My kids suka sangat bila dapat balik kampung. Bila kat kampung diorang dapat bergerak bebas tak macam kat puncak alam. Asyik terperap jer dalam rumah.
Bila kat kampung ada saja aktiviti diorang. Dapat topi keledar tok ayah pun jalan. Pakai topi, panjat pagar rumah pastu wat gaya mat rempit.
Pantang tengok kat luar redup skit, mula la cari alasan nak turun. Nak tolong tok ayah katanya. Dah siap dengan boot n sarung tangan.
Praktis menarik lembu katanya. Gaya jer lebih. Bila lembu datang dekat, tak cukup tanah lari takut ngan lembu.
Kat dalam bekas tu rumput yang tok ayah dah potong untuk diberi makan kat lembu.
No comments:
Post a Comment