Pagi tadi selepas breakfast papa curi-curi keluar ke Mydin sebab nak cari barang keperluan asrama untuk Ayein. Si kembar bila sedar papa takde, mulalah buat perangai, especially si Hadif. Bila dia start menangis, mama terus buat susu, masuk bilik, tepuk-tepuk then tertidur. Ngan Hazim sekali ikut tertidur.
Bila anak-anak dah tidur, mama amik peluang untuk masak lunch terus. Karang kalau diorang bangun jawabnya berperanglah ngan diorang sambil masak tu. Belek-belek peti ais cuma ada seketul ayam jer. Stok sayur seme pun dah takde. Nak tunggu papa bawa balik barang dapur takut lambat plak nanti. Hmmm...janji adalah lauk nak makan daripada takde langsung..ye dop?
Lagi satu hari ni memang agak rushing skit. Lepas lunch nanti kami akan terus ke Rawang sebab nak hantar beg baju nenek. Plan asalnya, semalam mama antar nenek kerumah maklong. Pastu malam ni mama jemput bawak balik puncak alam coz esok pagi mama kena hantar nenek ke bus station plak. Nenek n paksu mat akan terus ke JB, umah pakda.
Sekali, plan berubah plak. Malam ni nenek akan ke kajang, tidur kat umah Pakcik Nor (adik nenek). Dah banyak kali nenek datang sebelum ni tapi x sempat nak menyinggah umah Pakcik Nor. So kali ni no excuses anymore. Pastu pagi esok Pakcik Nor akan ambil alih tugas ngantar nenek ke bus station. Makanya, petang ni mama kenalah hantar beg baju nenek ke Rawang.
Resepi ayam madu ni seperti biasa mama rujuk kat buku chef hanieliza. Pastu resepi ni boleh disesuaikan dengan bahan-bahan yang ada kat dapur kita. X kisahlah nak campur apa, janji halal dimakan. Tapi resepi asalnya ayam tu dipotong kecil. Mama seperti biasa malas nak memotong ayam ni. Terus goreng seketul besar gitu jer. Alahhh..goreng camni pun dh ok..x dosa pun. hehehe...
Bahan A :
500g ayam
4 sudu makan sos tomato
1 cawan kacang pis (mama letak mix vege)
1 labu bawang besar - dimayang kasar (mama letak bawang merah jer)
3 sudu makan madu
Minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Bahan B (Dikisar) :
20 tangkai cili kering (mama guna 2 sudu cili boh jer)
1 labu bawang besar (mama guna 10 ulas bawang merah)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan C (Untuk Menumis) :
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
Cara - cara :
Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
Angkat ayam dan ketepikan.
Tinggalkan minyak gorengan ayam secukupnya untuk menumis.
Tumiskan bahan C sehingga wangi
Masukkan bahan B dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam, sos tomato, mix vege, bawang merah yang dimayang kasar dan madu. Kacau hingga sebati.
Apabila sudah pekat, perasakan garam. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment