Sunday, April 22, 2012

Vanilla Sos

Vanilla sos ni untuk digandingkan dengan puding roti tadi. Puding roti tu boleh dimakan gitu-gitu jer, tapi bila ditambah dengan vanilla sos ni lagi sedaplah rasanya. Rayyans panggil vanilla sos ni aiskrim. Resepi vanilla sos ni mama belajar dari Aunty Zeta...bukan setakat bagi resepi tapi siap ngan praktikalnya sekali.

Bahan - bahan :
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan air
2 sudu gula
Secubit garam

Cara - cara :
Panaskan susu dan gula. Kacau hingga gula hancur.
Dalam mangkuk, pecahkan telur dan kacau. Kemudian masukkan adunan susu dan gula tadi ke dalam mangkuk telur (untuk mengelakkan telur berketul jika dimasukkan terus ke dalam periuk).
Kemudian masukkan adunan susu dan telur tadi ke dalam periuk semula dan masak hingga mendidih.
Masukkan esen vanilla, secubit garam dan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga sedikit pekat dan bolehlah dimatikan api.
Sejukkan sos di dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dimakan. 

Nyum nyum...puding roti with vanilla sos

No comments:

Post a Comment