Showing posts with label KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label KELANTAN. Show all posts

Friday, February 13, 2015

Alfatihah

Malam tadi pulangnya seorang pemimpin bertemu dengan penciptanya. 

Sebagai rakyat kelantan, mama terkesan dengan pemergian tuan guru nik aziz.  

Semoga insan mulia ini ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Alfatihah..

Saturday, December 20, 2014

Banjir Oo Banjir

Kampung kita naik airrr owwhhh.. negeri kelantan tengah dilanda banjir sekarang ni. Kampung mama tidak terkecuali. Cumanya banjir takdelah seteruk kat rantau panjang sana.

Jalan masuk ke kampung telah ditutup untuk kenderaan ringan. Kiranya kampung mama jadi macam pulau. Cuma jalan masuk jer tenggelam tapi rumah penduduk semua selamat setakat ni.

Dah lama mama tak merasa main air banjir. Mama cuma dapat tengok gambar yang paksu mat wasap jer. Kalau dulu masa kecik2 musim banjir ni memang ditunggu2 la...

Kebiasaanya musim ni memang macam pesta la. Amik peluang basuh motor dengan air free. Tapi keselamatan perlu diberi perhatian jugak. Budak2 kena diawasi oleh mak bapak.

Ni la jambatan penghubung kampung mama. Airnya kenmain lagi tinggi. Kalau air sungai ni melimpah sampai ke atas jambatan tu barulah rumah penduduk akan banjir.

Haish diorang ni nak terjun tiruk ke apa. Seriua plak mama nengok. Buatnya tergelincir jatuh dalam sungai tu sia2 jer. Walau apapun mama harap tiada apa2 yang buruk menimpa.

Saturday, December 13, 2014

Nasi Ulam Cikgu

Selalunya mama yang mengidam nak makan kat mana2. Kali ni papa lak yang mengidam. Mengidam tak agak2. Restoran yang dia nak makan ni nun kat kota bharu, kat restoran nasi ulam cikgu yang terletak di kampung kraftangan.

Kami kena tempuh perjalanan selama 2 jam lebih semata-mata nak makan. Trafik memang slow sangat hari ni. Banyak construction tengah berjalan dan ditambah dengan hujan. Sesampai kat KB hujan tengah lebat gila. Gigih redah hujan ke restoran nasi ulam cikgu.

Orang plak bukan main ramai lagi. Rata-rata kereta yang parking semua plat luar kelantan. Sekarangkan tengah cuti sekolah. Ramailah orang yang amik peluang balik kampung dan bercuti termasuklah kami. Nasib baiklah sini kerusi meja yang disediakan banyak.

Kalau dah balik kampung, tak sah kalau takde aktiviti jalan jalan cari makan. Ikan keli goreng ni la yang memanggil manggil papa datang sini. Ikan keli digoreng rangup dalam kawah, makan panas-panas ketika hujan memanglah membangkitkan selera. Besar-besar lak tuh ikan keli ni.

Selain ikan keli goreng, kami amik gulai darat kepala ikan keli. Beza gulai darat dengan gulai biasa adalah gulai darat ditambah daun kesum. Actually daun kesum tu untuk hilangkan bau hanyir ikan air tawar.

Untuk mama yang tak makan ikan keli ni, mama amik ayam kampung goreng, ikan kerisi goreng dan ikan sardin rebus. 

Ikan rebus tu amik isi pastu lenyek dalam budu. Then cicah dengan ulam ulaman. Budu ni mama campur dengan sambal belacan dan tempoyak. Owhh..nikmat sungguh.

Total semua kena bayar cuma RM32 termasuk dengan 1 jug besar air sirap bandung selasih. Anak bulat mama ni pun berselera betul makan nasi berlaukkan ikan keli.

Lepas makan kami pusing-pusing sekitar kampung kraftangan. Si kembar ni mana boleh jalan-jalan tanpa beli mainan. Mengamuk nak payung angry bird. Pastu mama belikan tshirt kelantan. Dalam kedai tu jugak diorang nak tukar baju pakai baju baru.

Lepas round2 tu kami terus gerak balik. Malas nak berlama-lama kat KB takut menempuh jem lagi dalam perjalanan balik nanti. 

Persediaan Banjir

Setiap hujung tahun negeri kelantan kebiasaannya akan dilanda banjir samada banjir besar atau kecil. Kampung mama tidak terkecuali.

Bila masuk jer bulan 12 cuaca mula tak menentu. Kadang panas, kadang hujan lebat, kadang hujan renyai. Masa kami balik awal bulan ni hujan dah start turun.

Air kat belakang rumah dah mula bertakung. Pasir dari depan rumah mula terhakis di bawa air yang laju. Untuk mengelakkan hakisan lagi besar, tok ayah awal2 lagi buat persediaan.

Dengan bantuan dari paksu mat n si kembar, kelong simen ni berjaya disusun untuk dijadikan tembok penahan. Selepas habis susun kelong2 ni, kat dalam tu akan diletakkan tanah.

Harap2 tembok penahan yang tok ayah bina ni berfungsi. Semoga tiada lagi tanah terhakis dan rumah kami terselamat dari banjir.

Friday, December 12, 2014

Kampung Boy

My kids suka sangat bila dapat balik kampung. Bila kat kampung diorang dapat bergerak bebas tak macam kat puncak alam. Asyik terperap jer dalam rumah.

Bila kat kampung ada saja aktiviti diorang. Dapat topi keledar tok ayah pun jalan. Pakai topi, panjat pagar rumah pastu wat gaya mat rempit.

Pantang tengok kat luar redup skit, mula la cari alasan nak turun. Nak tolong tok ayah katanya. Dah siap dengan boot n sarung tangan.

Praktis menarik lembu katanya. Gaya jer lebih. Bila lembu datang dekat, tak cukup tanah lari takut ngan lembu.

Kat dalam bekas tu rumput yang tok ayah dah potong untuk diberi makan kat lembu.

Engineer to be.. meh saya ukur cukup ke tak ni tok ayah nak buat benteng kat belakang rumah.

Hello mama...saya kat sini. Ada terowong la mama. Jom masuk terowong.. Ada jugak yang pecah kelong ni karang.

Macam2 ragam buah hati mama ni. Sesekali biar diorang rasa jadi budak kampung macam mama. 

Happy Birthday Danish Aiman

Pak da sekeluarga dah seminggu balik kampung. Harini depa sekeluarga dah nak balik johor. Tak sempat rayyans nak bermesra lama2 ngan sepupu diorang ni.

Lagi 2 hari birthday danish aiman yang ke 8. Masa kat jb lagi dah dok menyebut nak celebrate birthday dengan si kembar kat kampung.

Terpaksala papanya turutkan aje permintaan anak laki sorang ni. Bila kami sampai jer kat kampung terus gi beli kek nak celebrate. 

Celebrate dengan kek coklat indulgence secret recipe dan kfc. Penuh umah nenek dengan anak cucu. Ni baru 2 family yang balik. 

Naik semput poksu mat melayan kerenah anak2 sedara. Kalau semua anak cucu balik memang riuh rendah umah.

Kusyuk menengok ikan laga yang poksu tangkap kat belakang rumah. Ikan laga ni kami panggil ikan skarin. Kalau musim2 banjir ni memang banyak sangatla.

Masa mama kecik2 dulu selalu la tangkap ikan ni kat belakang rumah. Selalunya kat tempat ada ikan ni akan ada buih2. Just kaup jer ngan tangan ada la ikannya.

Ikan laga ni cantik tau. Ada warna biru, hijau, merah, ungu.. pastu masa tengah berlaga tu ekor dia akan kembang. Kagum2 budak2 ni nengok.

Tapi ni bukan setakat budak2 jer yang kagum, papanya pun join sekaki. Maklumlah tak pernah tengok sebelum ni.

Thursday, November 13, 2014

Ragam Si Kembar

Budak berdua ni bila orang sibuk dok mengacau suro, diorang pun sama naik sibuknya. Mentang2 dia tengok papa sibuk ke hulu ke hilir, naik tocang diorang ni.

Time ni la pun nak rasa bebas skit. Kalau tak papa tak kasi chance main kat luar. Cuaca plak bleh tahan panas terik.

Kat depan rumah ada longgokan tanah. Tok ayah nak buat benteng kat belakang rumah sebagai preparation musim banjir nanti.

Berulang kali depa berdua dok panjat turun naik bukit pasir ni. Pastu dok menggaru kaki. Diorang ni dah la jenis kulit sensitip.

Kenmain seronok lagi ditambah dengan sokongan dari mak pak sedara. Hai la anak...anak..

Assyura

Bulan muharram memang sinonim sangat dengan assyura atau suro org klantan sebut. Suro kelantan ni lain sikit dari versi suro kat kl ni. Suro kelantan akan mengeras bila sejuk.

Kebetulan bulan ni kami balik kampung. Mama ada tersebut kat nenek dah lama tak makan suro. Depa kat kg ingat mama mengidam. Teruslah nenek mama aka moyang si rayyans ni gi beli barang2 untuk masak suro.

Nenek jemput jiran2 keliling rumah datang rewang potong apa2 yang patut. Antara bahan utama adalah beras, santan, daging, ubi keledek, gula, gula merah,  jagung dan rempah suro.

Nak masak suro ni memang makan masa yang lama. Macam kacau dodol gak. Semua bahan2 tu kena masak sampai hancur. Kira2 8 jam gak la depa mengacau.

Kami buat dua kawah sebab nak diagihkan kepada orang2 kg. Nasib baiklah kawan2 paksu mat ramai yang datang tolong mengacau.

Bila tengahari tukang2 kacau ni dihidangkan lunch. Memang gitulah adat kat sini. Orang dah berbudi kita kenalah berbahasa. Masakan ringkas2 jer pun janji kenyang kan perut.

Maklumlah kudrat depa tu diperlukan untuk mengacau suro sampai hancur dan pekat. Bila dah pekat warna suro ni akan jadi kehitam hitaman. Masa ni suro ni lembik2 lagi.

Bila dah masak suro ni akan ditransferkan ke dalam bekas untuk proses penyejukan. Nak makan panas2 pun ok tapi kena hati2 kalau tak melecur lidah oiii...

Suro dimasukkan dalam bekas polisterin supaya mudah untuk diagihkan kepada orang kampung. Pastu kat atas suro tu ditabur dengan beras pulut hancur.

Beras pulut tu akan digoreng kering terlebih dahulu sampai perang. Kemudian diblend sampai hancur. Sebelum suro tu sejuk, kena tabur beras pulut dulu kasi kaler naik sikit.

Pastu balance tu masuk la dalam bekas2 untuk tuan rumah makan. Proses ni kena buat cepat2 sebab takut suro tu mengeras nanti susah nak cedok.

Setelah beberapa tahun, kali ni mama dapat lepas gian makan suro. Ni jugak experience pertama papa mengacau suro. Maksudnya since kahwin la mama tak makan suro. Dah 6 tahun...lama tuuu...