Showing posts with label FRIENDS. Show all posts
Showing posts with label FRIENDS. Show all posts

Saturday, February 14, 2015

Tetamu

Hari ni hafiy terima kunjungan hormat dari tetamu jauh, nun dari kl. Jauh la sangat kan.

Ni semua opismate mama. Kakak nisa, lala, dejah dan wani. Kakak la kan sebab depa ni single mingle tak kahwin lagi.

Hafiy with kakak dejah. Seram sejuk kakak dejah nak riba hafiy sebab takde pengalaman ngan baby.

Ni plak kakak wani yang terlebih expert lak pasal budak kecik. Maklumlah member ada adik kecik. Dah biasa mengasuh baby.

Hafiy with kakak lala. Masing2 tak lepas peluang riba hafiy. Praktis dulu pasni mana tau masing2 ada anak sendiri nanti.

Hafiy with kakak nisa. Nisa ni kira bff mama la kalau kat opis. Geng breakfast kat restoran rejab pepagi before kuar site inspection.

Terima kasih kakak2 semua sanggup datang dari jauh semata2 nak melawat hafiy.

Tuesday, October 16, 2012

Welcome Aleesya Damia

Pagi sabtu weols satu ofis dah set plan nak lawat Mas n anaknya, Aleesya Damia yang lahir pada 3 Oktober lepas kat Hospital Sg Buloh. Setakat ni baby HRRunding yang lahir adalah selang bunga. Started dengan mama dapat Rayyans, pastu mama jue dapat Mawar Qhalisya, then aunty Tasya dapat Afif Fahri, so now the latest edition is Aleesya Damia. Who's be the next? Adakah akan dapat baby boy?

Memperkenalkan, beautiful princess Aleesya Damia. Comel sangat. Putih gebu. Geram mama tengok. Ni yang buat hati tak sabar nak timang anak perempuan plak. Insyaallah ada rezeki...dapat Ranias plak after Rayyans.

Akhirnya setelah seminggu Damia lahir, barulah aunties dapat kesempatan menziarah. Itupun meredah hujan lebat untuk ke Serendah. Pastu tak jumpa cari rumah plak kat mana. Terpaksa husband Mas jemput kitorang kat tepi jalan.

Us, with spouse and kids. Terima kasih kepada tuan rumah yang melayan kami dengan amat baik. Kenyang kami datang sini. Macam-macam dijamu kami..ada mihun goreng, jemput-jemput yang sedap gila vavies, keropok cikedis (ni orang kelantan tau la macam mana rupanya), kacang dan nescafe panas. Memang laju jer kami makan ketika cuaca hujan dan sejuk ni.

Our gift for Damia. Harap-harap Damia suka dan semoga hadiah ni dapat memberikan jasa untuk Damia. Mama neeja doakan semoga Damia membesar dengan sempurna dan menggembirakan hati kedua ibu bapa.

Wednesday, April 11, 2012

Kunjungan Zeta La Verne

Aunty Zeta yang vogue datang rumah untuk melawat mama n Rayyans. Dah lama sangat kami tak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan urusan dan komitmen. Kebetulan hari ni cuti dan mama pun tak kemana-mana, so we planned untuk meet up.

Aunty Zeta tak datang dengan tangan kosong. Dibawaknya puding roti ni. Heheh..dah la dia datang lawat kita, dia plak yang kena bawak makanan. Apa la mama ni...

Pastu siap suruh aunty Zeta masak lagi. Biarlah..Aunty Zeta yang offer diri untuk masakkan vanilla sos untuk dimakan bersama dengan puding roti.

Aunty Zeta cakap dia tak sempat nak masak sos tu kat rumah dia tadi. Nasib baiklah bahan-bahannya ada kat dapur mama ni. Bila dah masak kenalah makan.

Ini muka tak sabar nak tunggu aunty zeta potongkan puding roti tu. Rayyans suka rupanya sos vanilla ni. Bila disejukkan dalam peti sejuk, diorang panggil aiskrim.

Saturday, January 7, 2012

Special Entree For Siti Norwahizan

Siti Norwahizan atau nama mesranya Siti ni adalah kawan mama masa kat UTM skudai dulu. Siti juga pernah jadi housemate mama kat Taman Universiti. Tapi sekejap jer coz lepas tu Siti transfer masuk ke kolej balik. Tapi kami agak rapat. Wiken Siti kerap datang bermalam kat rumah kami. Sepanjang mama kenal dia memang dia sihat walafiat. Takde sakit cuma sesekali tu demam perkara biasa.

Tetiba last week FB mama penuh dengan msg dari kawan-kawan menyampaikan berita yang Siti tengah menderita sakit lemah otot yang serius (mysthenia gravis stage 3). Mama dapat info ni agak lambat coz masa tu mama tengah bercuti. According to kawan-kawan yang dah melawat, keadaan siti agak kritikal. Siti admitted kat ICU HKL.

So hari ni mama, linda n arin (roommates kat UTM) berjanji untuk melawat siti kat ICU. Sebaik tiba kat ICU, nurse kat situ inform keadaan siti dah makin pulih dan telah dipindahkan ke wad biasa dekat bangunan neurologi. So menapaklah kami ke sana. Sebaik tiba kat wad, nurse kat situ plak inform siti dah discharged...means that kesihatan siti makin pulih.

Dari HKL, kami buat keputusan untuk ke rumah siti di sentul. Sebelum pergi, sempat kami lunch bersama-sama. Kami bertiga adalah rakan sebilik masa kat universiti. Selepas belajar, masing-masing bawa haluan. Jumpa adalah sekali jer kot selepas zaman belajar. Sekarang masing-masing dah berkeluarga. Linda dah anak anak 3, arin plak baru sorang dan mama??? dua jer baru...hehehe. 

Disebabkan nak melawat kawan yang sakit, kami berpeluang jumpa. Terselit hikmah dekat situ. Bukanlah nak kata kami kena jumpa bila ada orang sakit jer. Tapi kalau hari-hari biasa susah nak setting time nak jumpa disebabkan masing-masing ada komitmen. In fact sebelum ni kami pernah merancang untuk mengadakan small gathering tapi terpaksa dibatalkan coz susah untuk mencari masa yang sesuai untuk menghimpunkan semua kawan-kawan.

Berbalik ke cerita siti, selepas lunch kami terus menuju ke rumah siti kat sentul. Alhamdulillah siti dah boleh bercakap dan bergerak dengan bantuan tongkat. Tapi keadaannya masih lemah. Belum mampu untuk berdiri lama-lama atau mengangkat barang. Mama doakan semoga kesihatan siti bertambah baik dan dapat menjaga anaknya yang masih kecil dengan sempurna.

Bila Tuhan nak tarik balik kurnia Dia kat kita, dalam sekelip mata jer. Harap-harap mama dikurniakan kesihatan yang baik-baik untuk menempuh hari mendatang. Semoga mama sentiasa sihat walafiat untuk membesarkan anak-anak. Aminnn.

Sunday, October 30, 2011

Blueberry Muffin

Esok mama terima jemputan kenduri doa selamat merangkap house warming dari AUNTY TASYA. Aunty tasya baru pindah ke rumah baru. So esok aunty tasya buat kenduri doa selamat semoga perpindahan ni membawa seribu rahmat untuk keluarga beliau.  

Mama jue ada kirimkan oreo cheesecake dan puding nenas untuk aunty tasya. Mama pun terpikir gak nak bagi something untuk aunty tasya. At last, mama merajinkan diri masak blueberry muffin untuk dihadiahkan kat aunty tasya.

Mama pakai tepung muffin yang segera jer. Pastu follow jer step-step yang ada kat bungkusan tepung tu

Bahan - bahan : 
Telur 350 g (6 biji)
Air 225 g
Minyak sayuran 280 g

Mama cuma bancuh separuh dari adunan kat atas.

Cara - cara :

Campur kesemua bahan dalam mangkuk. Pukul semua bahan dengan kelajuan rendah.

Isi adunan ke dalam acuan muffin sehingga 3/4 penuh.

Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180 - 200 C. Bila dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.

Taraaa..muffin yang dah siap dipacking untuk dibawa ke majlis doa selamat aunty tasya. Harap-harap tetamu kat sana nanti sukalah ngan muffin ni.

On da way to aunty tasya's new home sweet home. Afif fahri..here Rayyans come...Rayyans excited bila dapat keluar jalan-jalan.

Majlis doa selamat dan bacaan Surah Yasin. Mama doakan semoga aunty tasya sekeluarga happy dengan rumah baru ni. 

Sunday, September 25, 2011

Harleen In Da House

Harleen? Who's Harleen? It's my new baby? Oh no..no...Actually Harleen is Sandra's newborn. Then, who's Sandra? Sandra is my mak angkat..my kakak angkat..my good fren...that i call mommy... 
I'm so happy for her. After so many years of married, now only she got chance to have her own kid.. Actually Sandra gave birth 2 days before raya..but only now i'm free to pay her a visit. Im really happy seeing her happy and excited with new baby girl.
Mama n nurul dah janji lawat sama2..so now we are here. Dah lama sangat tak jumpa n gosips. Last we met, that time mama masih single. Now, mama dah ada 2 anak..can u imaging how excitednya kami dapat berkumpul. Lots of story to gossips...hehehhe...as usual, Hadif buat perangai..takmo masuk dalam rumah coz tak biasa dengan suasana baru. Terpaksala papa bawak Hadif meronda-ronda dalam kereta sepanjang kami kat rumah Sandra. Nasib baik Hazim behave...dapatla mama bersembang dengan jayanya.
Kami siap lunch kat rumah sandra with vegetarian food..Sandra dah tau setiap kali kami lepak kat rumah dia sebelum ni, mesti kami request dia untuk masak. So this time, awal2 lagi dia dah suruh maid dia masakkan food untuk kami...
Almost 2 hours kami kat umah Sandra..tak dapat nak lepak lama-lama sangat coz Nurul n Family nak pergi beraya..kami pun ada plan lain jugak petang tu..
Apa pun..mama happy sangat sebab sandra dah ada anak..harap-harap sandra akan dapat ramai anak (dia dah plan after pantang untuk cuba dapatkan second baby)...semoga impian mommy sandra jadi kenyataan..

Monday, May 30, 2011

Reunion Al-Hamdani

My classmate, cik titie invited all the hamdanians to get together at her new palace...just small gathering untuk ahli kelas hamdani yang dok sekitar selangor & KL. Majlis ni bersempena kelahiran anak pertamanya, Muhammad Rizq Nuqman yg bererti rezeki yang membawa kebaikan..hmm cantik maksud nama tu..leh copycat x cik titie?
inila dia baby nuqman yang terlena dalam pelukan aunty zeta
kembar seiras yang telah menghavockan suasana
menu of the day..mcm2 adaaa
Aunty nogha selly yg rushing balik awal sbb keje..yg x sempat kuketemukan
Family uncle Kamil..with Rayyans yg menyebok
Family aunty nurul with cik matun
Group pictures

seronok sgt bila dpt berjumpa ramai2 mcm ni. masing2 ade komitmen sendiri, so untuk berkumpul ramai2 mcm ni memerlukan effort yang tinggi..especially yg jadi penganjur majlis. Million thanks to cik titie sbb dh berjaya mengumpulkan kami semua, warga Hamdani walaupun tidak semua yg berjaya datang.

p/s : kredit to cik titie for the pictures

Sunday, November 28, 2010

Rayyans @ Zeta's Birthday Party

Kawan lama mama, Ms Zeta seliman jemput kami sekeluarga ke majlis harijadi beliau. Ini kali pertama mama ke rumah aunty zeta..selama ni mama hanya tengok gmbr2 masakan aunty zeta yang amat menggiurkan kat facebook jer...akhirnya hari ni mama berpeluang merasa sendiri masakan hasil air tangan aunty zeta.
perghh..that was my impression bila tengok makanan yang terhidang atas meja. Banyak sangat plus kelihatan amat sedap. The menu are 3 tiers chocolate's cake (yummy), spaghetti, mixed fruit salads, jeli laici, carrot cake, spicy cake n grilled chicken with rosemary...memang foods semua marvellous.
After semua jemputan dah sampai, majlis dimulai dengan acara potong kek. Everybody are excited tengok kek 3 tingkat yang aunty zeta buat sendiri. Mama memang kagum betul dengan kerajinan n kepandaian aunty zeta memasak.
Kami sekeluarga amik peluang untuk bergambar dengan birthday girl..sambil2 makan kek coklat tu. Rayyans pun kenmain suka buah strawberry kat atas kek tu.
Sementara mama n papa makan, Hazim dah sangkut ngn uncle iman. Uncle iman ni teramatla suka kanak2....Rayyans pun mama tengok kenmain mesra ngan uncle iman..ok la..dapatla mama & papa makan sementara ada orang nak melayan Rayyans.
tengokla..sampai dua sekali uncle iman dukung..Rayyans pun elok jer perangai..siap cium2 pipi ngan uncle iman
Rayyans teramatla suka kat bende jurai2 ni...risau plak mama tengok Rayyans dok menarik2 jurai ni..x pasal2 putus nnt talinya.
Selalunya Rayyans tidak mudah mesra dengan orang yang tak dikenali..tp hari ni baik plak perangai anak mama ni...mesra dengan semua orang..siap beriba minum susu, berdukung..heheh..senang mama nak sembang.
Seronok sangat mama dapat jumpa kawan2 lama..almost 13 years kami tak berjumpa. Sesekalai dapat berkumpul mcm ni banyak cerita yang keluar. Masing2 terkejut sebab mama dah 'demuk'..hehehhe...n everybody excited sangat coz mama ada anak kembar.
Antara ramai2 schoolmates mama yg datang ni, cuma mama jer yang dh kahwin & ada anak. Yang lain semenya single mingle lagi..masing2 tengah concentrate membina kerjaya..mama doakan semoga semua kwn2 mama ni dipertemukan jodoh yang perfect dengan citarasa masing2...insyaallah..
Seharian berada kat umah aunty zeta tak pernah membosankan...mana taknya sambil sembang boleh makan2..makanannya plak sedap sangat...sebelum kami balik, aunty zeta siap tapaukan makanan untuk kami bawak balik...thanks aunty zeta. she's really a good heart person. Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari lahir untuk aunty zeta. semoga segala apa yang aunty zeta impikan akan menjadi kenyataan..aminn...