Showing posts with label PUTRAJAYA. Show all posts
Showing posts with label PUTRAJAYA. Show all posts

Saturday, August 11, 2018

Buffet Dinner At Marriot Putrajaya

Kami ke sana sempena birthday rayyans. Food choices takdelah banyak sangat tapi not bad la. Kenyang je aku n anak2 makan.

Ada section malay, chinese, indian and western food. Ada daging bakar, ayam bakar sos blackpepper, pelbagai jenis mee sup, desert n aiskrim.  

First plate aku mestilah makan nasi. Mana boleh tak makan nasi kan. Aku suka ayam bakar blackpepper tu. 

Pas plate ni amik ayam bakar ngan sos je ratah camtu. Pastu baru la ulang alik menu lain. 

Ketam ni dia rebus je makan cicah sos. Fresh ketam ni. Makan camtu boleh rasa manis2 isi dia. Tapi aku makan sikit je sebab malas nak gigit.

Desert ni dapat kat dia je. Tapi boleh je amik yang lain. Diorang sentiasa top up makanan. 

Penne carbobara tu sedap. Lemak2 berkrim rasanya. Hadif sampai dua kali ulang makan. 

Mamat ni makan mengalahkan birthday boys. Sampai dua pinggan conquer untuk dia sorang.

Tak kisahla dik.. Janji awak makan. Comot2 pun mama tetap sayang. Ni tengah makan tembikai. Memang hafiy suka sangat tembikai. 

3 beranak ni tak tau la brapa trip diorang ulang alik. Tapi puas hati la sebab anak2 makan sunguh2. Berbaloi2 mama keluarkan duit. 

Buffet dinner ni habis pukul 10.30 malam tapi kami hanya stay sampai pukul 9. Perut dah tak mampu nak terima makanan plus anak2 pun dah mengantuk.

Happy 9th Birthday Rayyan

Bila tiba birthday anak2 ni perasaan sorang mak lain macam especially anak pertama. Ye la kan pengalaman pertama bergelar ibu. Mula la teringat hari kelahiran rayyan dulu. Priceless give, priceless feeling.

Hari ni umur rayyan dah menginjak ke 9 tahun. Bermaksud annivesary aku yang ke 9 bergelar seorang ibu. 

Alhamdulillah Allah kurniakan aku si kembar hazim rayyan dan hadif rayyan (& of course si adik, hafiy rayhan).

Setiap tahun aku buat majlis meraikan hari kelahiran diorang. Jemput family dan sedara mara terdekat je pun. 

Tapi tahun ni macam bizi sikit. Bila weekend ada je kerja nak buat. So tak sempat nak arrange buat makan2. 

Lagipun aku dah plan nak celebrate birthday diorang kat hotel. Special sikit tahun ni. 

Aku bawa diorang dinner kat zest restaurant, marriot putrajaya hotel. Makanlah puas2 kat buffet dinner tu. 

Tapi macam tak lengkap pula kan bila takde kek birthday tulis nama diorang. Tengokla nanti bila2 free kita tiup lilin potong kek pulak. 

Sunday, November 23, 2014

Maternity Photoshoot

Wiken lepas mama ada sesi fotografi dengan camora arts. Saja gedik2 nak merakamkan detik2 ketika mengandung. Masa kembar dulu tak terfikir pun nak berphotoshoot ni.

Gambar rasmi dari jurukamera masih belum dapat lagi. So mama just letak gambar yang ada dalan hanfon ni jer la. Lokasi kami berphotoshoot ni adalah kat taman saujana hijau, putrajaya.

Sehari sebelum nak berphotoshoot barulah tergegeh2 nak mencari aksesori untuk digayakan. Gigih mama menapak dan tawaf satu gm tu mencari kekdahnya.

Kat gm ni senang sebab banyak aksesori untuk budak2. Mama beli tie, bow tie dan suspender untuk rayyans. Harga untuk 6 items cuma rm36. 

Pastu beli plak spek sorang satu. Masa setup kat rumah kenmain lagi diorang bergaya dengan seme aksesori ni.

Tapi bila sampai hari photoshoot aksesori seme entah kemana. At first kembar ni tantrum jugakla. Menangis nak belon la.. nak basikal la.. naik pening kepala mama nak melayan.

Dah last2 tu barulah mood diorang ok skit. Tapi time ni rupa si kembar dah selekeh habis dengan peluh bagai. Tak sabar nak tunggu gambar dari photographer. Entah camna la rupa anak2 mama ni.

Sunday, April 21, 2013

Alamanda

Tujuan utama ke Alamanda adalah untuk shopping baju Rayyans. Time to ganti baju-baju diorang yang dah sendat.

Sampai je Alamanda, belum apa-apa dah minta aiskrim kat angah. Kakaknya kesian tengok adik-adik nak aiskrim, beli la aiskrim kat Baskin Robin. Suka la di kembar ni ada orang layan dia. Tapi elok gak, boleh mama papa menyopping dengan senang hati.

Kali ni memang tak jalan tanpa hala tuju. Kami tuju kat tempat tujuan utama jer. Mula-mula terjah mothercare, then pony, body shop lastly PDI. After that terus balik rumah. Tak sanggup nak layan Rayyans merengek nak main segala mak nenek yang ada kat ruang legar dalam Alamanda ni.

Mama paling tak suka bila bendalah ni dan yang seangkatan dengannya bersepah-sepah kat shopping mall sekarang. Budak-budak bila nampak ni confirm nak naik punya. Sekali ride sampai 2,3 ringgit. Dapat 2 anak macam mama ni dah berpuluh ringgit habisnya. Duit satu hal la, bila dah nampak toys ni memang tak berjalan ke mana la. Dok jer melangut kat situ tunggu diorang habis main, which is memang takkan habis main punya.

Long sleeve tshirt kat Mothercare

Yellow shirt, pun kat Mothercare

Poney Grey shirt. This one, buy 1 Free 1

Poney light pink shirt. Kali ni kat Poney tak banyak pilihan. Banyak shirt yang soft color jer.

Poney light blue shirt. Baju-baju ni semua akan menjadi baju raya diorang tahun ni. Hahaha..save bajet. 

Papa sempat grab 2 helai tshirt pdi untuk diri sendiri. 

And for me...grab perfume white musk libertine, shower gel n lip balm from body shop.

Saturday, March 2, 2013

Karnival WOW Putrajaya

Tak plan pun nak ke sini. Malam tadi angah minta hantarkan ke Putrajaya. Nak ke Jabatan Pendaftaran untuk collect IC. Cepat betul servis kat putrajaya ni. Kalau buat IC baru boleh collect after 24 jam. Efisen.

Bila sampai JPN, dari jauh nampak bumbung khemah. Then baru teringat pasal WOW ni. Papa teruslah berpusing cari parking nak menyibukkan diri kat karnival tu.

Dari tempat parking dah nampak orang dok main paintball. Teruslah tuju ke sini dulu. Bersebelahan tapak paintball ni ada gokart. Tapi takde orang plak main time tu.

3 beranak ni mula la cari port baik. Duduk bawah pokok sambil tengok orang lawan paintball. Berkerut kening masing-masing menahan cuaca yang silau dan panas berdenting.

Selesai layan paintball, kami terus menuju ke khemah. Nak tengok apa yang menarik kat sana.

Mula-mula nampak belon dalam air ni. Gigih budak-budak tu dok dalam belon berpanas. Rayyans pun mula la menggeletik nak main jugak.

Tetiba dengar lagu gangnam style dipasang. Hadif cepat-cepat tarik tangan mama nak tengok. Ada budak-budak sekolah tengah menari gangnam style.

Rayyans memang minat lagu ni. Siap boleh menari gangnam lagi. Entah sapa la ngajar dia kat umah pengasuh tu. So kami cari port redup untuk bagi peluang kat Rayyans menikmati tarian gangnam tu.

Dah habis gangnam, kami ke booth upin ipin plak. Ni salah satu kartun kegemaran Rayyans.

Kat bawah khemah upin ipin ni ada pertandingan mewarna, bergambar dengan patung upin ipin, pelbagai cenderahati upin ipin ada dijual. 

Pastu disediakan satu wall untuk budak-budak mewarna. Rayyans tak ketinggalan meninggalkan jejak kat dinding ni.

Dari jauh nampak kereta bomba antik. Terus bypass semua khemah-khemah jualan menuju ke sini. Tak larat mama nak tawaf semua gerai sebab panas yang amat.

Suka anak-anak mama dapat naik kereta bomba. Pastu gedik-gedik nyanyi umah terbakar panggil bomba..bomba datang berlumba-lumba...

Lepas turun dari kereta bomba, pegawai bomba tu offer naik motor. Berebutla si kembar ni nak naik motor besar.  

Ada gaya tak?

Pastu Rayyans nampak plak kuda. Dah menggeletik ajak pi tempat kuda plak. Kejap jer dok sini sebab busyukkkk...

Lepas tengok kuda dah tak larat nak berjalan. Panas terik wooo. Berpeluh celah bedah semua. Tapi sebelum balik sempat lagi Rayyans pow mama beli mainan.

Monday, July 11, 2011

Floria Putrajaya

Semalam melepek jer kat umah dari pagi takde watpe..bosan jer..amik paper baca..xde bende menarik..asyik isu bersih tu jer..sekali mata mama terpaku kat berita pasal floria kat putrajaya. Apalagi..terus tunjuk kat papa...senyum2 skit...then papa ckp..dh cepat siap kalau nak pergi..hehhehe...sepantas kilat mama siapkan Rayyans...pack susu n bekal Rayyans...maka terusla kami ke putrajaya. Sampai sana parking teramatla jauh nak jalan..nasib baik bawak stroller. kalau x boleh berketul lengan mama nak dukung si Rayyans ni.
Budak happy dapat kuar jalan2
Dari parking mencari2 kat mana floria tu
kita ikut jer la org2 ramai tu..i followwww
kat pintu masuk khemah pameran gubahan bunga.

Tahun 2008 mama pernah ke pameran flora yang sama..of course with papa..tp masa tu belum kahwin lg. Time tu khemah pameran dipenuhi dengan kereta berhias..tp thn ni dipenuhi dengan gubahan2 bunga mawar dari pelbagai negara. Tertanya jugak dlm hati..xde perarakan kereta berhias ke tahun ni? Kami teruskan meronda kat dalam khemah sambil bergambar tak ingat anak (mama yg terlebih posing). Ada banyak gambar yang mama nak kongsikan...layan jer la yer. Nasib la kamera biasa jer..kalau dslr mau mama jadi model bunga terus jer. Tapi yang x best sbb org terlalu ramai..jd untuk mendapatkan angle yg menarik tu ssh skitla..janji takde org terus snap gambar.
 Gubahan dari Macau
 Gubahan dari Indonesia
New Zealand...me like it..putih bersih
Taiwan
mama with Rayyans
Gubahan untuk laluan pintu masuk

Dah habis pusing satu khemah, kami keluar ke taman2 sekitar tasik putrajaya. Cantik sgt bila nampak bunga byk2 cenggini. Rasa cm nak baring jer ats bunga2 tu (kalaula bunga2 tu leh dgr hati mama bercakap mesti menjerit seme takut kene hempap ngan budak demuk)..mmg pompuan x dpt dipisahkan dengan bunga...hati memang berbunga riang dapat tengok jer pun dah cukup (kalaula laki aku dpt bg bunga byk2 cm ni kan best...cm nora elena pun xpe dah)..verangan makcik kan???
 kalaula depan rumah mama ada laman mcm ni
 Orkid
 Macam2 jenis kekwa
 Colourful
 Love it
 Merimbun..saujana mata memandang



 Bunga ni tak pernah tengok


Cantik tak bunga2 ni..cantikkan? mana la mama tak over-excited. Sekarang dipersembahkan gambar2 mama yg over gitu...alaa..bukan selalu pun dpt tgok occasion cmni..sekali sthn jer kot..lalalalala
 Kalau pakai kamera dslr ni mesti cun habis




 Wangi ke deq non?
 Pose senget dari papa
 Air pancut
 Taman 1 Malaysia
 Kat lori RTM pun jadikk
 Welcome to floria Putrajaya 2011
 Papa's signing guest book
 Penat jalan, rehat jap
 Pintu gerbang yang unik
 Booth I-City
 Jom kita g sana plak
 Lovely orchid
 Laman pelancongan homestay
 Tengok persembahan tarian 1 Malaysia
 verangan


 Susahnya Rayyans ni nak pandang kamera
 1 Malaysia

 Hadif cakap.....mama airrr
Makcik dah fenatt

Kalau ikut hati nak stay sampai malam, nak tengok perarakan bot berhias. Tapi dah penat sangat jalan2..badan pun dah melekit..plus Hazim dah takmo duduk dalam stroller. Penat mama kene dukung..kalau thn depan ade lg..pasti mama kesana lg...