Kampung kita naik airrr owwhhh.. negeri kelantan tengah dilanda banjir sekarang ni. Kampung mama tidak terkecuali. Cumanya banjir takdelah seteruk kat rantau panjang sana.
Jalan masuk ke kampung telah ditutup untuk kenderaan ringan. Kiranya kampung mama jadi macam pulau. Cuma jalan masuk jer tenggelam tapi rumah penduduk semua selamat setakat ni.
Dah lama mama tak merasa main air banjir. Mama cuma dapat tengok gambar yang paksu mat wasap jer. Kalau dulu masa kecik2 musim banjir ni memang ditunggu2 la...
Kebiasaanya musim ni memang macam pesta la. Amik peluang basuh motor dengan air free. Tapi keselamatan perlu diberi perhatian jugak. Budak2 kena diawasi oleh mak bapak.
Ni la jambatan penghubung kampung mama. Airnya kenmain lagi tinggi. Kalau air sungai ni melimpah sampai ke atas jambatan tu barulah rumah penduduk akan banjir.
Haish diorang ni nak terjun tiruk ke apa. Seriua plak mama nengok. Buatnya tergelincir jatuh dalam sungai tu sia2 jer. Walau apapun mama harap tiada apa2 yang buruk menimpa.
No comments:
Post a Comment