Saturday, January 12, 2013

Penghuni Di Kebun Saya

Pagi ni nak buat aktiviti ringan untuk mengeluarkan peluh. Bercucuk tanam kat kebun kecil kami. Bukanlah nak menanam beria pun. Just nak transfer anak pokok ke pasu yang lebih besar. Nak tau siapa penghuni kebun kami?

Daun sup. Asalnya cuma lebihan mama letak kat dalam sup. Cucuk akar dia dalam tanah. Tak sangka hidup plak. Daun bawang yang dicucuk sama dah mati dah pun.

Lengkuas dan halia di dalam satu pasu. Confirm bergaduh siapa nak berisi lebih. Mama plan nak transfer tanam kat atas tanah direct. No more dalam pasu. 

Anak benih kacang bendi yang berumur sebulan. Sudah sampai masa ditransfer ke dalam pasu yang lebih besar. Kalau berbuahla semua pokok ni, muntahlah papa nak makan sorang-sorang coz mama tak makan kacang bendi.

Tetiba ada plak makhluk lain yang nak menumpang. Dah siap buat 'pondok kecil' dah kat tiang rumah kami. Cer teka ni pondok sapa?

Minta mahap la no...tak dapekla awak nak menumpang kek sini. Kami terpaksa meranapkan pondok kecil awak ya. Karang tak pasal-pasal tuan tanah kena sengah ngan tebuan. Bahaya tau sengatan tebuan ni. Boleh bawa mati.

Aktiviti berkebun di pagi hari tergendala sebab kehabisan tanah. Nampak gaya petang ni kena buat kunjungan hormat ke nursery. Ada chance mama nak tambah bloom kat kebun ni.

No comments:

Post a Comment