Sunday, April 22, 2012

Rendang Ayam

Hari ni langgar pantang...masak guna santan. Dah bosan asyik makan kuah yang berair jer. Sesekali langgar pantang takpe kot...

Bahan - bahan :
10 ketul drummet
1 peket rempah kari - bancuh dengan air dulu
1 inch halia - kisar 
1 keping manisan Kelantan 
5 biji bwg merah - kisar 
5 biji bwg putih - kisar 
2 btg serai - kisar 
3 helai daun kunyit - potong halus
Kerisek 
Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih 
Daun kunyit 
5 batang serai – diketuk 
Santan 

Cara - cara :
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih hingga naik bau. 
Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga sedikit garing. 
Masukkan rempah kari yang telah dilarutkan tadi dan kacau sehingga sedikit kering. 
Masukkan santan, sedikit air dan ayam. Kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan serai yang diketuk, garam dan manisan Kelantan.
Akhir sekali masukkan kerisek dan daun kunyit. Kacau sehingga pekat.

No comments:

Post a Comment