Petang tadi kami ke gm klang lagi. Tujuannya nak mencari barang2 baby, mencukupkan mana yang terkurang.
Mama suka ke gm sebab banyak pillihan. Pastu harga plak dapat harga borong kalau beli lebih dari 3 helai. Plan nak cari bedung baby yang siap berzip.
Bukan setakat mama jer yang suka ke gm, si kembar pun excited bila sebut nak ke sana. Sebabnya diorang tau kat situ banyak kedai mainan.
Belum sempat mama shopping barang baby, diorang dah cukai mama dulu. Nasib baiklah harga murah jer.
Dah habis tawaf kat gm, kami ke marrybrown. Isi perut dulu sebelum balik.
Kami makan nasi lemak marrybrown. For me, ayam kfc lagi sedap. Ayam marrybrown ni keras sikit. Apapun, syukur masih diberi rezeki untuk makan.
No comments:
Post a Comment