Hari ni tak dapat ikut ciknik g aquaria klcc sebab kami ada jemputan kahwin. Tadi attend kenduri kahwin aishah kat dewan sri bernam, sg besar.
Aishah ni anak kepada bekas kakak ipar papa. Arwah abang papa merupakan suami kak biah. After abang papa meninggal, kak biah kahwin lain. Kiranya aishah ni anak dengan suami baru.
Dua dari kiri ni la kak biah. Yang bertiga dalam gambar ni la anak2 sedara kandung papa. Anak kak biah dengan arwah abang papa dulu.
Time kenduri la dapat berkumpul sedara mara. Ada sesetengah tu mama tak pernah jumpa pun. Masing2 dok jauh kan. Bila ada occasion baru la boleh jumpa.
Alhamdulillah, bukan setakat dapat jumpa sedara mara, makanan kenduri juga semua sedap2. Siap ada booth2 makanan. Anak teruna mama ni dok la ulang alik ke booth aiskrim.
Buat aishah dan suami, selamat pengantin baru maksu sekeluarga ucapkan. Soon, aishah bakal menjadi jiran kami kat puncak alam. Rupanya suami aishah orang puncak alam juga. Beza lorong jer dengan rumah kami.
No comments:
Post a Comment