Wednesday, April 11, 2012

Ikan Siakap Goreng Kicap

Selepas balik dari Tesco, mama berhempas pulas menyiapkan menu lunch. Kat tesco tadi papa beli ikan siakap. Mmmm....bosan plak kan asyik masak 3 rasa jer. So kali ni mama tukar menu jadi goreng kicap plak.

Bahan A :
Seekor ikan siakap
2 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut - dikoyak
Segenggam frozen food
5 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak masak
Garam
Kunyit

Bahan B (dikisar) :
20 tangkai cili kering - mama guna 2 sudu cili giling
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan air

Cara - cara :
Perap ikan dengan garam dan kunyit. Gorengkan dalam minyak dalam kuantiti yang agak banyak (biar ikan berenang dalam minyak). Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.

Masukkan daun limau purut, lobak merah, sos tomato dan kicap. Masakkan sehingga pecah minyak.

Tuangkan kuah ke atas ikan bawal tadi dan siap untuk dihidang. Boleh ditabur daun bawang atau daun sup kat atas ikan tu. Hidangkan bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment