Wednesday, April 11, 2012

Roti Telur

Hari ni semua orang dapat cuti sempena hari pertabalan yang dipertuan agong. Bestkan...ada cuti free di tengah minggu. Dapatlah merehatkan minda yang tengah berserabut dengan kerja yang berlambak kat ofis. Untuk sarapan pagi ni mama sediakan menu simple jer.

Bahan - bahan :
6 keping roti
3 biji telur - mama guna telur ayam kampung
2 sudu susu pekat manis
Mentega


Cara - cara:
Bancuhkan telur denga susu pekat manis hingga sebati.
Panaskan non-stick pan dengan sedikit mentega. Ambil sekeping roti, ratakan bancuhan telur pada kedua-dua bahagian dan letak dalam pan tadi. 
Masak hingga keperangan, terbalikkan dan buat sama pada permukaan satu lagi. 
Hidangkan 
Bila mama sibuk masak, Rayyans pun sibuk nak masak gak. Habis periuk belanga mama diorang buat main.
Bila mama tanya, Hazim wat apa tu? Dia jawab 'uk uk yak'....adushh..tepuk dahi mama. Periuk mama tu dibuatnya jamban.
Tester tegar setiap masakan mama. Makan ke tak, belakang kira. Janji pose mesti mantopp.
Hadif dah tak sabar nak makan...tapi terkejut bila pegang roti tu panas..tu la tak nak dengar cakap mama. Kan mama dah cakap roti tu panas.
Menggaru kepala sebab masih tak berjaya nak pegang roti tu.
Oklah..mama bagi sudu. Sila makan secara berhemah yer.
Alhamdulillah, habis sekeping sorang makan. 

No comments:

Post a Comment