Saturday, January 12, 2013

Aktiviti Keluarkan Peluh

Selepas lunch kat Ayamas, kami terus ke nursery kat Bukit Rahman Putra. Kami ni boleh dikira sebagai pelanggan tetap dah. Pokok cili yang banyak jasa tu mama beli kat sini la dulu. Hari ni kami ke sini lagi, tujuan asal nak beli tanah.

Kali ni pilihan bunga-bungaan tak banyak sangat. Banyak bunga yang dikhaskan untuk decoration raya cina. Ye la, bulan depan kan tokey-tokey bunga ni nak sambut Tahun Baru Cina. 
  
Seluas-luas nursery ni dipenuhi dengan pokok limau. Geram jer nak petik buah limau yang kekuningan tu. Sapa tau apa simboliknya pokok limau dengan Tahun Baru Cina?

Bila dah datang sini, tak sah kalau tak beli bunga. Cuma Bunga kuning tu 2 pasu, RM5. Pokok berdaun hijau tu plak RM8 sepasu. So petang ni kena sambung balik aktiviti berkebun yang tergendala pagi tadi.

No comments:

Post a Comment