Saturday, April 7, 2012

Roti Boom Berlaukkan Sambal Bilis Petai

Roti boom segera ni mama beli kat kedai hub-halal di Saujana Utama. Kedai ni bersebelahan dengan tempat mama buat terapi. Selepas terapi, sementara tunggu papa jemput sempatlah mama merayap kat kedai ni dulu.

Mama memang suka makan roti boom...yang paling sedap mama pernah rasa adalah kat Pasar Tani Seksyen 13, Shah Alam. Tapi sejak ada anak ni memang tak merasalah nak makan kat sana lagi. Dapat yang segera ni pun jadilah. Roti boom ni cuma kena goreng sekejap dengan majerin. Pastu rasa dia memang dah manis..tapi nak sedapkan lagi mama buatlah sambal ikan bilis petai ni.

Bahan - bahan :
1 genggam ikan bilis, rendam hingga lembut dan toskan
2 sudu cili kisar
2 papan petai, ambik isinya
1 biji bawang besar, hiris
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
(*dikisar halus)

Cara - cara :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa dan gula, kacau dan masak hingga pekat.

Tambah petai dan hirisan bawang besar, masak sekejap hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

No comments:

Post a Comment