Showing posts with label SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR. Show all posts

Saturday, March 9, 2019

Fresco

Pagi tadi mama ke ofis siap kan kerja yang tertunggak bertemankan si kembar. Kalau hari kerja tak sempat nak siapkan. Hari cuti boleh buat kerja tanpa gangguan. 

Setengah hari jugaklah mama kat ofis. Pukul 2 baru papa datang jemput kitorang. On da way balik singgah jaya grocer nak top up barang dapur. 

Then kami lunch dulu sebelum shopping. Kalau kat jaya grocer haruslah lunch kat fresco. Tu jer restoran yang halal kat sini. 

Baby boo mama ni tak puas hati kenapa mama tak bawa dia. Dia cakap dia pun nak datang kerja juga. Kalau bawak dia jawabnya tak jadi keje la mama. 

Mula tu plan nak bawa hazim jer sebab kesian hafiy sorang2 takde kawan kat rumah nanti. Tapi hadif pulak muncung nak ikut jugak. Tak bolehlah nak berpisah sekejap dengan kembar dia ni. 

Ice lemon tea dan calamansi drinks. 

Grilled chicken chop for mama. Kecik ker ayamnya. Sudahnya mama ngendeng ayam papa. 

Chicken burger untuk si kembar. Portion burger besar. Memang budak berdua tu tak habis makan. 

Roasted chicken untuk papa. Dan juga mama. 

Mac n cheese untuk baby boo. Dah la pasta dia yang sampai paling lambat. Siap dia jerit mana spaghetti saya ni. 

Sekarang nak makan sendiri tak nak bersuap dah. Tak sudah2 cakap sedapnya mama. Siap suruh order lagi satu.

Wednesday, March 6, 2019

Ayam Kampung Berapi

Lama tak update kisah jalan jalan cari makan. Lunch hari ni kat ayam kampung berapi kat meru. Dekat jer la dari rumah kami.

Tempat makan ni konsep gerai jer. Cuma meja2 disusun secara terbuka kat bawah pokok rendang. Jadi redup dan sejuk jer la suasana. 

Menu utama ayam kampung goreng garing, ayam bakar dan sup power. Ikan keli pun ada jugak. Yang penting sambal berapi tu.

Satu set nasi harga rm10. Set ada nasi, lauk ayam, sup kosong, sambal berapi dan ulam2. Pastu mama tambah order sup perut. 

Masa mama datang sini diorang bagi pedal n hati goreng foc. Alhamdulillah murah rezeki.

Lepas makan boleh la pejam mata layan ngantuk kejap. Kalau kat kampung ni confirm boleh lena.

Saturday, January 5, 2019

Avani Sepang

First girls trip tahun ni kami ke avani sepang. Percutian adhoc merangkap farewell untuk cikfatin yang kena transfer ke department lain. 

Starting bulan 2 kami tidak lagi sebumbung. Cikfatin nun jauh kat hq kl sementara yang lain masih kat shah alam. Hilang sorang geng makan lunch kami.

Bilik kami kat pelepah no 5. Bilik 507. Dekat dengan center buah kelapa tu. Receptionist dekat dengan batang kelapa no 1. Boleh tahan jauh jugak la kalau2 nak jalan kaki ke bilik.

Tapi tak perlu risau sebab perkhidmatan buggy disediakan dan tak perlu nak menunggu lama2. Buggy sentiasa ada jer kat mana2. Basikal pun banyak tu FOC jer kalau nak mengayuh.

Buka jer pintu terus jumpa ruang tamu. Ada sofa dan meja kerja. Meja tu kami tak guna sangat pun. Sofa tu tolak rapat ke dinding sebab nak bentang toto tidur malam nanti.

Welcoming message dari Avani Sepang. Glamer nama bapa cikwani sebab booking atas nama cikwani. Jangan plak ingat ada lelaki nama fitri join girls trip pulak.

Ni bilik kat sebelah kiri. Ada satu katil king. Bantal dia best betul. Saiz besar dan panjang banding dengan bantal biasa.

Bilik air kat bilik pertama. Bilik air luas dan bersih. Hair dryer pun ada disediakan.

Lengkap dengan bath tub. Bolehlah amik peluang berendam lama2 tenangkan fikiran. Tapi jangan lupa turunkan bidai kat tingkap tu. Karang kena teropong dengan jiran sebelah tak pasal2.

Perkakas mandian yang disediakan percuma untuk guests. Lengkap semua ada. 

Ni kat beranda bilik pertama. Ada disediakan pelampung, tangga dan seketul kerusi untuk melayan perasaan sambil menikmati keindahan pemandangan laut.

Ni plak katil kat bilik tidur kedua. Saiz katil sama jer. Beranda kat tepi bilik ni ada kerusi meja untuk lepak2. Cuma bilik air kat bilik ni tak ada bath tub. 

Kali ni ramai yang dapat join except ciknor je yang takde. Ciknor ada kelas persediaan untuk menunaikan umrah. Mama entah bila la dapat menjejakkkan kaki ke Mekah. Insyaallah satu hari nanti adalah rezeki mama. Doakan ya.

Sunday, November 18, 2018

Jagung Rebus Sekinchan

Kami balik ke puncak alam ikut jalan lama. Laluan sabak bernam - kuala selangor. Jadi kami akan menempuh sekinchan, yang banyak gerai2 jual buah kat tepi jalan.

Disebabkan hari masa cerah, banyak gerai2 tepi jalan yang masih buka. Tetiba papa benti kat depan gerai ni. Ingatkan nak beli mangga. Rupanya papa nak beli jagung rebus.

Makan jer keja kami bila berjalan. Kalau jauh lagi rumah ni tak tau la berapa kali lagi nak benti. Mama dah la nak cepat2 balik rumah. Malam ni konsert gegar vaganza akhir. Harap2 penyanyi kesukaan mama dari zaman remaja menang. Sapa lagi kalau bukan zamani.

Papa cukup tak suka mama minat kat zamani. Hahah.. papa tu jeles sebenarnya sebab suara zamani sedap. Papa cakap suara sedap tak boleh makan. Tapi kalau jagung, sedap dimakan.

Papa minta penjual buang siap2 kulit dan bulu2 jagung tu. Senang anak bini nak makan dalam kereta. Panas2 lagi jagung tu tau. 

Beli 5 ketul rm10. Sebelum ni kami pernah juga beli jagung rebus kat sekinchan ni tapi masa tu harga mencekik. Rm3.50 seketul. Now harga rm2 seketul. Ok la sikit harganya.

Manis jagung rebus ni. Kata penjual tu jagung madu. Layan jugak ngunyah jagung sambil menikmati pemandangan sawah padi dekat sekinchan.

Tuesday, November 13, 2018

Nando's

Tadi kawan mama, ria datang buat submissions kat office mama. Jadi ria ajak mama lunch sama. Sedang elok la tu sebab hari ni mama tak ada geng makan. Geng makan semua pergi jamuan deepavali dekat ofis pantai dalam.

Kami ke nandos kat sacc mall. Rupanya ria pun suka makan nandos. Siap register sebagai pelanggan nandos. Mama  memang tau pasal ahli ni tapi bila nak register tak berjaya mama terus fed up. So kali ni mama try register lagi then berjaya. Senang sebab boleh install nandos dari playstore.

Bila jadi ahli nandos ni setiap kali kita spent lebih dari rm30, kita akan dapat satu token cili. Bila dah ada 3 cili boleh redeem 1/4 ayam for free. First timer akan dapat 1 cili for free. Kita boleh kumpul sehingga 9 cili untuk redeem sekor ayam.

Kami order set 1/4 chicken with 2 side dishes. Mama pilih potato wedges dan coleslaw. Ayam tu tak agak2 mama minta hot peri peri.

Ria pula pilih side dishes fries dan salad. Ayam ria pilih sos mild sahaja.

Pastu gi tambah ceaser salad lagi. Sudahnya tak habis pun makan sebab dua2 dah buntang. Salad tu mama bungkus makan kat ofis jer petang tadi.

Bukti kami dating berdua jer hari ni. Air pilih air yang boleh refill banyak kali. Mama minum coke, ria minum ais lemon tea.

Monday, November 12, 2018

Pak Li Kopitiam

Masalah besar setiap hari adalah nak lunch kat mana. Bila tanya geng lunch semua cakap ikut la..kat mana2 pun takpe.

End up ke pasaraya ole2 jer. Dah sampai sini pun masalah lagi nak pilih restoran mana. Kalau kat sini balik2 pakli, polperro, ayam penyet atau secret recipe. Hari ni pun kami ke pakli kopitiam lagi. Geng makan suka sebab banyak pilihan menu.

Ni dah kes kemaruk dengan ayam goreng pakli. Mama tak nak makan nasi ayam lemon tapi nak makan ayam sahaja. Nasib baik dalam menu ada ayam goreng. Tapi sos lemon tak ada. Bila tanya waiter cakap boleh mitak sos lemon tu.

Ha maka jadilah gabungan nasi goreng dengan ayam lemon. Licin mama makan. Rayyans pun suka sangat nasi goreng pakli. Lain kali boleh bawak diorang dinner sini lagi. Dah lama tak bawa anak2 n papa makan sini.

Sunday, November 11, 2018

Warung Ambo

Dah lama teringin nak makan kat warung ambo tapi ada je hal yang menghalang. Warung ambo ni terletak kat laman glenmarie, ttdi jaya.

Hari ni baru ada kesempatan nak brunch kat sini. Plan nak keluar breakfast tapi sampai sana menu dah bertukar menu lunch.

Warung ambo, selera demo. Suasana dalam kedai memang hinggaq penuh dengan pelanggan. Restoran ni cuma kedai satu pintu. Jadi tempat memang terhad.

Kat depan kedai owner ada buka payung n meja jugak. Tapi time peak hour still tak cukup meja. Masa kami sampai memang tengah beratur panjang.

Kat sini konsepnya kena beratur order nasi then bawak nasi duk kat meja. Sementara mama beratur, anak2 ditugaskan untuk jaga meja. Karang nasi dah dapat takde meja plak nak duduk makan.

Untuk air nanti ada pekerja yang akan amik order kat meja. Kami order air teh madu ambo. Kalau air teh madu kat kelantan buih2 tu akan meleleh sampai ke luar gelas.

Segala kuih muih traditional kelantan ada jual kat sini. Ada akok, pulut bakar, nasi tumpang. Eh macam2 lagi la kuih muih ada kat sini. Laksam datin ismatia dari masak with passion pun ada jugak.

Hafiy dok geram dengan kuih nona. Sampai 3 bekas dia makan sorang. Dia makan ni jer pun dah kenyang tak nak makan nasi lagi dah.

Yang ni plak pulut mangga. Feveret mama ni pulut mangga tapi mangga kurang manis. Kalau dapat yang betul2 manis lagi sedap.

Nasi ambo namanya. Menu ni lebih kurang nasi manggey warung kita kat sungai buloh tu. Bagi tekak mama, mama lagi suka nasi manggey.

Nasi ayam sado. Sama je dengan nasi ambo tu cuma yang ni ayam seketul besar. Kalau nasi ambo ayam tu dipotong kecik2.

Nasi kerabu ayam goreng. Nasi kerabu ni sedap. Cukup lengkap rasa semuanya. Nasi kerabu ni hazim la yang makan. Dia memang suka nasi kerabu. Hadif plak makan nasi lemak telur mata. Mama tak ingat nak amik gambar menu dia.

Next time kalau datang sini lagi mama nak cuba menu lain pulak. Macam2 menu masakan kelantan ada iaitu kerutuk daging, mihun kuah, laksam.