Showing posts with label WEDDING. Show all posts
Showing posts with label WEDDING. Show all posts

Saturday, December 8, 2018

Wedding Raihana

Raihana..rayhan..dekat2 jer nama ni. Nasiblah jantina lain2. Raihana ni cucu saudara papa. Tak lama pangkat moyang dah papa. Ke dah pangkat moyang?

Tujuan utama kami ke taiping sebab nak attend wedding raihana la. Pengantin hari ni dua2 cikgu. Raihana mengajar kat taiping. Suaminya kat sarawak. PJJ la depa lepas ni kalau tak dapat tukar sekolah.

Pengantin dengan family sebelah pengantin perempuan. Bapa pengantin perempuan ni la anak sedara papa. Dah nampak macam sebaya jer anak sedara dengan bapak sedara.

Ni pulak pengantin dengan family kami. Mama ngn papa jer sedondon purple. Anak2 lari tema. Susah nak samakan tema sebab hafiy baju semua tak muat.

Yang ni pengantin lama yang lagi 3 hari akan menyambut ulang tahun perkahwinan ke 10. Tak sangka dah 10 tahun kami kahwin. 

Tak sangka dah 3 orang anak kami. Itupun nasib baik Allah bagi dua terus untuk anak pertama kami. Mama syukur sangat2 dapat hazim n hadif dan juga hafiy.

Walaupun hafiy single bukan twin, tapi mama macam ada anak kembar 3. Semua nak kena sama dengan abang2. Kalau tak sama dia suruh abang2 buka baju.

Sebelum balik, bergambar dulu dengan parents pengantin. Lepas tu kami terus check in hotel. Bila kat hotel papa baru sedar handfon dia hilang entah ke mana. Puas cari still tak jumpa jugak.

Tetiba dekat maghrib ada orang call mama cakap jumpa fon papa. Rupanya papa tertinggal fon dekat tempat kenduri masa kelam kabut nak bergambar dengan parents pengantin tadi.

So malam tu sekali lagi kami ke rumah pengantin. Alang2 tu terus la dinner kat sana. Lauk kenduri ada lagi. Alhamdulillah tak payah susah2 cari tempat makan.

Papa ni sebenarnya sengaja tinggal fon ke camna. Ye la alasan kukuh nak gi sana balik. Dapat lepak sembang2 dengan anak sedara. Siang tadi tak dapat nak sembang sangat sebab depa sibuk layan tetamu.

Walauapapun syukur sebab jumpa balik fon tu. Lau tak melayang lagi rm nak beli fon baru. Sekarang ni handfon dah jadi satu keperluan. Cikai2 pun harga dekat rm500 jugak.

Saturday, September 22, 2018

Wedding Amirul

Papa dan 3HR pergi kenduri kahwin sedara papa kat dewan mpaj without mama. Huhuhuhu.. hari ni mama ke ofis untuk selesaikan kerja2 yang tertunggak masa mama bercuti ke hatyai.

Diorang bertiga ni kalau dengan papa elok jer perangai. Cuba mama yang bawak tiga2 tanpa papa. Mau runtuh dewan ni masing2 tunjuk belang.

Mula tu papa berkira2 jugak nak pergi kenduri tanpa mama. Tapi mama suh jer papa pergi dengan anak2 sebab time ni la nak jumpa sedara mara.

Bukan senang nak mengumpulkan semua sedara mara dalam satu majlis. Bila ada kenduri kendara jer berpeluang jumpa. Kalau tak raya pun belum tentu dapat jumpa.

Tu pun tak semua yang dapat hadir.  Masing2 ada komiment dan urusan yang membataskan mereka turut serta. Sesekali berjumpa banyak cerita yang hendak dikongsikan. 

Hamzah with hamzah. Dua2 nama sama. Kalau tak silap mama ni sepupu papa. Next month anak hamzah baju hijau pulak yang nak kahwin. Anak hamzah yang baju biru plak x tau bila boleh naik pelamin.

Tiga2 anak hamzah baju biru ni kecil2 lagi. Yang kakak2 pulak semua dah kahwin. Eh tapi ada lagi 2 orang abang tiri rayyans yang belum kahwin. So kita tunggu majlis depa berdua dulu la.

Kiri kanan tu parents pengantin. Mak pengantin ni la sedara papa. Terima kasih jemput kami ke kenduri. Dapatlah papa bertemu mata dengan kaum keluarga.

Ketibaan mempelai ke dewan bersanding. Mama doakan semoga perkahwinan amirul dan aisyah berbahagia hingga ke jannah. Seronok tengok orang kahwin. Terasa macam nak sanding balik dengan papa.

Selesai majlis persandingan barulah mama datang. Dari ofis shah alam mama tumpang ciknor ke dewan mpaj. Masa tu tetamu pun dah reda. Tapi mama sempatlah makan nasi lauk kenduri.

Sunday, September 9, 2018

Wedding Adda

Kami memenuhi jemputan kahwin adda, adik kepada taufiq. Taufiq ni suami athilah. Kenduri kat kampung melayu sg buloh je. 

Hafiy ni baru baik demam sebenarnya. Lima hari dia demam. Tak tidur malam kami dibuatnya. Hafiy ni kalau demam suhu cepat naik mendadak dan dah beberapa kali kena demam tarik. Tu yang mama risau sangat kalau dia demam.

Bila sampai kat kenduri, tetamu tengah ramai. Jadi kami melepak dekat rumah tilah je dulu. Dapatlah anak cucu bergaul main sama2. Pastu papa tukang angkut makanan. Kitorg beramai2 dok makan kat umah tilah.

Bila tetamu dah makin kurang baru kami ke khemah. Dapat la jumpa mak ayah pengantin aka besan kami. Kali ni depa dapat menantu jauh. Orang sabah katanya.

Lepas kahwin ni adda akan berpindah mengikut suaminya menetap di sabah. Semoga perkahwinan yang dibina bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sunday, March 19, 2017

Wedding Ashida

Kenduri belah pengantin perempuan buat kat langkawi awal tahun aritu. Tapi kami tak pergi sebab jauh. So kalini kenduri belah pengantin lelaki kat meru. Sekangkang kera jer dari puncak alam. 

Lagipun pengantin lelaki staf iwk juga cuma berlainan department dengan mama. Tapi ofis kami sebelah menyebelah jer. Pintu masuk pun share pintu yang sama. 

Janji dengan opismate datang waktu yang sama. Barulah meriah. Tapi masa mama sampai diorang dah habis makan pun. Paksa rela la diorang tunggu mama makan. 

Pas makan haruslah bergambar dengan pengantin. Pandai pulak amik tempat. Belah kiri geng2 dara, belah kanan geng2 mak dara. 

Mama datang bawak rayyans jer. Hafiy tinggal dengan papa. Hafiy sekarang tengah melasak. Takut tak boleh nak control dia nanti. Karang rosak majlis orang.

Rumah pengantin kat sebelah taman permainan. Belum sempat habis makan si kembar dah bisik nak main kat taman. Nasiblah adik x ikut. Kalau x jenuh mama nak mengejar dia. 

Hadif hanya mampu lihat hazim bergayut. Hadif tak mampu nak bergayut sebab badan dia berisi. Tak mampu nak menampung berat badan sendiri. 

Mujurlah tak lama pastu hujan turun. Kalau tak mau diorang tak nak benti main. Sesekali terlepas macam ni la gaya. Tambah2 papa takde. Hahaha.. Kalau papa ada asyik kena bebel jer.  

Gift dari pengantin. Gambar kotak jer mampu amik sebab isi dalam dah clear. Haruslah isinya coklat. Kata pengantin orang langkawi. 

Sunday, February 7, 2016

Wedding Aishah

Hari ni tak dapat ikut ciknik g aquaria klcc sebab kami ada jemputan kahwin. Tadi attend kenduri kahwin aishah kat dewan sri bernam, sg besar. 

Aishah ni anak kepada bekas kakak ipar papa. Arwah abang papa merupakan suami kak biah. After abang papa meninggal, kak biah kahwin lain. Kiranya aishah ni anak dengan suami baru. 

Dua dari kiri ni la kak biah. Yang bertiga dalam gambar ni la anak2 sedara kandung papa. Anak kak biah dengan arwah abang papa dulu.

Time kenduri la dapat berkumpul sedara mara. Ada sesetengah tu mama tak pernah jumpa pun. Masing2 dok jauh kan. Bila ada occasion baru la boleh jumpa.

Alhamdulillah, bukan setakat dapat jumpa sedara mara, makanan kenduri juga semua sedap2. Siap ada booth2 makanan. Anak teruna mama ni dok la ulang alik ke booth aiskrim. 

Buat aishah dan suami, selamat pengantin baru maksu sekeluarga ucapkan. Soon, aishah bakal menjadi jiran kami kat puncak alam. Rupanya suami aishah orang puncak alam juga. Beza lorong jer dengan rumah kami.

Saturday, January 30, 2016

Wedding Dejah

Hari ni kami memeriahkan kenduri kahwin dejah kat banting. Dejah ni opismate mama.

Actually ni majlis sebelah pihak lelaki. Masa majlis sebelah pihak perempuan mama tak dapat pergi sebab majlisnya kat johor. Jauh kami nak gi.

Cuma kami berempat yang dapat menghadirkan diri. Kak lin, wani dan nisa datang satu kereta. Pastu set time jumpa diorang kat tempat kenduri terus.

Dah kurang ahli grup 4 dara. Dejah, nisa, lala dan wani adalah awek2 single kat opis mama. Now dejah dah kahwin. Next bakal menyusul si lala pula.

Cuma tinggal wani dan nisa jer nanti. Itupun mama rasa tak lama diorang pun akan meninggalkan grup 4 dara jugak. Soon, boleh tubuhkan grup 4 ma dara pula. 

Kak lin ni umpama kakak2 pada semua orang. Kak lin merupakan staf lama kat opis. Penuh experience. Menjadi tempat rujukan untuk kami2 bdk baru.

Buat dejah, selamat pengantin baru kami ucapkan. Semoga perkahwinan yang dibina bahagia hingga ke akhir hayat. Selamat menempuh alam rumahtangga.

Friday, June 5, 2015

BimZee

Last month memang bizi gila tak terkata. Bizi dengan persiapan kenduri akikah hafiy dan kenduri kahwin tilah. Ditambah dengan kerja kat opis dan site yang berlambak2. Rasa macam tak cukup masa.

Akhirnya selesai sudah kedua2 kenduri. Mama bolehla tarik nafas lega. Walaupun ada kekurangan serba sedikit. Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan lancar.

Sekarang mama kat kampung plak, balik hantar nenek. Barulah berkesempatan nak cuti. Dapatlah relax2 kan badan dan minda sepanjang kat kampung. Next week kembali sibuk dengan urusan harian.

Sunday, March 22, 2015

Majlis Bertandang

Last month dah berlangsung majlis akad nikah angah. Hari ni majlis bertandang sebelah keluarga pengantin lelaki kat ipoh pula.


Kami ke ipoh balik hari jer. Mula tu ingat nak gerak awal dan stay kat hotel tapi bila fikirkan hafiy takut meragam terus kensel plan.

Kami gerak seawal 7 pagi. Walaupun ipoh tu dekat jer, kami risau jalan jem. Maklumlah dah penghujung cuti sekolah. Takut ramai yang travel balik ke utara.

Alhamdulillah trafik clear jer sepanjang jalan. Hafiy pun takde nak meragam. Tidur jer kat dalam kereta. Bangun bila nak susu dan berak. Abang2 plak biasalah dok mengacau tilah dalam kereta.

Sampai kat ipoh pukul 11 pagi. Kami terus ke rumah pengantin sementara tunggu nak berarak masuk dewan pukul 1 tengahari. Keluarga pengantin semua dah berada kat dewan.

Angah ni jenis simple n sempoi orangnya. Dia tak nak majlis sanding2. Just ada makan beradap jer. Tema majlis kat belah hafiz kaler merah.


Pastu ada acara potong kek. Kat dalam tu kalau tak silap kek secret recipe. Berlainan perisa tiga2 kek tu.

Lepas makan kami lepak2 jer kat dewan sambil beramah mesra dengan pihak pengantin lelaki. Si kembar lak sibuk lari sana sini.

Beria nak tulis ucapan untuk si kakak kat dalam guest book. Padahal tulis nama sendiri jer pong. Itu jer yang diorang pandai eja setakat ni.

Cuaca panas betul waktu ni. Si kembar plak sesekali lepas bebas asyikla dok berlari bawah panas. Risau jer takut diorang demam.

Mujurla ada tilah yang tengokkan si kembar. Mama yang baru habis pantang tak terkejar rasanya. 

Pukul 3 petang kami gerak balik ke kl. Tak boleh nak stay lama2 takut jalan jem. Maklumlah hari ni hari terakhir cuti sekolah. Sure ramai yang berpusu2 balik ke tempat mencari rezeki.