Thursday, January 31, 2013

Lama

Ya..lama gila tak update blog. Macam ni la bila bercuti lama. Bukan lama mana pun. 5 hari jer balik kampung. Bila kat kampung dunia internet terus dilupakan. Bila balik sini, nak memulakan tulis blog tu berchentaaa malasnya. Padahal story mory banyak nak cita ni. Sekarang tengah amik mood nak menulis. Pasni berjela-jela la hapdate *kalau mood masih ada*

Minggu lepas hari rabu mek sekeluarga balik kampung sempena cuti maulidurrasul n thaipusam. Apply cuti kat bos sehari, dapatlah cuti 5 hari straight. Tu yang gigih balik kampung tengok orang tua. Padahal last month baru jer balik kampung. Takpo..takde sapa marah pun selalu balik kampung. Mak pak lagi suka adalah dapat nengok anak cucu.


Bila balik kampung kami biasa gerak malam sebab tak sanggup nak layan kerenah anak sepanjang perjalanan jika gerak siang. Jadi dari opis, terus singgah kedai makan isi perut siap-siap. Balik umah nanti boleh terus ready untuk balik kampung. Petang ni makan kat restoran TTDI. Nama glamer restoran ni adalah merah. Sebab cat n deco dia warna merah. 


Restoran ni boleh dikatakan agak glamer la kat sini. Ownernya orang kelantan. Sudah tentulah kebanyakkan masakannya adalah makanan kelantan. Tapi harga sini up sikit banding restoran lain. Tapi mek tak kisah sangat, janji makanan sedap dan servis pun up jugakla.

Menu dinner di waktu petang adalah sotong celup tepung, kailan ikan masin, telur dadar, ayam goreng kunyit, tomyam campur nak sambal belacan. Aikk..tomyam takde plak kat sini.

Haaa ni baru nampak tomyamnya. Sini tomyam dia kaler putih. Takdelah pedas sangat. Pedas-pedas manja masam gitu. Ai like. Pas makan cepat-cepat balik umah, amik anak, siap-siap cabut balik kampung.

No comments:

Post a Comment