Monday, April 30, 2012

Blouse Polka Dot

Next month nak berjalan selama 3 hari 2 malam...haruslah berbaju baru sebab nak berposing sakan. Tapi susahnya mama nak cari baju yang sesuai sekarang sejak badan dah gemuk ni. Kalau ada yang sesuai, tang lengan plak tak muat. Hummm...apa nak buek...sapa suruh ko gemuk sangat. Padan muka..Bila dok bercerita dengan adindaku Linda Munira yang senasib dengan diriku ini, terus minah tu suggest beberapa link yang jual baju plussize ni.

Salah satunya adalah FB Plussize Store. Bila dok belek-belek baju kat page Plussize Store, adalah yang berkenan di hati. Maka teruslah order Jumaat lepas. So pagi ni parcel yang ditunggu-tunggu tu dah sampai.

Bila dibuka isi parcel tu, teruslah keluar 2 helai blouse polka dot ni. Tu dia..sekali beli dua helai terus. Mama memang macam ni, sebab nak jumpa baju yang sesuai dan selesa dipakai susah nau. Jadi bila dah jumpa baju yang kena dengan badan, memang beli lebih dari satu la...cuma berbeza tang kalernya jer.

Blouse polka dot ni ada macam-macam kaler..pink, merah, purple, hitam. Tapi mama pilih hijau sehelai sebab kaler tema untuk family day nanti kaler hijau. Pastu another one kaler brown..sebabnya mama memang takde blouse kaler ni.

Mama berkenan dengan baju ni of courselah sebab dia besar, pastu corak polka dot plus lengan dia cantik, ada kedut-kedut. Plus harganya murah, RM30 jer selai. Tak sabar nak gi melancong bila dah ada baju baru ni.

No comments:

Post a Comment