Saturday, January 12, 2013

Pokok Cili Yg Byk Jasa

Pokok cili ni asalnya mama beli dengan harga RM5 sepokok. Masa beli memang pokoknya dah ada buah yang boleh dituai. Disebabkan kami kurang makan pedas, jadi buah cili tu dibiarkan mengering kat pokok jer.

Selepas 10 bulan, pokok cili ni masih hidup dan berbuah dengan lebat. Cumanya buah tak sebesar dulu. Dah makin mengecil dan terbantut tumbesarannya.

Dari hanya satu pokok, sekarang dah membiak jadi pokok-pokok dah (banyak la tu). Yang buat mama kagum, walaupun pokoknya masih kecil, dah keluar buah .

Hasil tuaian hari ni dapatlah sebekas cili. Jimat RM dari membeli kat Econsave. Mak tuai pakai gunting yer sebab tangan mak ni tak tahan kalau pegang cili. Pijar jer rasa. Tapi kalau makan takde plak perut rasa pijar.

Buah-buah cili tadi dah selamat diblend menjadi sambal belacan. Walaupun pokoknya kecil je, tapi rasa mak aihhh...pedas gila. Stok sambal belacan ni bleh tahan sampai 2 bulan kot kat dalam peti sejuk tu.

No comments:

Post a Comment