Sunday, April 1, 2012

Bungaku Dapat Rumah Baru

Aktiviti kami sekeluarga petang ni adalah mengeluarkan peluh dengan berkebun. Kebun sekangkang kera jer pun kat depan rumah. Just tanam bunga yang dibeli pagi tadi. Port kebun kami adalah di tepi pagar..tempat dimana uri Rayyans di tanam. Entah kenapa, kalau tanam pokok kat sini subur jer pokok tu. Tapi kalau tanam kat area lain tak berapa nak menjadi.....tanam bunga taik ayam boleh tak berbunga.

Kalau tak caya ni buktinya. Pokok palma tu ditanam 3 tahun lepas (sebaya dengan Rayyans). Pokok ni asalnya kecik jer lagi, pemberian dari mama jue. Mama jue bagi 3 batang, lagi sebatang mama tanam kat pagar sebelah lagi satu. Tapi yang hidup dan membesar yang 2 batang ni jer. Yang sebatang lagi sebelah pagar sana awal2 lagi dah mati.

Pastu pokok setawar ni (ye ke nama dia setawar?)..masa mula2 tanam 2 bulan lepas, 2 helai jer daunnya. La ni dah nak penuh pasu ni. Jadi papa buat kesimpulan, kat sini tanah subur. Haruslah bunga-bunga mama akan menghuni port kat sini gak pasni.

Yeah...bunga-bunga yang mama beli pagi tadi bakal dialihkan ke rumah baru. Papa mengoffer diri jadi garderner..mama of coursela jadi photographer. Hehehe..suka...takdelah jari-jari ai yang gebus ni kotor.

Hazim pun menyibuk sama nak tolong papa transfer bunga tu. Tengok jer tau, jangan main pasir. Korang ni sensitif, karang bintik merah sana-sini. Pastu dok menggaru gatal.

The happy gardener...happy la sangat kena buli ngan bini suh tanam bunga. Bukan apa, papa ni tangan dia sejuk. Mama jenis tangan panas, kalau tanam bunga yang belum berbunga jawabnya memang tak keluar la bunga tu. Napa ekk..selalu tau jadi camni. Memang dari dulu lagi. Pernah masa kat kampung mama nak alihkan bunga kertas dari polybag ke pasu, masa terkial-kial nak transfer tu mama terpatahkan bunga dia. Pastu sampai ke besar pokok bunga kertas tu tak keluarkan bunga dah. Merajuk kot?

Papa menunjukkan cara-cara menanam bunga kat Hazim. Kusyuknya Hazim teman papa. Hadif plak kat mana ni?

Si bujang mama yang lagi sorang ni sibuk dok menyapu rumput rupanya. Sapu elok2 ya...senang mama ada pembantu. Jangan terkena cakar tu kat kaki sudah..berdarah kaki nanti.

Kesian tengok Hadif sapu sorang-sorang, Hazim tolong pegangkan penyodok. Oh terharunya mama tengok anak-anak rajin.

Inilah bunga 4 beradik RM10. Mama pilih kaler purple, merah, pink terang n pink muda.

Finally siap transfer semua tumbuh-tumbuhan ni kedalam pasu yang lebih besar. Siap bersusun dengan tertibnya kat bawah pokok palma ni.

No comments:

Post a Comment