Saturday, April 21, 2012

Together-gether At Cik La's

Lepas lunch kami bersiap nak ke rumah cik la kat pandan jaya. Cik la baru balik dari kampung selepas habis pantang. Nenek pun ikut sekali datang sini. So hari ni kami ke sana nak jumpa nenek. At the same time, kak dah inform dia pun nak melepak sana gak. Hurmm..boleh bayanglah camna kecohnya kami anak beranak nanti.

Rayyans ni bila dengar nak keluar berjalan, memasing excited lah. Masing-masing laju jer bersiap. Tapi bila anak dah siap, papa plak yang terhegeh2 nak mandi lah..nak iron baju lah..hurmm..mengalahkan pompuan.

Cucu ke 8 & 9...Faiq Aryan dan Dhia Arissa. Tapi sayang Arissa tengah meragam nak tidur. Nak amik gambar tak berjaya. Si Aryan ni plak makin bolatt...keras jer badannya. Senang nak dipegang.

Apa yang kusyuk sangat Aryan pandang nenek tu? Sampai berkerut-kerut dahi. Ke dengar nenek menyanyi? Bak kata pok su mat, dah 9 cucu nenek tapi dok nyanyi lagu yang sama dari dulu lagi.

Geram betul tengok Aryan ni. Bulu kening lebat. Bulu mata lentik. Mata plak bolatss.

Kami lepak kat umah cikla sampai malam. Seronok betul bila dapat kumpul adik beradik. Tapi still x cukup korum lagi. Ni baru separuh dari kami. Next week plan nak berkumpul kat umah kak dah plak sebelum mek meneruskan percutian melawat anak-anak ke johor plak.

No comments:

Post a Comment