Monday, April 16, 2012

Aktiviti Waktu Subuh

Hazim ni bila mama bangun pagi untuk bersiap pergi kerja, mesti dia sedar. Bila mama bangun mandi, dia pun akan bangun dan teman mama mandi seawal 6 pagi. Kadang-kadang tu mama terpaksa bangun dan jalan perlahan-lahan sebab takmo Hazim sedar tidur. Tapi, macam-macam manapun, mesti dia tersedar jugak. Tengah sedap mama dok mandi dalam bilik air tetiba dengar pintu diketuk..hmmm xde lain la..mesti Hazim punya.

Special pose for mama sebelum gi kerja. Disebabkan awal pagi, mama pakaikan baju panjang takut Hazim sejuk. Karang kat umah pengasuh mesti dia minta dimandikan lagi.

Semua tempat nak pose..kat kain langsir mama pun jadikk..masa ni turn Hadif plak bangun dan ikut papa mandi.

Pose kat tangga sementara tunggu Hadif mandi kat tingkat atas. Pagar kat tangga ni dah dibukak coz Rayyans dah pandai buka pintu pagar tu.

No comments:

Post a Comment