Showing posts with label KEBUN. Show all posts
Showing posts with label KEBUN. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Roselle

Raya haji last year masa pergi beraya kat rumah tokcu kami dijamu dengan jus roselle dan waffle berintikan jem roselle. Jus dan jem tu tokcu buat sendiri. Kat laman rumah tokcu penuh dengan pokok bunga roselle.

Pastu papa mintak la biji benih ngan tokcu. Bila balik puncak alam papa pun mulalah menyemai. Selepas 4 bulan barulah nampak berputik. 

Putik2 ni dah mula keluar bunga. Lepas bunga gugur bolehla petik buahnya untuk dibuat jus. Ikut pengalaman tokcu, 5 biji buah roselle boleh buat 1 jug jus roselle.

Buah roselle kaya dengan vitamin c. Mama ada terbaca antara khasiat roselle adalah sebagai agen antipenuaan, cegah penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung serta mencegah kanser.

Cantikkan bunga roselle yang dah berkembang ni. Kaler pink keunguan.

Friday, March 15, 2013

Riwayat Sepohon Kangkung

Hahahha..riwayat la sangat kannn.. Ni nak cita, laki ai kan suka bebenor berkebun. Sebelum ni setakat tanam bunga jer. La ni plak tanam sayuran. Ada la gak hasilnya.

Pada suatu pagi, si binik nak masak mee goreng kegemaran anak-anak. Godek peti ais, takde plak stok sayur. Tetiba si binik teringat akan kangkung yang disemai kat kebun sekangkang kera kepunyaan si lakik.

Si binik dengan senang hati menuai hasil penat lelah si lakik. Memang tak rugi kalau kita berbudi kepada tanah, even tanah tu sekangkang kera jer umpamanya.

Kangkung tu dah selamat menjadi ramuan mee goreng mama.

Dan dengan selamatnya masuk dalam perut anak jantan.

Thursday, February 7, 2013

Buah Pertama

Sebelum gerak gi opis tadi sementara tunggu papa bersiap mama sempatlah membelek tanaman kat kebun dulu. Setiap hari keluar masuk rumah tak sempat pun nak jeling kat pokok-pokok tu semua.

Alih-alih pagi ni nampak pokok bendi dah mengeluarkan buah yang pertama. Aikk..bila masa dia berbuah agaknya. Walhal pokok kecil jer lagi.

Pokok yang lain pun dah mengeluarkan bunga jugak. Muntahlah papa nak makan bendi ni nanti. Mama bukan reti nak makan bendi ni.
 
Buah cili pun dah merah meranum. Aishhh..bizi sungguh mama ni sampai tak sempat nak menuai hasil. Padahal baru jer mama gondolkan pokok cili ni buat sambal belacan.

Pokok bunga plak pengembangannya amatla tidak memberangsangkan. Kudup bunga ros dah rosak sebelum berkembang. Rupanya ada makhluk siput vavies yang menumpang kat pasu ni. Wiken ni papa kena buat operasi meracun balik.

Saturday, January 12, 2013

Sagu Gula Merah

Balik dari nursery tadi, Rayyans tertidur. Sementara diorang tidur mama masakkan sagu gula merah untuk minum petang. Di kala cuaca panas ni tekak teringin benda-benda yang sejuk saja.

Sagu tu bila dah masak, mama sejukkan dalam peti ais dulu. Pastu cairkan manisan Kelantan, tuang atas sagu. Then santan mama gantikan dengan susu penuh krim.

Bila anak-anak bangun tengok ada 'aiskrim' kat atas meja, kenmain seronok diorang. Comelkan bekas ni. Actually bekas tu memang bekas aiskrim asalnya. Lepas Rayyans makan aiskrim, mama basuh bekas tu, simpan. Time-time masak camni bolehla direcycle.

Selepas tea time, barulah sambung aktiviti berkebun yang tergendala pagi tadi. Bunga-bunga yang mama beli ni dah selamat transfer ke pasu lebih besar.

Bunga kuning dijadikan kawan kepada bunga pink yang mama beli kat Cameron. Bunga ros ni pun tengah rancah berbunga sekarang ni. Seronok mama tengok.

Pokok kacang bendi plak ditransfer ke atas tanah. Bagi ruang untuk akar dia merebak. Haaa ko, siap berpagar lagi tu. Harap-harap hidupla pokok ni sampai mengeluarkan hasil.

Walaupun tiada serangga perosak, tapi makhluk perosak 2 ketul ni yang lagi bahaya. Dah banyak kali diorang cabut anak benih yang papa semai. Nak kena titik tangan ni.

Aktiviti Keluarkan Peluh

Selepas lunch kat Ayamas, kami terus ke nursery kat Bukit Rahman Putra. Kami ni boleh dikira sebagai pelanggan tetap dah. Pokok cili yang banyak jasa tu mama beli kat sini la dulu. Hari ni kami ke sini lagi, tujuan asal nak beli tanah.

Kali ni pilihan bunga-bungaan tak banyak sangat. Banyak bunga yang dikhaskan untuk decoration raya cina. Ye la, bulan depan kan tokey-tokey bunga ni nak sambut Tahun Baru Cina. 
  
Seluas-luas nursery ni dipenuhi dengan pokok limau. Geram jer nak petik buah limau yang kekuningan tu. Sapa tau apa simboliknya pokok limau dengan Tahun Baru Cina?

Bila dah datang sini, tak sah kalau tak beli bunga. Cuma Bunga kuning tu 2 pasu, RM5. Pokok berdaun hijau tu plak RM8 sepasu. So petang ni kena sambung balik aktiviti berkebun yang tergendala pagi tadi.

Pokok Cili Yg Byk Jasa

Pokok cili ni asalnya mama beli dengan harga RM5 sepokok. Masa beli memang pokoknya dah ada buah yang boleh dituai. Disebabkan kami kurang makan pedas, jadi buah cili tu dibiarkan mengering kat pokok jer.

Selepas 10 bulan, pokok cili ni masih hidup dan berbuah dengan lebat. Cumanya buah tak sebesar dulu. Dah makin mengecil dan terbantut tumbesarannya.

Dari hanya satu pokok, sekarang dah membiak jadi pokok-pokok dah (banyak la tu). Yang buat mama kagum, walaupun pokoknya masih kecil, dah keluar buah .

Hasil tuaian hari ni dapatlah sebekas cili. Jimat RM dari membeli kat Econsave. Mak tuai pakai gunting yer sebab tangan mak ni tak tahan kalau pegang cili. Pijar jer rasa. Tapi kalau makan takde plak perut rasa pijar.

Buah-buah cili tadi dah selamat diblend menjadi sambal belacan. Walaupun pokoknya kecil je, tapi rasa mak aihhh...pedas gila. Stok sambal belacan ni bleh tahan sampai 2 bulan kot kat dalam peti sejuk tu.

Penghuni Di Kebun Saya

Pagi ni nak buat aktiviti ringan untuk mengeluarkan peluh. Bercucuk tanam kat kebun kecil kami. Bukanlah nak menanam beria pun. Just nak transfer anak pokok ke pasu yang lebih besar. Nak tau siapa penghuni kebun kami?

Daun sup. Asalnya cuma lebihan mama letak kat dalam sup. Cucuk akar dia dalam tanah. Tak sangka hidup plak. Daun bawang yang dicucuk sama dah mati dah pun.

Lengkuas dan halia di dalam satu pasu. Confirm bergaduh siapa nak berisi lebih. Mama plan nak transfer tanam kat atas tanah direct. No more dalam pasu. 

Anak benih kacang bendi yang berumur sebulan. Sudah sampai masa ditransfer ke dalam pasu yang lebih besar. Kalau berbuahla semua pokok ni, muntahlah papa nak makan sorang-sorang coz mama tak makan kacang bendi.

Tetiba ada plak makhluk lain yang nak menumpang. Dah siap buat 'pondok kecil' dah kat tiang rumah kami. Cer teka ni pondok sapa?

Minta mahap la no...tak dapekla awak nak menumpang kek sini. Kami terpaksa meranapkan pondok kecil awak ya. Karang tak pasal-pasal tuan tanah kena sengah ngan tebuan. Bahaya tau sengatan tebuan ni. Boleh bawa mati.

Aktiviti berkebun di pagi hari tergendala sebab kehabisan tanah. Nampak gaya petang ni kena buat kunjungan hormat ke nursery. Ada chance mama nak tambah bloom kat kebun ni.

Sunday, December 9, 2012

Nursery

Pas breakfast, kami lalu kat jalan Sg Buloh - Subang. Papa nak singgah kat nursery. Nak cari pasu bunga untuk transfer anak benih cili yang membiak dengan maju jaya.

Kat sini memang berderet nursery. Kena rajin menyinggah dan tawar menawar kalau nak dapat harga yang murah. Mama berkenan sangat dengan bunga yang gantung-gantung tu. Tapi kat rumah takde tempat nak gantung macam tu.

Masuk-masuk jer dalam ni, ada water fountain. Anak mama ni memang pantang jumpa air. Pit stop la kat sini dulu. Siap basuh-basuh tangan lagi. Entah air tu bersih ke idak le teman tau.
Papa sibuk dok tawar menawar dengan pekerja nursery ni. Padahal nak beli pasu bunga jer pun. Kat sini ada macam-macam jenis pasu bunga. Rambang mata dibuatnya.

Selain pasu bunga, ada gak barang-barang perhiasan taman yang diperbuat dari seramik. Si kembar terpegun tengok banyak kura-kura bersusun kat atas rak.

Sudah semestinyalah diorang akan mengamuk nak kura-kura tu. Beli yang kecik jer ye anak-anak. Seketul RM5. Kalau yang besar tu bangkrap mama nak beli sorang satu.
Hadif, inilah itik. Haippp....jangan usik. Jatuh pecah nanti. Tak pasal-pasal papa kena bayar gantirugi. 
Hasil tuaian kat sini. Pasu plastik 10 ketul, baja bunga dan penyembur racun. Bunga ros mama tu dah rongak kena serang dengan belalang. Tunggu ko belalang, akan ku hapuskan ko nanti.

Sebelum balik, Hazim ni nak berposing depan pokok bunga. Tapi disebabkan cuaca agak panas dan silau, tu yang mata ke bawah jer tu.

Thursday, November 29, 2012

Mini Kebun

Tanah seluas sekangkang kera jer, tapi ada hati gak nak bercucuk tanam. Ala..tanam yang renik-renik jer. Tak makan ruang sangat. Bunga yang mama beli dulu tu semua dah mati. Yang hidup dan beranak pinak dengan jayanya cuma pokok cili.

Kami ni jenis bukan makan makanan pedas. Cili tu plak jenis yang sentiasa berbuah. Jadi buah-buah tu dibiarkan kering dan jatuh dalam pasu. Sedar-sedar, dah tumbuh anak benih baru kat dalam pasu tu. Jadi papa transfer la anak benih tu ke pasu lain.

Tak sampai dua minggu, anak benih cili tu dah berbuah. Tunggu banyak sikit mama nak petik bagi kat kaki makan pedas. Siapa lagi kalau bukan mama jue.

Terselit antara anak pokok cili ni ada daun sup. Actually daun sup tu mama cuma letak akar balance dari masak sup kat dapur. Tak sangka plak boleh hidup. Mama semai gak akar daun bawang, tapi tak berjaya.

Ini plak benih kailan. Harap-harap hidupla sampai boleh petik buat makan. Sebelum ni pun pernah semai biji benih sayur-sayur lain, bercambah tapi lepas tu mati sebab serangan belalang.

Ni bunga ros yang mama beli kat Cameron aritu. Tak sangka plak ros ni boleh bertahan lama. Maybe sebab sekarang ni musim sejuk, asyik hujan jer. Suasana sejuk macam Cameron. Siap dah berputih banyak gila bunga baru yang keluar. 

Ni plak model bunga ros. Bila nampak mama pegang kamera mulalah sibuk suh amik gambar diorang. Tanpa disuruh-suruh Hadif letakkan tangan kat bahu Hazim. Konon mesra la tu dua beradik. 

Tayang gigi rongak. Oh...mama rindukan korang berdua.

Sekejap jer baiknya posing. Pastu masing-masing dok patahkan bunga mama. Memang nak kena niiiii...

Tuesday, October 16, 2012

Aktiviti Dua Beranak Selepas Hujan

Sepanjang hari ni hujan jer. Balik dari rumah Mas, Rayyans tidur dalam kereta. Bila sampai kat rumah Hadif terbangun. Hazim plak syok continue tidur dalam cuaca yang sejuk ni. Keadaan cuaca yang mendung ni sesuai sangat untuk berkebun.

Mula-mula tu mama just minta tolong papa alihkan bunga ros dan lagi satu tu tak tau bunga apa ke dalam pasu lebih besar. Kesian plak kat bunga-bunga ni tersiksa dalam pasu kecil.

Bunga mama dah berpindah ke rumah yang baru. Barulah selesa diorang nak membesar dan membungakan diri dengan lebih banyak lagi. Membungakan diri? ada ke perkataan tu? lantaklah.

Alang-alang tangan dah kotor, papa bersihkan sekali pokok-pokok yang sedia ada kat rumah. Pokok cili yang mama beli dulu ni memang rajin berbuah. Setakat ni tak pernah putus lagi buahnya. Cuma mama jer yang jarang petik sampai cili tu dah kering.  Biji cili yang kering ni dah siap bercambah jadi anak benih yang baru.

Anak-anak benih cili ni dah berjaya ditransferkan ke dalam bekas lain. Actually banyak lagi anak benih tu, tapi kami kehabisan tanah plak. Buat jer mana yang terdaya dulu. Lain kali kalau ada masa baru nak gi nursery beli tanah.

Sebagaimana sibuknya papa, si Hadif pun menyibuk sama. Mama suruh tidur dia takmo. Konon nak tolong papa berkebun.

Last-last main jer yang lebih. Tengoklah betapa excitednya muka Hadif dapat main tanah.

Bila tengok tangan dia dah kotor, pandai-pandai buka air nak basuh. Habis satu badan basah. Kesudahannya main air jer yang lebih.

Sementara papa dan Hadif berkebun, mama masakkan roti daging ni sebagai upah. Hujan-hujan ni pekena teh o limau yang mama beli kat Cameron hari tu memanglah heaven. Mama guna roti wholemeal. Sapu dengan mentega. Intinya mama masakkan sambal daging cincang. Pastu bakar dalam oven.

Dah siap taman mini mama ni. Walaupun tak segah mana, tapi cukuplah untuk rumah kami ni.