Showing posts with label HOTEL. Show all posts
Showing posts with label HOTEL. Show all posts

Saturday, July 20, 2019

Kea Garden Junior Suite

Kami stay dekat bilik junior suite. Harga satu malam rm348. Bilik kami kat tingkat 3. Kena naik tangga tapi takdelah macam tinggi sangat.

Kat bilik ada 2 katil queen. Anak ramai tak dapatla nak amik bilik katil satu jer. Nanti anak2 tak selesa nak tidur. Perabot semua berasaskan kayu pallet.

Dinding kaca tu adalah toilet. Ada tirai kat dalam boleh buka. Kalau cuti berdua dengan laki jer bolehlah dinaikkan bidai tu. Barulah romatik katanya.

Ni view dari toilet ke pintu masuk. Ada tingkap yang boleh buka. Tingkap siap ada jaring perangkap nyamuk. Cermin tingkap tu kalerful.

TV disediakan dengan beberapa channel astro. Bolehla dari tak ada kan. Lagipun anak2 asyik main hanfon jer. TV tak tengok sangat pun. 

Almari baju tak ada. Cuma ada penyangkut ni jer. Kipas pun ada jugak kot2 yang lemak tebal cam mama ni kepanasan. Maklumlah kat bilik takde aircond.

Ni plak sinki kat depan toilet. Bolehlah berus gigi ke apa sebab kat dalam toilet takde sinki.

Kenmain sinki dia ni. Cantik bercorak.

Bilik air pun bersih. Toilet ada paip. Air sejuk gila. Hafiy cakap saya mandi air batu.

Balkoni depan bilik kami. Indahnya pemandangan. 

View dari bilik kami kat tingkat 3. 

Kat sebelah reception ada pondok kecil2 tu adalah bilik untuk disewa jugak.Nama dia mini chalet. Harga dalam rm100 jer. Dalam tu ada tilam queen, kipas dan TV. Toilet kat luar kena share. Bagi yang bajet terhad tu bolehla duduk kat sini. Next time papa dah cakap dia nak stay dalam ni.

Saturday, January 5, 2019

Avani Sepang

First girls trip tahun ni kami ke avani sepang. Percutian adhoc merangkap farewell untuk cikfatin yang kena transfer ke department lain. 

Starting bulan 2 kami tidak lagi sebumbung. Cikfatin nun jauh kat hq kl sementara yang lain masih kat shah alam. Hilang sorang geng makan lunch kami.

Bilik kami kat pelepah no 5. Bilik 507. Dekat dengan center buah kelapa tu. Receptionist dekat dengan batang kelapa no 1. Boleh tahan jauh jugak la kalau2 nak jalan kaki ke bilik.

Tapi tak perlu risau sebab perkhidmatan buggy disediakan dan tak perlu nak menunggu lama2. Buggy sentiasa ada jer kat mana2. Basikal pun banyak tu FOC jer kalau nak mengayuh.

Buka jer pintu terus jumpa ruang tamu. Ada sofa dan meja kerja. Meja tu kami tak guna sangat pun. Sofa tu tolak rapat ke dinding sebab nak bentang toto tidur malam nanti.

Welcoming message dari Avani Sepang. Glamer nama bapa cikwani sebab booking atas nama cikwani. Jangan plak ingat ada lelaki nama fitri join girls trip pulak.

Ni bilik kat sebelah kiri. Ada satu katil king. Bantal dia best betul. Saiz besar dan panjang banding dengan bantal biasa.

Bilik air kat bilik pertama. Bilik air luas dan bersih. Hair dryer pun ada disediakan.

Lengkap dengan bath tub. Bolehlah amik peluang berendam lama2 tenangkan fikiran. Tapi jangan lupa turunkan bidai kat tingkap tu. Karang kena teropong dengan jiran sebelah tak pasal2.

Perkakas mandian yang disediakan percuma untuk guests. Lengkap semua ada. 

Ni kat beranda bilik pertama. Ada disediakan pelampung, tangga dan seketul kerusi untuk melayan perasaan sambil menikmati keindahan pemandangan laut.

Ni plak katil kat bilik tidur kedua. Saiz katil sama jer. Beranda kat tepi bilik ni ada kerusi meja untuk lepak2. Cuma bilik air kat bilik ni tak ada bath tub. 

Kali ni ramai yang dapat join except ciknor je yang takde. Ciknor ada kelas persediaan untuk menunaikan umrah. Mama entah bila la dapat menjejakkkan kaki ke Mekah. Insyaallah satu hari nanti adalah rezeki mama. Doakan ya.

Wednesday, December 12, 2018

Breakfast Day 1

Masa mama booked bilik mama tak tahu pun kat sini siap pakej dengan breakfast sekali. Bila check in baru receptionist cakap ada breakfast untuk 4 orang sebab kami amik bilik quad.

Breakfast start pukul 7 pagi. Alang2 dah masuk dengan harga bilik, kami breakfast jer la kat sini. Jimat sikit duit makan. Pastu tak payah susah2 nak cari restoran.

Cafe tempat breakfast ni bangunan asing daripada bilik kami. Kena jalan ke bawah sikit. Pastu cafe kat belah bawah. Kena turun tangga pulak.

Actually ruang makan ada 3. Tapi masa hari pertama kami nampak 2 jer. Ni kat belah dalam cafe.

Yang ni belah luar siap ada tingkap nako. Jadi boleh tengok pemandangan hijau kat luar. Angin sejuk pun boleh menyisip celah2 cermin tu.

Menu buffet ala kadar jer. Berpatutan la dengan harga bilik. Nak memilih2 sangat pun tak boleh la kan. Kita kat tempat orang. Apa yang orang sediakan itu la yang kami makan.

Ada nasi goreng cina dengan mihun goreng. Sedap la jugak dan mengenyangkan. Tu dalam cawan air teh. Dok kat tempat sejuk ni semua benda automatik rasa sedap.

Tu dia penuh pinggan masing2. Haruslah makan sampai kenyang sebab aktiviti kami penuh hari ni. Bila perut kenyang barulah bersemangat nak jalan2.

Psu berkali2 tambah air teh. Sedap katanya. Walhal masing2 lapar kot sebab semalam tak makan nasi. Kami makan kfc dan kepak ayam jer.

Perut kampung macam ni la. Makanlah sebanyak mana benda2 lain tapi takkan sama dengan makan nasi. Pagi ni puas hati dapat makan nasi dengan tenang.

Lepas breakfast ni kami plan nak gi tengok lembu pulak dekat desa dairy farm. Depa cakap kat sana boleh nampak view gunung kinabalu kalau datang awal.

Harap2 cuaca elok la. Sebab kami keluar ni dah kira lambat. Orang lain pukul 7 dah sampai ladang. Kami baru terhegeh2 nak breakfast. Insyaallah jika diizinkan, adalah rezeki kami nak tengok kan.

Sunrise At Mile 36 Lodge

Masa kami dok sibuk amik gambar ada sorang pekerja lodge tegur kami. Pakcik tu bitau kalau nak tengok sunrise panjatlah bukit tu.

Kat bahagian atas ni sedikit berbukit. Pihak lodge bina tangga dan pondok kat atas tu untuk pengunjung menikmati suasana matahari terbit.

Mama seram jugak nak panjat bukit tu sebab pagi2 berembun. Takut tangga licin alamaknya jatuh berdebuk la mama. 

So uncle is yang naik survey dulu pastu amik gambar kami kat bawah ni. Kat atas ni rumput boleh tahan tinggi juga. Risau takut ada ular atau pacat.

Pastu baru ciknik n psu mat join sekali. Tu yang mama dapat amik gambar diorang bertiga kat atas tu.

Indahnya pemandangan alam dari atas ni. Langit membiru, awan putih dan alam yang menghijau. Satu pemandangan yang takkan dapat kat kl.

Menunggu sang mentari terbit di ufuk timur. Waktu ni baru pukul 6 lebih. Matahari dah mula terbit. Kalau kat semenanjung ni masih lena diulit intan.

3 beradik..anak ketiga (mama), keempat (ciknik) dan juga keenam (bongsu), psu mat. Sementara psu masih bujang ni bolehlah mengekor jer ke mana kakak2 pergi. Dah kahwin nanti asyik berkepit dengan isteri jer la.

Syukur berpeluang menikmati keindahan ciptaan tuhan sambil bermuhasabah diri. Nikmat tuhan yang mana hendak ku dustakan.

Sama2 kongsi pengalaman indah dengan adik2 tersayang. Semoga memori ini terpahat dalam ingatan kami adik beradik.

Misi mencari matahari terbit dah tercapai. Next misi nak mencari gunung kinabalu pula. Harap2 cuaca elok dan adalah rezeki kami nak berjumpa gunung kebanggaan rakyat sabah.

Sebelum misi bermula, jomla kita breakfast dulu. Nasib baik kat lodge disediakan breakfast. Takdelah kami buang masa tercari2 kedai makan.

View Sekitar Mile 36 Lodge

Waktu check in semalam suasana sekitar lodge dah suram. Maklumlah kami check in dah dekat maghrib. So malam tak nampak sangat pemandangan sekeliling.

Pagi ni pukul 5 pagi suasana dah kecoh. Bilik atas kami ada budak2. Agaknya diorang dah bangun awal jadi anak2 dok berlari2. Bilik kami kat bawah jadi jelas sangat bunyinya.

Mama pun tak boleh nak tidur dah. Jenguk keluar suasana dah cerah walaupun baru pukul 5 lebih. Malam tadi tidur awal sangat kot jadi dah puas tidur.

Pastu teringat mama baca kat blog kalau nak tengok view gunung kinabalu kena keluar awal. Kalau lambat tak nampak sebab dilitupi awan.

So kejutlah diorang semua bangun bersiap. Tapi kami tak dapat jugak nak gerak awal sebab breakfast start 7 pagi. Oh ya bilik kami ni siap dengan breakfast sekali. Kalau tak makan rugilah pulak kan.

Sementara tunggu breakfast kami pusing2 kawasan sekitar lodge. Nyamannya suasana kat sini. Tenang jer rasa. Alangkah bestnya kalau kat kl suasana macam ni jugak kan.

Mama dan ciknik. Kalau ciknik tak balik kampung uncle rasanya mama tak sampai ke sabah kali ni. Disebabkan diorang balik kampung, so kami pun ikut serta.

Uncle is walaupun orang sabah tapi tak biasa sangat dengan kundasang dan kota kinabalu. Kampung uncle is dekat keningau. Lebih kurang 2 jam perjalanan ke kk menempuh jalan berbukit bukau.

Kat belakang mama tu adalah jalan masuk ke lodge. Kebanyakkan binaan kat sini mengekalkan kontur semulajadi. Diorang ikut jer kawasan bercerun. Takde nak tarah2 cerun macam kat semenanjung.

Kat belah bawah sana pula jalan nak ke cafe tempat breakfast dan ada beberapa buah bilik lagi kat area sana. Jalan dia memang naik turun ikut kontur asal.

Memang seronok kami bergambar sebab tiada gangguan. Cuma kami jer yang ada masa ni. Ada pelancong yang dah keluar dan ada yang masih belum bangun tidur.

Pasangan merpati dua sejoli ni berkepit jer. Maklumlah cuaca sejuk. Hehehe. Nasib baik ada uncle is yang rajin melayan kerenah kami dan amik gambar kami.

Kawasan lodge memang banyak bunga2 yang tumbuh meliar. Cuaca kat sini memang sesuai untuk bunga2 dan pokok2 hidup segar. Mama tepek bunga ros jer la ya sebab nama mama n ciknik kan bermula dengan ROS.