Thursday, April 26, 2012

Tree Steak House

Malam ni bawa mek n paksu mat keluar dinner kat tempat yang special skit. Setiap hari dok makan nasi jer, kali ni ubah selera makan western food plak kat Tree Steak House. Actually mama pun baru first time cuba food kat sini. Dah lama usha restoran ni setiap kali ke sg buloh..tapi tak berkesempatan nak singgah makan. Akhirnya, malam ni tercapai hajat nak merasa makanan kat sini.


Restoran ni terletak kat kg paya jaras cuma kat sini parking susah sikit, parking lotnya terhad. Restoran ni terletak betul-betul kat tepi jalan dan jalan sini memang sibuk, nak-nak malam ni hari pasar malam. 

 Pic from Tree Steak House FB

Interior design memang menarik, bertemakan merah putih. Kalau tengok dari luar macam kecil jer restorannya, tp sebenarnya kat dalam tu agak luas. Ada 3 ruang makan. 

Terus terang, bila tengok dari luar mama nampak restoran ni macam suram jer...macam takde orang datang makan sini. Tapi sebaliknya bila melangkah kaki masuk sini. Rupanya malam ni ramai gila orang. Maybe sebab orang baru dapat gaji kot.

Sampai kami kena tunggu meja kosong. Nasib baik ada satu family tu dah habis makan. Jadi takdelah lama kami kena tunggu. Dapat meja pun kat ruang yang paling hujung..dekat dengan area dapur, betul2 depan cashier. 

Bila dah dapat seat tu teruslah tekan buzzer panggil waiter amik order. Dah satu hal plak anak bujang ku asyik dok main tekan-tekan buzzer tuh. Malu mak nak...

Pastu perasan tak kat belakang mama tu ada patung lembu. Kat sebelah patung lembu tu ada patung ayam. Dah anak bujang mama dok terjerit2 ayam! lembu! sekuat hati. Hohh..tak pasal2 meja kita jadi tumpuan. 

Selepas mengorder barang seketul dua pinggan, haruslah ada sesi berfotogedix. Tapi susah lahai nak amik gambar anak bujang mama sekarang ni. Asyik nak merayap dalam restoran ni jer. Sampai kakak cashier tu terpaksa bagi gula-gula tuk diorang bagi senyap. 

Bila dah dapat gula-gula, haruslah mamat dua orang ni behave sekejap. Mulut sibuk dok mengunyah gula-gula. Bila dah habis siap jerit kat kakak cashier, 'kakak nak gula'...huh buat malu company jer diorang ni. 

Memandangkan malam ni penuh customer, mama bajet mestilah lambat dapat food. Tapi terkejut gak, x sampai 10 minit dah dapat food. Me n paksu mat order frsh orange, papa order carrot susu n nenek tetap setia dengan teh ais.

Side dish, salad n french fries. French fries tak sempat amik gambar sebab Hadif dah peluk buat harta sdn bhd.

Mama n paksu mat order Chengal Chicken BBQ...iaitu chicken chop yang dihidangkan dengan BBQ sos. Portion ayamnya kecik jer, kalau tengah lapar memang tak kenyang la.

Papa plak of courselah all time feveret, kambing mbekk mbekk. Menu papa ni Palm Lamb Black Pepper, iaitu gilled lamb yang dihidangkan dengan blackpepper sos. Lamb ni plak banyak dan memang sedap rasanya. Betul, tak tipu.

Nenek plak order nasi goreng chef. Nenek tak berani nak makan western food yang ada segala macam sos tu coz perut nenek over sensitif. Salah makan jer terus cherry berry. So far memang sedaplah makanan kat sini. So kepada sesapa yang nak menyinggah, ni dia alamat restoran Tree Steak House ni.

Lot 3028, Kg Paya Jaras Tengah
Laluan Besar, 47000 Sungai Buloh
Selangor, Darul Ehsan

No comments:

Post a Comment