Saturday, April 7, 2012

Maggi Goreng

Pagi ni anak-anak mama kena makan maggi jer..hehehe..sbb stok kat dalam peti sejuk dah kosong. Karang lepas breakfast baru nak keluar gi shopping kat NSK.

Bahan-bahan:
2 bungkus maggi
2 ulas bawang kecil - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu cili kisar
1 sudu cili sos
1 sudu sos tiram
Segengam daun kuchai
10 batang sosej dipotong serong
1 biji telur
Minyak
Air
Garam secukup rasa.

Cara - cara:
Panaskan air,setelah mendidih masukkan maggi dan rebus seketika.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga garing.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
Masukkan sos tiram, cili sos dan sosej. Kacau sehingga rata
Masukkan sedikit air. Selepas itu masukkan maggi.
Ketepikan maggi, pecahkan telur dan biarkan separuh masak.
Gaulkan maggi tersebut dengan telur dan masukkan daun kuchai. 
Kacau sebentar dan bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.

We also had 1/2 boiled egg....Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment