah satu sebab kenapa mama suka gi aeon mall sebab kids troli ni la. Hafiy akan diam jer bila letak dalam troli train ni. Kata obses dengan train ye dak. 

Nak dapat troli ni pun ikut nasib sebab limited. Sebab tu mama prefer datang pagi2, orang tak ramai so bolehlah dapat troli ni. 

Teh Tarik Place

Selamat tahun baru 2017. Semakin menginjak usia kita setahun lagi. Tahun ni usia mama dah 37 tahun. Semakin mendekati 4 series. Harap2 semua yang mama impikan menjadi kenyataan. 

Azam mama tahun ni cuma mahu hidup yang tenang dan selesa di samping suami, anak2 dan family tercinta. Sekarang dah tak terfikir azam yang berunsurkan materialistik. 

Kami ke aeon jusco shah alam untuk last minute shopping barang2 keperluan persekolahan rayyan. Top up mana ada yang terkurang. Di samping tu dapat bawa anak2 jalan2 sebelum start sesi persekolahan. 

Sebelum mencari barang2, perut pun haruslah diisi terlebih dahulu. Actually banyak sangat tempat makan kat aeon. Kalini kami pilih teh tarik place. Next time kita cuba kedai lain pula. 

Hadif, sejak cuti sekolah bersemangat betul badan. Mana taknya, bila kat umah asyik makan jer. Mata tu dah sepet sangat dah bila senyum. Kena tolak dengan pipi gebu. Dah start sekolah nanti turun la balik berat sebab kepenatan. 

Makan kat dalam mall pun cari nasi lemak jugak. Baik makan kat umah jer ye dak? Dah itu jer menu yang available. Sapa suruh datang sesubuh hari. Kedai pun baru nak bukak. 

Menu rayyan seperti biasalah, roti canai. Masing2 makan kenmain laju. Mana taknya, kepala asyik fikir tak sabar2 nak main. Kali ni mama bagi chance. Dah start sekolah nanti jangan haraplah ya.